Thursday, March 4, 2010

Daging Goreng Ala Kampung

 Klasiknya nama... daging goreng ni adalah kesukaan kami suami isteri. Sedap meratah saje ataupun makan dengan nasi. Tak ada lauk lain pun tak apa. Senang dan ringkas sangat bahan bahan yg diperlukan dalam penyediaan masakan ni.

Aku letak nama ni sebagai satu nostalgia sebab masa zaman aku kecik-kecik dulu bila balik kampung jer mesti tuk akan gorengkan daging ni. Masa tu, menu daging atau ayam nih kami makan bila keluarga balik berkumpul ramai-ramai. Kemeriahan tu buat tuk, tuk su dan mak -mak sedara yg kat kampung bermurah hati utk masak lauk yg mahal-mahal .Sekali -sekala kata diorang..untuk anak cucu. Seronoknya masa tu.

Tapi zaman sekarang ni, daging dan ayam dah menjadi hidangan biasa. Cuma kenangan tu tetap sgt istimewa bagi ku. Untuk sesiapa yg selalu makan daging ni tapi tak reti nak buat, boleh tgk di sini.

Bahan-bahannya :

daging - dipotong nipis.
kunyit serbuk
garam
bawang besar dihiris
cili merah dihiris.

Cara-caranya.

1.Letak daging dalam kuali dan tutup sedikit.
2 Biar air daging keluar.
3.Apabila air daging yg pertama td sudah kering, letak air baru dan biar daging masak hingga empuk.
4. Boleh tambah air dari masa ke semasa.
5. Apabila daging sudah empuk, dan air sudah kering, masukkan minyak masak dan goreng daging td
    bersama-sama.
6. Masukkan taburan bwg hiris dan cili merah.
7. Apabila sudah serata, tutup api dan wallah...boleh dimakan.

1 comment:

Anonymous said...

ikan dah naik harga... lepas ni boleh lah mintak cik abang tu try hobi baru.... gi mancing... mesti hari-hari dapat ikan fresh.. he..he..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails