Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

My New ' Must Have ' Every Morning


This is my new suppliment that I love to take every morning. It has been a month since I've tried it myself after been introduced by a friend. Kalau sebelum ni I have big problem dalam hal membuang ayaq besar everyday, now tak lagi. And for that I am very very happy. Tq ALLAH. Tq to my Virgin Coconut Oil.

Thursday, June 14, 2012

Lama Tak Bersua

Salam June.

Lama nya kita tak bersama ya diary. Saya rindu. Namun masa dan kebosanan yang tah apa-apa membelenggu setiap jejari untuk membuka blog dan menekan papan kekunci.

But tonite I force myself to open it and try to jot something. Actually when you begin to write, there seems like some nice feeling that overpowered you to write more.



I've been bad this past few months. Bad in a mummy way. So lazy to cook, lazy to work on the clothes and lazy to decorate the house. Maybe it's because of the unsecured feeling of not owning the house. Maybe because of the feeling of eagerness in waiting to move in to our own house. Ahh..so many 'mengada-ngada' reasons. The truth is, I'm just lazy and just love to lay back. Hmmm

Wednesday, November 16, 2011

Hati Ku Berbunga Semula




Syukran YA ALLAH. I 'm so gratefull. My laling is back. After a week being away for work, now he's at home again. Alhamdulillah. Hati ku berbunga-bunga.

Sunday, November 13, 2011

Saya Rindu


Rindu, kosong dan sunyi di sebalik keriuhan yg ada. Dah lama teman sebantal tak keluar daerah untuk satu jangkamasa yg agak panjang. Jadi kerinduan tak sempat membekas di hati. Tapi kali ni tempoh yg agak panjang dengan menempuh hujung minggu yg membosankan mampu membuat hati rasa sayu.

Memang tak seronok bila sahabat sebenar, teman bergosip, rakan berbalah tak ada depan mata. Walau kebisingan yg nyata hasil hiruk pikuk dan pergaduhan anak-anak tak ada kurangnya, namun perasaan dingin dan membeku tetap menyaluti hati.

 Inilah yang dikatakan rindu. Cepat lah balik. Saya tunggu.

Wednesday, October 12, 2011

Hopes...

Alhamdulillah...I've found the answer. I just hope everything went well. May ALLAH gives me the patience n bless me with 'hidayah' and  'rahmah'. Aminnnn.

Sad And Frustrate


Should I be angry, should I feel miserable ? Or should I FIGHT BACK.  I dont know what to feel.  Some people just take me for granted. Oh..YA ALLAH , only YOU, knows everything. Only YOU,   I  give myself in.

Sunday, March 20, 2011

Cuti Sekolah, Berat Badan Pun Bertambah...


Apa buat dalam cuti sekolah seminggu ni. Nothing much. Tapi.... we ate so much food. Varieties of food ! Staring from the first saturday of the holiday, kitorg balik jenguk abah di Trengganu. Kat sana, pagi hari, mestilah makan macam-macam makanan tradisional especially nasi kerabu, ayam panggang, kuih muih manis....eewww. Takutnya bila bayangkan kalori yg dah berkumpul kat dalam badan. Malamnya kami g makan kat restoran Radix Fried Chicken, yg famous dan diusahakan oleh kaum Melayu kita.

Kami di Trengganu, sekejap je. When we came back to our home sweet home, satu Kuantan kitorg g jalan-jalan cari makan. Hari Isnin tu kami tiga beranak tak termasuk darling besar pergi lunch di food court Giant. I had Claypot Mee Hoon Tomyam. Iyad had his favourite chicken chop, while my small lady had Claypot Rice with chicken. Malamnya, I cooked something nice, but sorry cant remember what it is.

The next day, we enjoy Baskin n Robins at ECM sambil jalan-jalan cuci mata. For lunch, the four of us had a sumptuous meal at de Oasis. A famous restaurant in the middle of Kuantan town. We took delicious nasi campur along with ayam masak lemak cili api , kerabu mangga, sambal belacan and ikan bakar with assam jawa. Nyum3. Belah malam, ada pasar malam kat kawasan rumah. So, I bought satay for all of us. I also bought tulang lembu to be cooked the next day.

Hari Rabu tu, kitorang jadi orang baik, duduk rumah, tak keluar ke mana-mana. I cooked sup tulang rawan, kubis goreng Indian style and fried a few fish to be eaten with sambal kicap. Mabeles2...he.he.he.

On Thursday, aktiviti jalan-jalan cari makan, kembali lagi. Kami tiga beranak ada date dengan darling besar di Indera Mahkota, near his office. Kitorang lunch date kat Juna Nasi Kukus yg tersohor di kalangan warga kerja sekitar Indera Mahkota. Terletak di kawasan kolej Shah Putra, memang full house all the time. That is our first time eating there. Memang patut penuh sokmo (bak kata orang sini la). Sedappp ! The chicken grill was crispy outside but very clearly cooked and tender inside. The gravy was very tasty too. Go go Juna !
For dinner, jangan pelik, kitorang tanpa rasa jemu, melawat lagi Jungle Food Court. This time, I had murtabak mengkasar, Iyad and darling besar had nasi goreng u.s.a and hasha had mee sup tulang. Blurrp....alhamdulillah, kenyang.

Friday, not much activity. I cooked our lunch and ate together. Darling besar tak balik makan tghri sebab dia solat Jumaat di Masjid Bukit Rangin. Malamnya, kitorang jalan-jalan sambil hirup udara malam yg segar and sangat berangin di Teluk Cempedak and makan di McD kat situ. Ramainya orang yg berjalan-jalan sambil mengerumuni penjual dan seniman jalanan di situ.

Yesterday, lepas kemas rumah, darling besar ajak pusing-pusing ECM. Bila perut dah bekeroncong, kitorang pun masuk ke Johny. Makan stimbot and kerabu mangga dia yg sooo nice tu. Cuma rasa kesian kat Iyad sebab he's the only one yg tak enjoy dengan makanan tu semua. Kami bertiga.....sukaaa. Lepas maghrib, Iyad request nak makan ikan tiga rasa kat restoran siam di Bukit Setongkol. We know the owner since Iyad was not yet born. Hubungan baik yang lama terjalin antara pekedai dan pelanggan sentiasa dipelihara ... he3.

Today, hari cuti yg akhir utk semester awal tahun ni. After we fetched Iyad from his tuition, we went to Megamall to look after darling besar new handphone. Survey2 je dulu katanya. What ever lah. Perut pun berkeroncong sbb this morning my breakfast was only a mug of Lasindah Coffee with extra milk. Diorang makan roti bakar and chicken soup for breakfast. Tapi...mana mantap perut kan. So, pusing punya pusing, we decided to grab the new cheesy prawn pizza at Pizza Hut. Thumbs up everyone. The pizza was delicious. The tempura prawns on top of the pizza were fresh n crispy. Go and try it guys before the promotions were over. Tonite....tak tau lagi nak dinner apa. But.....my stomach is still kenyang. Tak tau la malam nanti.

Wahhhh...bila baca semula entri ni, rasa macam seminggu nak puasa. Bagi balance semula kalori and berat badan yg bertambah2 ni. Tak tau lah...Apa-apa pun, we had an enjoyable and mouth watering week. Alhamdulillah ! Syukur yang teramat, atas rezeki yang ALLAH berikan pada kami. Sesungguhnya KAU lah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi. Moga dengan limpah rahmat dari MU, kami akan menjadi hamba yang lebih bersyukur. Aminnn.

Monday, March 7, 2011

Beautiful patches.

Hari ni membeli sticker2 besar dari my good friend at school, Ustzh Azma. Macam-macam pattern yg ada and the price is also affordable. Here are some that I've pasted on the darlings wall.

     Nampak cantik bila dah tampal. This one is on Iyad's wall.


             Corak ' Cars ' ( also on Iyad's side wall ).

   
    Beautiful owls..( Hasha's wall )

 Parts of a longer line of flowery patterns which was beautifully pasted on Hasha's side wall.

