Jeng..je..jeng....hi guys. This evening all of us were having baked macaroni. No rice ! hah...memula Iyad didn't say anything. He just mumbling "sedap la mummy.....betul la sedap". Si darling besar tak toleh kiri kanan dah. Memang his faveret. Aku memang suka baked macaroni ni. Cukup jer pada kitorang berdua. Tak payah makan nasi. Tapi baru sekejap ni...dua darlings kecik dah merengek mintak nasi. Aduhai.....payah main dengan selera si anak. Tak apa lah, darling besar akan setle kan masalah tu. He3.
For ur informations, this receipe was first tasted by my hubby when he was attending a meeting at his office. Balik2 je dari mesyuarat tu sibuk dia bagitau dia makan baked macaroni yg best. Kalau la dapat resepi dia kan syok.Boleh buat sendiri. And...the gud thing is...the caterer who served the food that nite is our friend. So...aku dengan muka tak malu pun bertanya la pd tuan punya resepi ni apa bahan2 n macamana cara nak membuatnya. Senang jer rupanya ....cuma bahan-bahan dia la yg agak banyak n a bit costly. Tapi, sekali sekala untuk keluarga tercinta, apa salahnya kan....
Just came out from the oven...
If u guys out there are interested with the receipe, lets stroll down here....
Bahan-bahannya:
3 genggam makaroni - direbus dengan air mendidih yg diisi sedikit minyak sayuran.
3 sudu besar cili mesin
1/2 labu bwg besar dipotong dadu
2 ulas bwg putih di potong halus
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
1/2 labu capsicum hijau dipotong dadu
1/2 labu capsicum merah dipotong dadu
1 bungkus daging kisar
4 biji telur
12 keping cheese
garam dan sedikit serbuk lada hitam ( optional )
kiub nenas secukupnya.
Cara-caranya :
1. Tumis cili mesin hingga garing.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar bersama daging kisar.
3. Biar sehingga air daging yg keluar td kering dan naik minyak.
4. Masukkan cili sos dan tomato sos.
5. Masukkan pula capsicum 2 yg tlh didadu bersama makaroni yg telah direbus td.
6. Perisakan dgn garam dan sedikit lada hitam jika suka.
7. Akhir sekali, masukkan kiub nanas dan kacau gaul dengan rata.
Cara menyusun:
1. Ambil loyang berukuran 9" x 9" lebih kurang dan sapukan dengan butter.
2. Alas dengan 4 kepingan cheese.
3. Sendukkan di atasnya dengan 1/3 bahagian makaroni yg telah digoreng td.
4. Selang selikan dengan lapisan cheese.
5. Setelah siap, pukul telur dan tuangkan ia ke atas kesemua lapisan makaroni sebelum diakhiri dgn lapisan
cheese semula.
6. Bakar pada suhu 160 drjh celcius selama 30 min.
7. Keluarkan dan boleh la dipotong.
Keadaan lapisan paling atas selepas dituangkan bancuhan telur dan di akhiri dgn lapisan cheese.
No comments:
Post a Comment