Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Spagheti Bolognaisse Comot


He3...this is not todays menu tapi menu kelmarin. Hari ni baru dapat masukkan entri. Tetiba teringin nak makan spagheti bolog ni sbb tengok tv nmpak iklan dia. So, kebetulan bahan - bahan nya hampir lengkap, kita on je lah dia dalam periuk. Teringat kat sahabat2. Mesti seronok kalau boleh makan sama-sama kan. Bila agaknya kita boleh buat aktiviti makan-makan lagi ya. Resepi tak yah la sbb senang sgt. I used the sauce from the famous Prego in the bottle. I just cooked it my own way and add minced meat and chery tomatoes.

Sunday, February 27, 2011

Mee Stimbot

Menu minum petang merangkap malam. He3. Biasa lah, org yg menguruskan kantin rumah ni bukannya rajin mana pun. Selalu buat kerja dua dalam satu. Aku beli bahan-bahan stimbot ni dari seorang pakcik yg berniaga kat pasar tani mini di Sg Isap 2. Dia buat sendiri bahan2 ni. Memang lain dari yg biasa. Bukan lain mcm mana tapi lebih lembut dan manis. Lebih segar dari kebiasaan yg kitorang makan. So lepas ni, boleh la jd pelanggan pakcik ni.

Aku bagi nama mee stimbot sbb selain dari letak all the various type of balls, aku celur kan mee kuning untuk memantop kan lagi perut my three darlings. Paling wallah dalam menu kali ni ialah sup nya dan sambal cilinya. Sepuluh markah utk Puan Harlina. Keh3.. Nak try buat sendiri ? Tengok resepi dulu ya.

Bahan-bahan sup :

1. 5 ulas bawang putih -dicincang halus.
2. 1 kiub ayam
3. Air - 5 cawan
4. Garam, gula, serbuk lada sulah.

Cara-caranya :
1. Tumis bwg putih, dan masukkan kiub ayam. Biar sama-sama garing.
2. Masukkan air, biar menggelegak.
3. Masukkan bahan-bahan perasa.
4. Setelah merenih untuk beberapa waktu, boleh masukkan bahan-bahan fishball dan lain2 pilihan hati.
5. Apabila sudah sedia untuk ditutup api, masukkan dua biji telur ayam yg sudah dibasuh bersih. (jgn     pecahkan telur tersebut.)

Bahan-bahan sambal cili :

1. 3 biji cili merah.
2. 3 biji bawang putih.
3. 1/2 inci halia.
4. 2 sudu besar cili sos maggie.
5. 1 sudu bsr cuka.
6. 1 sudu bsr gula.
7. 1 sudu kecil garam.
8. Sedikit air.

Cara-caranya:
1. Blend semua bahan di atas hingga hancur.

Saturday, February 27, 2010

Maggie Goreng Bersosej


Menu hi tea. . Lebih kurang dalam kul 3 td la siapnya. Kitorang pagi td brunch kat mamak so tak de la makan tghri. Pas tu bila anak anak sedara yg ada kat rumah termasuk la darling kecik dua orang tu mengadu lapar so mummy nya kena la think of something. Ingat hati nak masak mi hoon singapore. Buka kabinet tengok stok mi hoon dah abis. Yang ada cuma maggie. Apa lg, aku pun proses la dia jd maggie goreng.

As usuall, my cooking theme are easy to prepare and the taste should be good. Jom kita layan resepinya.

Bahan-bahan :
( untuk 7 org makan )

5 bungkus maggie
2 sudu besar cili mesin.}
3 ulas bawang merah   }
1 ulas bawang putih     } dimesin bersama
1/2 labu bwg besar - dimayang kasar
1 paket rencah kari maggie
3 batang sosej dihiris nipis
2 biji telur
garam dan gula
daun sup dan bawang goreng - untuk ditabur ke atas mee.

Cara-caranya:
1.Rebus maggie hingga menjadi lembut. Angkat dan ketepikan.
2.Tumis cili mesin tadi hingga garing dan masukkan rencah kari maggie.
3.Masukkan hirisan sosej, bawang besar dan kacau gaul.
4.Pecahkan dua biji telur dan kacau lagi.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa bersama maggie yg telah direbus tadi.
6.Gaul sebati, masukkan sekali daun bawang yg telah dihiris halus dan angkat.
7.Semasa menghidang, boleh la taburkan bawang goreng. Selamat menjamu selera.

Monday, January 18, 2010

Mee Goreng Mahkota



He3...canggih nama mee ni. Ala...kita yg buat dia. Ikut suka kita la nak letak nama apa pun kan. Jangan marah. Ni sebenarnya version mee goreng mamak yg tak cukup bahan. Ya la, mee mamak kan ada letak kuih tepung dia, tauhu goreng n sometimes they put the kuah kacang too. Mine is a bit similar in rupa parasnya but the ingredients are simpler. Not to worry, the taste is still great. Kita peratikan bebahannya ya.

Bahan-bahannya:
1 paket mee kuning.
2 sudu besar cili mesin }
3 biji bwg merah          }
2 ulas bwg putih           } tumbuk halus bersama.
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar kicap pekat mee
12 ekor udang sederhana
1 paket kecil fish ball
1 biji telur
hirisan daun sup
1 bj cili merah - dihiris
sedikit bwg goreng




Cara-caranya:

1. Tumiskan cili dan bwg tumbuk bersama hingga garing,
2. Masukkan semua jenis sos. Kacau gaul dan masukkan sedikit air.
3. Masukkan udang dan fish ball. Gaulkan bersama.
4. Masukkan telur di tengah kuali. Bila nmpk hampir keras, kacau gaul bersama udang dan fish ball.
5. Akhir sekali masukkan mee yg telah dibasuh bersih dan kaup sebati.
6. Maukkan sebahagian hirisan daun sup ke dalam mee dan tutup api.
7. Angkat dan boleh la dihidangkan bersama hirisan cili, bwg goreng dan sebahagian lg daun sup td.
4.

Sunday, January 10, 2010

Mee Bandung



Tengahari td, aku tak masak. Kitorg g exercise kaki kat Kuantan Parade. So, lunch pun kat situ ler. Balik dari berjalan baru bukak kantin. Dah lama gak tak pekena mee bandung rasanya. Untuk makan petang merangkap makan malam, ni jer la yg aku hidangkan. Hasha dgn aku beres. Mee memang feveret kitorg tp Iyad pulak, mee2 ni kureng sikit. For darling besar, anything I cooked sumenya sedap belaka. he2..I luv u la darling. Nmpaknya, malam nanti kalu Iyad tak nak mee ni, terpaksa la aku cari alternative lain untuk isi perut dia yg bulat tu. Bagi yg teruja n nak try mee bandung ni, boleh cuba resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning.
1 paket perencah mee bandung Adami
7 ulas bwg merah - dihiris
7 cawan air
7 ekor udang hidup sederhana besar
2 ekor sotong sederhana besar
3 batang sawi
2 biji buah tomato
3 keping tauhu - digoreng
bawang goreng

Cara-caranya:

1. Tumis bwg merah yg dihiris halus hingga kekuningan.
2. Masukkan air dan perencah kuah mee bandung Adami td. Biarkan menggelegak.
3. Masukkan sotong dan udang hidup. Tutup api.

4.Apabila sedia untuk dimakan, ambil 3 senduk kuah dan panaskan dalam kuali yg berasingan.
5. Masukkan mee, sawi dan tomato yg dipotong baji.
6. Pecahkan sebiji telur. Angkat dan hias bersama bawang goreng.

* cara ini akan membuat mee bandung menjadi lebih enak kerana sentiasa boleh dihidang panas dan telur akan dipecah satu persatu. Tidak bersekali di dalam satu periuk besar. Tapi...kena lah rajin sikit. Kalau malas, boleh saja pecahkan telur td satu persatu ke dalam satu periuk yg sama bersama sawi dan tomato.
Selamat menjamu selera.

Monday, December 28, 2009

Mee Udang Pulau Pinang




 

Aku masak ni sblum g jemput Hasha petang td. Dah lama teringin nak makan mee udang. Tapi ni versi yg kuah cair. Bukan jenis yg ada keledek dalam dia tu. Kebetulan masa aku g Giant pg td, aku ternmpak paste mee udang ni kat one of the rack. Tak silap aku, Cik Mat Gebu pun ada guna paste yg sama masa dia buat one of his mee udang. ( in his blog ). Dek kerana rasa malas yg ada tp nak jgk makan, aku betul2 la ikut instructions kat belakang paket dia ni. Rupa depan paket paste mee udang ni ada aku tepek kat bwh.





Balik dari kerja, darling besar dan dua darlings kecik masuk rumah sambil menghidu bau wangi dari kuah yg dah siap. Sambil makan, darling besar kata ok, sedap tapi kena lebihkan air dari sukatan yg dia tulis sbb rs dia mcm termasin. Aku pun cepat2 rasa. Emm... Betul kata juri. So, after this, dah tau mcmna nak adjust air dia. Resepi kat bwh ni kiranya resepi yg aku dah ubah suai la n insyaALLAH boleh diterima dengan senang hati.

Bahan-bahan

1 paket mee kuning
1 paket paste mee udang
2 liter air
1/2 kilo udang
1 bhg dada ayam - rebus dan carikkan isinya
3 biji telur rebus
1 ikat kangkung - bersih dan celur dgn air panas.
cili potong
bwg goreng

Cara-caranya.
1. Bersihkan udang. Kopek kulitnya dan basuh bersih.
2. Rebus kulit bersama 2 liter air td. Setelah mendidih, angkat keluarkan kulit tersebut.
3. Masukkan pula isi udang yg telah dikopek kulit td dan rebus di dalam air rebusan td.
4. Keluarkan udang dan ketepikan. ( jgn rebus terlalu lama. nanti isi udang akan liat dan keras )
5. Masukkan paste mee udang pula ke dalam air rebusan yg sama dan kacau hingga mendidih.
6. Tutup api dan boleh rs masin manisnya. Jika perlu, boleh tambah garam atau gula mengikut kesesuaian
    sendiri.
7. Bila hendak dihidangkan, masukkan mee ke dalam mangkuk, sendukkan kuah, susun udang rebus, hirisan
    ayam, sayur kangkung dan lain2 bahan yg ada. Selamat menjamu selera.

Sunday, December 27, 2009

Mee Hoon Udang Kering


 One of  yesterday's meal. Mee hoon udang kering ni biasa-biasa jer . X de bahan sampingan yg vogue pun. Stok dalam esbok cam kurang sgt. Aku cuma isi scrambled egg,  hirisan deli chicken n green bean sprout sket. Alhamdulillah...kenyang dah everybody.

Bahan-bahan

1/2 paket mee hoon
1 sd bsr cili mesin
3 ulas bwg merah - ditumbuk halus
2 bj bwg putih - ditumbuk halus
2 sd bsr udang kering yg telah direndam air panas dan ditumbuk
1 sd bsr cili sos
1 sd bsr sos tiram
2 sd bsr kicap manis
1 sd bsr tomato sos ( sedap jg jika digantikan dgn air asam jawa )
garam dan serbuk perasa
ayam , daging atau udang   }
taugeh dan kuchai.             } bergantung pd apa yg ada dalam peti ais...
hirisan cili merah.

Cara-cara

1. Rendam mee hoon kering dalam air sejuk selama lbh kurang 30 min.
2. Tumis cili mesin bersama bwg2 hingga garing.
3. Masukkan semua jenis sos.
4. Kacau rata dan perisakan dengan garam serta serbuk perasa.
5. Masukkan bhn2 daging.
6. Biar kering air daging atau ayam, baru masukkan semula sedikit air semula berserta mi hoon td.
7. Kacau goreng mee hoon biar serata.
8. Masukkan pula sayur2an dan bahan perasa. Kacau gaul sekali lg sebelum matikan api.
9. Angkat dan hias dengan hirisan cili potong.

Friday, December 11, 2009

Spagheti Bolognaise


Wah..dah banyak ari x memblog. Rindu I. Mesti korang ingat aku x masak or x de buat apa kat umah ni kan selain dari nengok tv, gaduh dengan iyad n hasha or tidoq. Sebenarnya macam-macam aktiviti berlaku, tapi tiap kali aku nak amik gambo, mesti aku jadi frust giler sebab gambar tak  cantik langsung. Arghhh...geram!
Aku kena simpan duit arr taun ni sbb nmpk gayanya nak projek beli kamera canggih sikit dari yang duk ada kat umah ni. Kalu tak, makan ati ler jawabnya bila time nak snap picture. Aii..x de ke sesapa nak sponsor aku kamera ?. kah.ka.kah...Sape bodo nak layan dia. ( itu ayat peberet my buddy,miza. )

Apa pun, hidup musti diteruskan. Gambar cun ke, x cun ke, lantak la. Korang tengok je la ya. Ni sbnrnya menu makan petang n merangkap makan malam aku anak beranak smlm. Spgheti bolognaise. Eii..betoi ke eja ni? Tapi aku x de la pakai jenama Prego yg mahai tu. Kitorang suke n setia ngan jenama Maggie jerk. Rasanya sedap. Tak semasam 'cik prego' tu. Ala..jangan la marah penggemar prego sume. Biasa la taste orang ni lain2 kan. Dah duk dalam blog aku, mesti la yg kuar ni, sume yg aku suka. Cara pembuatan amat la mudah.

Bahan-bahan.

Spagheti
1 paket spgheti bolgnse Maggie.
1 labu bwg besar - potong dadu
1 biji bawang putih - cincang halus.
1/2 tin cendawan butang -potong dadu
1/2 paket minced meat / chicken
2 sudu besar tomato sos
garam.
parsley segar or flakes( optional - kalu ada tabur atas dia bila nak hidang. aku x letak sbb x de stok )
grated parmesan cheese

Cara-caranya

1. Rebus dulu spagheti bersama secukup air, secubit garam n 1 sd kecil minyak.
2. Bila dah lembut, akan dan ketepikan.
3. Dalam waktu yg sama, panaskan minyak dlm kuali, tumis bawang2 td.
4. Masukkan minced meat yg telah dibersihkan. Kacau rata, biar air daging kering, baru masuk dan kacau  
    goreng cendawan pula.
5. Masukkan air mengikut sukatan dalam paket kuah spghteti. (300ml)
6. Tuang perencah dr paket  maggie td. Kacau hingga semua pekat dan mendidih.
7. Perisakan dengan garam dan sos tomato.
8. Setelah sesuai dengan rasa, boleh la dihidang bersama spgheti, parsley dan parmesan cheese.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails