Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts
Tuesday, October 5, 2010
Daging Masak Kicap Bersos.
He3...nengok kan nama menu hari ni mcm ada unsur2 glam sket. Sebenarnya masakan nya mcm biasa org masak kicap daging, cuma ada slightly rasa masam2 manis hasil dari penggunaan sos tomato. Bahan - bahan lain semuanya yg biasa digunakan . Apa-apa pun, tak salah kan menambah style dalam masakan.
Monday, March 22, 2010
Baked Macarroni With Cheese Slices
Jeng..je..jeng....hi guys. This evening all of us were having baked macaroni. No rice ! hah...memula Iyad didn't say anything. He just mumbling "sedap la mummy.....betul la sedap". Si darling besar tak toleh kiri kanan dah. Memang his faveret. Aku memang suka baked macaroni ni. Cukup jer pada kitorang berdua. Tak payah makan nasi. Tapi baru sekejap ni...dua darlings kecik dah merengek mintak nasi. Aduhai.....payah main dengan selera si anak. Tak apa lah, darling besar akan setle kan masalah tu. He3.
For ur informations, this receipe was first tasted by my hubby when he was attending a meeting at his office. Balik2 je dari mesyuarat tu sibuk dia bagitau dia makan baked macaroni yg best. Kalau la dapat resepi dia kan syok.Boleh buat sendiri. And...the gud thing is...the caterer who served the food that nite is our friend. So...aku dengan muka tak malu pun bertanya la pd tuan punya resepi ni apa bahan2 n macamana cara nak membuatnya. Senang jer rupanya ....cuma bahan-bahan dia la yg agak banyak n a bit costly. Tapi, sekali sekala untuk keluarga tercinta, apa salahnya kan....
Just came out from the oven...
If u guys out there are interested with the receipe, lets stroll down here....
Bahan-bahannya:
3 genggam makaroni - direbus dengan air mendidih yg diisi sedikit minyak sayuran.
3 sudu besar cili mesin
1/2 labu bwg besar dipotong dadu
2 ulas bwg putih di potong halus
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
1/2 labu capsicum hijau dipotong dadu
1/2 labu capsicum merah dipotong dadu
1 bungkus daging kisar
4 biji telur
12 keping cheese
garam dan sedikit serbuk lada hitam ( optional )
kiub nenas secukupnya.
Cara-caranya :
1. Tumis cili mesin hingga garing.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar bersama daging kisar.
3. Biar sehingga air daging yg keluar td kering dan naik minyak.
4. Masukkan cili sos dan tomato sos.
5. Masukkan pula capsicum 2 yg tlh didadu bersama makaroni yg telah direbus td.
6. Perisakan dgn garam dan sedikit lada hitam jika suka.
7. Akhir sekali, masukkan kiub nanas dan kacau gaul dengan rata.
Cara menyusun:
1. Ambil loyang berukuran 9" x 9" lebih kurang dan sapukan dengan butter.
2. Alas dengan 4 kepingan cheese.
3. Sendukkan di atasnya dengan 1/3 bahagian makaroni yg telah digoreng td.
4. Selang selikan dengan lapisan cheese.
5. Setelah siap, pukul telur dan tuangkan ia ke atas kesemua lapisan makaroni sebelum diakhiri dgn lapisan
cheese semula.
6. Bakar pada suhu 160 drjh celcius selama 30 min.
7. Keluarkan dan boleh la dipotong.
Keadaan lapisan paling atas selepas dituangkan bancuhan telur dan di akhiri dgn lapisan cheese.
Thursday, March 4, 2010
Daging Goreng Ala Kampung
Klasiknya nama... daging goreng ni adalah kesukaan kami suami isteri. Sedap meratah saje ataupun makan dengan nasi. Tak ada lauk lain pun tak apa. Senang dan ringkas sangat bahan bahan yg diperlukan dalam penyediaan masakan ni.
Aku letak nama ni sebagai satu nostalgia sebab masa zaman aku kecik-kecik dulu bila balik kampung jer mesti tuk akan gorengkan daging ni. Masa tu, menu daging atau ayam nih kami makan bila keluarga balik berkumpul ramai-ramai. Kemeriahan tu buat tuk, tuk su dan mak -mak sedara yg kat kampung bermurah hati utk masak lauk yg mahal-mahal .Sekali -sekala kata diorang..untuk anak cucu. Seronoknya masa tu.
Tapi zaman sekarang ni, daging dan ayam dah menjadi hidangan biasa. Cuma kenangan tu tetap sgt istimewa bagi ku. Untuk sesiapa yg selalu makan daging ni tapi tak reti nak buat, boleh tgk di sini.
Bahan-bahannya :
daging - dipotong nipis.
kunyit serbuk
garam
bawang besar dihiris
cili merah dihiris.
Cara-caranya.
1.Letak daging dalam kuali dan tutup sedikit.
2 Biar air daging keluar.
3.Apabila air daging yg pertama td sudah kering, letak air baru dan biar daging masak hingga empuk.
4. Boleh tambah air dari masa ke semasa.
5. Apabila daging sudah empuk, dan air sudah kering, masukkan minyak masak dan goreng daging td
bersama-sama.
6. Masukkan taburan bwg hiris dan cili merah.
7. Apabila sudah serata, tutup api dan wallah...boleh dimakan.
Aku letak nama ni sebagai satu nostalgia sebab masa zaman aku kecik-kecik dulu bila balik kampung jer mesti tuk akan gorengkan daging ni. Masa tu, menu daging atau ayam nih kami makan bila keluarga balik berkumpul ramai-ramai. Kemeriahan tu buat tuk, tuk su dan mak -mak sedara yg kat kampung bermurah hati utk masak lauk yg mahal-mahal .Sekali -sekala kata diorang..untuk anak cucu. Seronoknya masa tu.
Tapi zaman sekarang ni, daging dan ayam dah menjadi hidangan biasa. Cuma kenangan tu tetap sgt istimewa bagi ku. Untuk sesiapa yg selalu makan daging ni tapi tak reti nak buat, boleh tgk di sini.
Bahan-bahannya :
daging - dipotong nipis.
kunyit serbuk
garam
bawang besar dihiris
cili merah dihiris.
Cara-caranya.
1.Letak daging dalam kuali dan tutup sedikit.
2 Biar air daging keluar.
3.Apabila air daging yg pertama td sudah kering, letak air baru dan biar daging masak hingga empuk.
4. Boleh tambah air dari masa ke semasa.
5. Apabila daging sudah empuk, dan air sudah kering, masukkan minyak masak dan goreng daging td
bersama-sama.
6. Masukkan taburan bwg hiris dan cili merah.
7. Apabila sudah serata, tutup api dan wallah...boleh dimakan.
Friday, January 1, 2010
Sup Tulang Rawan
Sedap jer hirup kuah sup ni panas-panas. Lawan pulak dengan telur dadar...Perghh ! Heaven....kih3. Kelakor jer rasa bila aku nulis gitu. Tapi betul yop, ate..memang sedap bebenor sup ni. Seharian kat bandar Kuantan ni hujan rembas-rembas tak berhenti dari pagi. Cuaca pun suram-suram sejuk jer. So, kena sgt la dengan resepi ni kan. Kalu sudi, boleh la try...
Bahan-bahan utk merebus tulang:
A/
1 kilo tulang rawan.
3 biji bwg putih -di ketuk
1 labu bwg besar -di belah 4.
1 inci halia -di ketuk
air - utk merebus tulang
1 sup bunjut
1 kiub ayam
garam
daun sup - dihiris
bwg goerng - ditabur
Bahan-bahan utk tumis darat :
B/
2 ulas bwg merah - dihiris
1 biji bwg putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
rempah tumis
Cara-cara
1. Rebus bersama semua bahan A di dalam periuk bersama air secukupnya .
2. Biar sehingga daging pada tulang empuk.
3. Tumis pula bahan B di dalam kuali yg berasingan.
4. Tuang bahan tumis ke dalam periuk sup.
5. Perasakan dengan garam dan masukkan 1 kiub ayam.
6. Apabila hendak menghidang, taburkan diatas sup daun sup dan bwg goreng.
Monday, December 21, 2009
Kicap Daging Ala Pekan
Salam petang Isnin...Hari ni dari kul 8 pg td sampai kul 12.30 aku dah start la ke sekolah semula. Selesai la dah nampaknya cuti sekolah akhir tahun untuk tahun 2009 ni. Sekejap je rasa. Pejam celik - pejam celik dah nak abis taun. Balik sekolah td, lepas ambik dua-dua darling kecik dari taska, aku pun take a nap jap kat bilik.Syok memberuang dengan dua babies tu. Sedap jer meluruskan badan. Lepas asar baru start masak. Hari ni menu sempoi..trade mark blog aku kan...But, the taste is awesome man. Try ya.
Bahan-bahan :
300 gm daging -dihiris
1/2 labu bwg besar - dihiris
3 biji bwg putih - dihiris
1/2 inci halia
1 sudu bsr lada hitam - ditumbuk halus
3 sudu bsr kicap manis
1 biji kentang - dipotong 6
sedikit suun dan garam
Cara-caranya:
1. Tumis bwg bsr, bwg putih dan halia.
2. Bila dah agak garing, masukkan lada hitam dan kicap.
3. Masukkan pula daging. Gaul sebati, biar air daging kering dan daging agak kecut.
4. Kacau rata dan masukkan kentang dan sedikit air.
5. Bg yg menggunakan presure cooker, waktu ini tekan butang high prsure untuk 30 min.
6. Setelah selesai 30 min, buka periuk, baru perasakan dengan garam dan masukkan suun.
7. Siap dan boleh dihidangkan.
Sunday, November 15, 2009
Kari Daging
Bahan-bahan
1/2 kilo daging
1 kotak kecil santan pekat
1 paket rempah kari daging
5 ulas bwg merah
3 bj bwg putih
1/2 inci halia
2 bj kentang.
rempah campak ( kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga )
2 sudu cili mesin
2 sudu bsr asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa.
Cara-caranya
Blend bwg merah, bwg putih dan halia.
Campurkan dengan rempah kari dan cili mesin.
Tumis rempah campak.
Masukkan pula bhn-bhn yg telah dicampurkan di awal td.
Tumis hingga garing.
Masukkan daging. Kacau sehingga air daging kering dan daging nmpk sebati dengan rempah.
Masukkan pula santan yg telah dibancuh dengan air.
Letakkan kentang yg di belah empat.
Biar daging empuk bersama-sama kentang.
Setelah daging empuk, baru masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam, secubit gula dan
sedikit serbuk perasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)