Saturday, March 5, 2011

Lawat Ofis Abah

Pagi tadi, lepas hantar Iyad ke tuition, kami ke ofis darling besar. He got some errands to do. Kami lepak kat situ for two hours.


Ruang pejabat yg luas, bersih dan kemas. Hujung minggu memang nmpk tenang tapi weekdays....what a blast. Busy, busy as a bee.

     Posing kejap la kat meja abah. He3...

Friday, March 4, 2011

A New Place To Eat

 Four of us baru balik dari dinner. A new place at Jalan Mahkota. It's called ' Monrod ' .


 Nice atmosphere. Orangy color. Clean and fresh ambience.


I ordered ' Awe Mi Kuah '. Nice. It's a kind of mi rebus or mi jawa. Similar to it. The darlings ordered chicken chop and fish and chips. Do go and try it guys.

Friday, February 18, 2011

Maulidur Rasul Di Sekolah

Assalammualaikum.....setelah seharian berehat di rumah sbb bercuti sakit semalam, pagi ni aku bangun dengan penuh ceria dan semangat sebab kat sekolah ada sambutan Maulidur Rasul. Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian kebangsaan. So, I can see colourful of baju Melayu and baju kurung worn by the pupils around the school. Some of them wore beautiful jubah. Including Hasha. She wore it for the first time. The idea was given from her lovely aunt Miza. Darling besar teruja sangat la tengok anak daranya melaram dengan jubah yg more to long dress tu. (siap suruh beli kain dan htr jahit yg lain pulak. he3). Meh tengok wajah-wajah riang ramai orang.

                                                 manis anak dara abah.


                                me, while listening to a ceramah in the sch hall.

                                            two of my best buddies.

                              pasukan kompang sekolah.

                              berselawat sebelum berarak di kawasan dataran.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Aktiviti kami pagi ni bermula dengan menghantar Iyad ke KAFA dia untuk sambutan Maulidur Rasul.

          Pagi ni bersemangat dia bangun. Dari malam tadi, berkali2 pesan, jgn hantar dia lewat. Majlis mula pukul 7.30 pagi.

   Selepas berarak keliling kwsn sekitar Sg Isap Damai tu, jamuan ringan diadakan. Tak dapat nak ambil gambar masa berarak sbb mummy nya pun berarak jg tp di kwsn perumahan. So pagi tadi lepas letak Iyad, terus balik semula ke rumah.

              Iyad dan kawan dia, Jibril. ( fuhh...nama.) Kami sempat datang semula masa diorang tengah berjamuan. Menu utama, mi hoon soto. Kuih muih dibawa oleh para pelajar.

Ni gambar-gambar di majlis sambutan Maulidur Rasul di kwsn perumahan kitorg. Meriah! Perarakan disertai oleh anak-anak dari tadika Islam, Pasti dan Kafa di sekitar perumahan. Ibu bapa diorang pun ramai.

                   Me and ustazah Norul. Sambil berselawat, sambil  bergambar. He3.

   Hasha pun bersemangat and sporting jgk pagi ni. Cuaca yg baik untuk upacara yg baik.


Lepas siap berarak dan berselawat, kami menjemput Iyad then bawa Hasha g breakfast kat Jungle Food Court sambil nak jumpa Linda, jiran lama. Melepas rindu. He3.


Penuh aktiviti sebelah pagi until tengahari. Jumpa nanti.

Sunday, February 13, 2011

Jom Ikut Kayuh Basikal

Hari ni hari kedua aktiviti berbasikal sekeluarga. Best sangat sebab lama dah tak guna skill mengayuh ni. Semalam, lepas pusing satu kwsan Indera Sempurna, dalam 5 minit lagi nak sampai rumah, aku berketuntang jatuh tepi jalan. Adoiii...sakit . Dapat lebam and bengkak kat tepi lutut kiri. Percuma bruises tepi pipi kanan. He3...padan lah muka. Sebelum tu membebel kat Iyad sbb clumsy sampai terjatuh on de way kayuhan kitorang tu.


Petang ni, tanpa ras serik, cuba lagi. Jom ikut sama.

                                Baru nak mula.

                      Dah sampai depan rumah semula, after the rounds.

           Me and darling besar. Duk bergossip berdua sambil lepas kan penat.

Saturday, February 12, 2011

Dinner At Jungle Food Court, Indera Mahkota.

Untuk dinner malam ni, rezeki kami di Jungle Food Court, Ind Mahkota. Tempat makan baru ni besar betul. Patut la tag line nya pun...'The biggest food court in town". Di bahagikan kepada dua bahaagian. One section is for Malay and western food, another one is for Chinese food. Buat masa ni, chinese section masih belum dibuka. Hanya bahgian makanan Melayu yg merangkumi Thai food, stimbot, western and grill yg rancak beroperasi.

Tadi for starter, kami makan stimbot yg enak. Lepas tu, semua darling makan chicken chop and mix grill yg marvelous. Me, I love the noodle soup ! Ada ketulan daging yg lembut dan tetel yg enak bangat. Cili kicap nya pedas berdesing.

Harga chicken chop : RM 9.60
           mix grill         : RM16.00
           stimbot (9 c ): RM 4.50
           noodle soup  : RM 4.50

Kalau ada yg teringin nak cuba tempat baru, boleh la datang jenguk kat sini.

Semangat Nak Bersukan Konon.....

Sekarang ni, penyakit senang sangat nak dapat. Apatah lg dengan cara hidup dan jenis makanan orang zaman skrg. So kalau tak eksesais, suspen gak nak bayang kan berapa byk lemak and cholestrol yg berkumpul kat dalam badan nih.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yg menyahut seruan kerajaan, ceewah.... kitorg pun cuba -cuba lah nak berbasikal petang2 hari waktu hujung minggu. Jom kita cari basikal dulu.

                                   
 deretan basikal kat kedai Mun Loong di Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Jauh murah dr kedai J** kat Jln Besar.


   kusyuk nya dua beranak ni memilih......Hasha tukang teman je.

                          Hasha tolong pilih kan untuk abah ya.

Dah jumpa... yeahh. Tapi yang ni sesuai utk Hasha lah. Mana boleh abah naik. He3.

Saturday, February 5, 2011

Majlis Kahwin Di Sg Besar

Cuti-cuti ni, memang ramai yg buat majlis nikah kahwin. Kitorg sefamili pun dapat jemputan kahwin dari keluarga belah suami di Sg Besar. Dah lama tak ke sana. Rindu sangat dengan suasana kampung dan keindahan panorama rumah-rumah tradisional di situ. Sebelum berpindah tinggal di Kuantan ni, kedua mertua tinggal di Kampung Panchang Bedena, dalam kawasan Sg Besar tu lah. Waktu yang paling aku and darling besar seronok ialah masa nak raya. Meriah giler, tak terkata happening nya . Masa tu, dua darling keciks tak ada lagi. Kadang-kadang kesian pulak bila mikir kan yg darling kecik berdua tu tak dapat merasa keseronokan berkampung yg real kampung. Tak pe la kan. Tak de rezeki. Beraya di Kuantan pun best. As long as, the whole family is here.

So...tengahari tadi kitorg semua, termasuk la mak dan pak mertua pun berarak la beramai-ramai ke kg tercinta untuk ke majlis kahwin anak Kak Endut a.k.a sepupu si darling besar. Besar jugak jemputan nya. Sib baik kitorang sampai awal. Boleh duduk makan-makan dan bercerita dengan selesa. Paling best menu orang kawin belah Sg Besar ni ialah sambal goreng jawa. Meletops ! Selok la aku dengan si darling besar bila nmpak sambal goreng nih. Bukan selalu boleh makan. Nak buat sendiri, tak berapa rajin la . Jom tengok antara gambar-gambar  yg sempat di up load.


                  sambal goreng jawa. Nyum3....


                        cantik kan pelamin Cik Aisyah Zulkifli nih.


alahai perut anak - anak mummy.....( kenyang lepas makan lauk kenduri )


    Hasha is happy playing with her cousin's bicycle. Untuk keselamatan, dia kata "hasha kena pakai helmet"

Monday, January 31, 2011

Hujan Di Luar, Hujan Di Hati.....


 

Itu lah namanya manusia. Tak terlepas dari rasa terguris dan terluka. Ada kala gembira dan bahagia menguasai segala-galanya, manakala di lain waktu pula, perasaan yg berlawanan merentap tangkai hati. Itu lah kehidupan. Itu lah manusia, yang tak dapat lari dari mainan perasaan. Kalau diikut kan rasa, mau di luah kan segala gelodak jiwa, namun entah kenapa segalanya juga seakan bersarang dan tak mampu untuk diucapkan.

Aku lah antara manusia itu, yg terluka saat ini. Namun ku cuba memujuk sang hati agar menerima segalanya dengan hati terbuka. Mungkin di pihak sana ada masalah nya tersendiri. Dan aku di sini, sangat -sangat cuba untuk memahami. Namun aku lah manusia biasa itu, yang lemah dan tak berdaya. Ada kala luka itu tetap melukakan. 'Waktu'......mungkin itu yang mampu merubahnya.

Saturday, January 29, 2011

Aktiviti Yassinan di Rumah.


Alhamdulillah....semalam, di petang Jumaat yg nyaman, dalam suasana penuh bahagia, rumah no 37 di Indera Sempurna ini selesai mengadakan majlis bacaan yassin di antara kawan2 rapat dari sekolah. Dah lama teringin nak anjur kan majlis seumpama ini. Alhamdulillah, tercapai juga hajat di hati. Sementelah pula dengan kami yg baru saja berpindah masuk, jadi lebih kuat la sebab utk mengadakan majlis seumpama ini. Alunan lembut bacaan yassin yg di ketuai oleh sahabat tercinta Ustazah Norul yg juga kebetulan menjadi jiran sebelah rumah, menerawang di setiap isi rumah. Tenang dan menyenangkan.

Usai acara bacaan yassin, diikuti lah pula dengan acara makan2 yang santai dan penuh keceriaan. Tak sangka pula niat peribadi menjadi pembuka idea untuk rakan-rakan lain menjadikannya acara bulanan di rumah masing2 mengikut giliran. InsyaALLAH, niat yg baik akan sentiasa diberkati. Aminnn.

Monday, January 24, 2011

Suasana baru, persekitaran yg baru.



Salam petang Isnin, seminggu lebih kalut dan kusut dan hari ini, alhamdulillah aku dapat kembali melakukan rutin biasa antaranya mengadap lappy kesayangan ini dan mula membuka blog yg dah lama berabuk dek kesibukan kerja-kerja mengemas kembali barang2 yg berada di dalam kotak.

Kenapa orang tak suka pindah rumah? Aku tauuu ! sebab kerja 2 menyimpan dan membungkus barang2 ke dalam kotak sebelum pindah dah mengambil masa dan mengakibatkan stress. Thennnn....bila dah sampai ke rumah baru, we have to unpack all those things and sometimes the worst thing happened when you couldnt find the things you want anymore. Uhhhhh....satu bab untuk stress lagi.

Alhamdulillah, for me, after a full week of non stop unpacking and arranging the furniture and clothes, now we're fine. Legaaaa....Rumah dah kemas seperti selalu and the four of us dah boleh susun schedule ke hulu ke hilir dengan agak baik. Hopefully we're going to be fine here. Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama kami.
I post a few pictures of my small living room. Take a peek.



He3...tak tau la nak susun camane lagi. Cam ni je lah. Ruangnya tak besar mana. Jadi lah kan. Alhamdulillah.

Sunday, January 16, 2011

Ahad, 16 Januari 2011

Dari semalam aktiviti packing mempacking berlangsung dengan hebatnya di Indera Mahkota. Rumah yg penuh dihias selama ini bertukar wajah. Could'nt say much.....uhuk..uhuk.. Kita tengok gambar je ya.

 Hasha and darling besar tgh rileks2.

 Orang - orang kuat Subali pack. Take ten after finished packing.

 Bilik baju yg kat bawah.

 Almari Hasha dah siap di wrap.

 My room. Now........my ex room.

 Kaki Iyad pun enterprem.

 The living room.

Suasana di dapur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails