Showing posts with label Ingatan. Show all posts
Showing posts with label Ingatan. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Peribahasa Turki...

" Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh "

Rasanya aku sangat setuju dengan peribahasa pak arab di atas. Ya lah, dalam ayat yg mudah, orang yg tak pernah susah, takkan tahu menghargai kesenangan.  Aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Kalau nak dapat dibelikan satu-satu mainan, boleh kira bilangan nya dalam setahun. Jarang-jarang baru aruah mak belikan. dan aku waktu itu rasanya tak banyak membantah walaupun air mata yg lebih banyak keluar bersama sebak di dada. Tanpa rungutan dan bantahan menerima seadanya jawapan aruah mak. Bila dah dapat pulak, menjaganya bagai menatang minyak yg penuh. Setiap mainan yg dibeli akan dijaga dengan baik dan sesudah main akan disimpan dengan cermat. Itu dulu...

Sekarang zamah dah berubah. Walau aku tetap macam yg dulu , aku terasa sungguh perbezaan sikap anak-anak dengan sikap ku sewaktu seumur dengan mereka. Mainan yg dibeli mudah saja dilempar ke sana ke mari. Beli hari ini, esok belum tentu nak dibeleknya lagi. Aku sedar, rezeki yg ada adalah rezeki mereka juga namun kemampuan ku berbelanja untuk mereka nampak gayanya jarang dihargai.
Aku kah yg bersalah.....?

Thursday, April 1, 2010

Apakah Erti Sebuah Perkahwinan...

Perkahwinan itu bukan perlawanan bola sepak. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, terus disepak sekuat hati sejauh mungkin. Sebaliknya perkahwinan itu biarlah seperti permainan ragbi. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, dipeluk digenggam dan tidak dilepaskan sama sekali”

petikan dari kata-kata Ustaz Abu Saif melalui blognya Saifulislam.Com....

Tertarik untuk jadikan ia ingatan jangka panjang, aku mohon halal untuk ia ku letakkan pula di sini. Moga bait-bait tulisan Ustaz mampu menjadi panduan dalam kehidupan rumahtangga ku.
Satu kebenaran yg tak sukar disanggah.  Aku pun tak tau kenapa alam perkahwinan zaman ini begitu mudah diusahakan dan begitu mudah pula untuk ia berakhir. Sesungguhnya benar  kata orang tua-tua dahulu, kalau mudah kita mendapatkan sesuatu benda , maka mudah pula la untuk kita membuangnya. Mungkin kurangnya rasa menghargai. Tak tau lah...tepuk dada tanya hati. Yang pasti, hanya iman yg teguh ditambah rasa ihsan akan menjadikan seseorang lebih kamil lagi dalam menyayangi pasangan dan anak-anaknya.

Friday, March 19, 2010

Ke Arah Yg Lebih Baik.....

'Hidup untuk memberi...' quotation yg ku ambil dari tulisan ustaz Abu Saif melalui laman blognya Saifulislam.com.
Membaca tulisan-tulisan beliau, aku jadi terpana dengan kekhilafan diri dalam urusan mendidik anak. Rupanya baru ku sedar yg aku memberi terlalu sedikit kepada anak-anak. Apa lah yg si darling Hasha tahu kalau mummy nya marah dan menjerit bila dia tumpahkan air. Apa lah yg si darling Iyad faham bila si mummy nya muncung bila arahan tak tertunai. Aku seharusnya lebih sabar, harus lebih bersedia dan terbuka untuk memaaf dan menerang dengan lanjut dan lembut atas segala kesilapan atau kekeliruan yg dilakukan mereka. Aku perlu lebih ceria dan lebih tenang untuk mampu menceria dan menenangkan hati anak-anak. Sesungguhnya apa yg kuberi pasti akan ku dapat kembali.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails