Monday, March 29, 2010

Lempeng Pisang


Salam petang Isnin...apa khabar semua? Petang td sebelum darling besar sampai rumah, sempat jgk aku melempeng sekali lagi. Petang semalam dah buat tapi sikit jer sbb ada hal. Aku buat saiz besar, cukup2 empat keping. Tapi rasa macam tak puas la pulak. Makan panas-panas, aduh......sodap wa cakap lu.

Jadi, bila nengok kan pisang tu ada lagi belennya, aku pun bancuh la seround lagi. Syok tau makan panas-panas sambil minum kopi o secawan. Terima Kasih pada k.Nor atas ihsan resepi yg enak ni. Versi asalnya k.nor ambil dari Hajar. Sy panjangkan pulak ke sini.  TQ kak.

Bahan-bahan:

3 sudu besar butter ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/3 cawan tepung naik sendiri ( aku pakai tepung gandum jer, n jd kn 2 cwn)
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil gula castor ( 2 sudu bsr gula kasar )
1 cawan susu segar

1 bj pisang ~ yg dah masak ranum ( aku lecekkan 5 bj )
1 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam



Cara-caranya:



Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails