Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Ayam Goreng Rampai


Assalammualaikum...salam petang Isnin yg panas dan terik. Hari ni tak tau nak masak apa, so teringat bila makan kat restoran siam, selalu orde ayam goreng kunyit. Jadi, menu makan malam hr ni, kita buat ala-ala goreng kunyit tapi ada tambahan sayur kacang panjang dan sedikit hati ayam. Kita goreng kan diorang semua dalam kuali yg sama.

Senang sangat. Ayam dan hatinya digaul dgn serbuk kunyit dan garam berserta dgn bwg merah, bawang putih dan sedikit halia yg telah ditumbuk lumat. Perisakan dengan sedikit gula dan lada sulah.

Goreng keduanya, baru lah diletak hirisan bwg besar, bwg putih, kacang panjang yg dipotong serong dan hirisan cili merah. (masukkan setelah ayam kecut dan mula garing). Kacau gaul sebentar, boleh lah ditutup apinya. Sedia untuk dihidang.

Monday, March 22, 2010

Honey Chicken With Dark Black Pepper Sauce


Assalammualaikum...dah jadi macam biskut la pulak aku ni. Kejap ada, kejap hilang. Banyak keje la nak buat tu yang jadi aktiviti berblogging ni tersangkut-sangkut . Sebenarnya aku sendiri pun boring bila bukak blog asyik nampak gambar yg sama je. Walaupun sbnrnya tiap kali lps masak, beria amik gambar. Kekonon untuk jd entry hari tu, tapi....tak masukkan jg. terperap la gambar2 tu dalam komputer. Yang ni menu makan tengahari semalam. Adik n anak-anaknya datang makan tengahari kat rumah. Meriah la smlam. Dua darlings kecik pun seronok bukan main la bila sepupu2nya datang. Aku masakkan lauk ni, tomyam seafood n telur dadar jer. Tapi ayam ni la yang paling laku. Jom tengok resepi dia. Senang. Main goreng2 je belaka.

Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam. dipotong sedrhana dan dibasuh bersih.
1 bj telur,
garam,
serbuk lada hitam secukup rasa,
serbuk cili,
satu sudu besar madu,
tepung gandum.

* semua bahan-bahan di atas digaul sebati dan diperap lebih kurang 15 min.

* setelah itu, boleh la digoreng secara deep fry. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Bahan sos:

1 batang cili merah  - dihiris serong.
1 biji capsicum hijau -  dihiris nipis. ( smlm, aku tak letak sbb tak de dalam peti ais )
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya :
1 Tumis semua bahan hiris sehingga naik bau.
2.Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam.
3.Gaul sebati. Perisakan dengan garam dan gula.
4.Masukkan ayam yg telah siap digoreng tadi. Kacau balikkan sehingga semua sos bersalut dengan ayam.
5.Angkat dan boleh la dihidangkan.

Thursday, January 28, 2010

Ayam Kicap Rempah



Idea untuk resepi ni dapat masa kunjungan aku ke rumah abang ipar di Shah Alam. Masa tu kakak ipar aku tak de kat rumah. So, dia la yg jadi chefnya. Pro babe. Ya lah, zaman skrg ni sape boleh menafikan keupayaan kaum lelaki dalam hal masak memasak ni. Malah yg jd chef terkenal seantero dunia pun kaum adam la juga.

Waktu kitorg menjamu selera tu, ada yg tnya lauk apa ni sbb nk kata masak kicap, bukan macam masak kicap. Rasa dia macam gabungan masak kicap yg berempah. As usual, it only took a while to cook.

Bahan-bahan:
  500 gm ayam.- dibersih dan dipotong sederhana kecil.
3 biji bwg merah - dimayang halus
1 ulas bwg putih - diketuk
1/4 labu bwg besar - dihiris kasar.
3 bj cili api - diketuk
1 paket tumisan kicap rempah maggie. ( gambar di bwh entry )
2 cawan air.
1 sudu besar sos tomato.
1 sudu besar air asam jawa.
garam dan gula secukupnya.

Cara-caranya:
1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ayam 3/4 masak.( masak sepenuhnya pun ok.). Ketepikan.
3. Tumis bwg bwg td bersama cili api hingga naik bau.
4. Tuangkan 1 cawan air bersama tumisan kicap rempah maggie.
5. Kacau dan biarkan ia mendidih.
6.Masukkan sos tomato, air asam jawa, garam dan gula.
7. Masukkan ayam. Kacau gaul dan seimbangkan semua rasa.
8. Tutup api dan boleh la dihidangkan.



Monday, January 18, 2010

Ayam Madu Bersos Tiram



Lauk untuk makan malam semalam. Darling besar punya feveret. Makan dengan nasi panas memang best. Tapi ratah macam tu saje pun dah cukup marvelous.Cara masaknya very the easy one. Tak caya, cuba tengok....

Bahan-bahannya:

1/2  ekor ayam. Dipotong sederhana kecil dan dibersihkan.
3 ulas bwg putih }
1 inci halia          } -ditumbuk bersama
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu kecil kicap manis
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-caranya:

1. Gaulkan semua bahan bersam ayam.
2. Perap lebih kurang 30 minit.
3. Goreng kering semua bhn perap sehingga ayam agak kekuningan.
4. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk tekanan tinggi.
5. Tekan masa lebih kurang 20 minit dan boleh dihidangkan apabila cukup masa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails