Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Tuesday, May 17, 2011
Beef Lasagna.....the receipe
Assalammualaikum everyone. Lamanya tak up date blog. Kat area Indera Sempurna ni line tak berapa cun la. So, mood memblog pun jadi tak cun la juga. Apa pun, demi sahabat2 tercinta yg request kan resepi di atas yg dibuat petang tadi, here it is....so yummy, as Iyad's review.
Bahan-bahan:
A/ 300-400GM daging cincang
bolognaise sos. ( any brand can do )
1 labu bawang besar holland - dadu
3 ulas bawang putih - dadu
garam, gula,
tomato sos,
serbuk lada hitam
300 ml air
1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2.Masukkan daging yg telah dibersihkan. Masak sehingga air daging keluar dan daging masak.
3.Masukkan sos bolognaise dan air. Kacau.
4. Masukkan sos tomato, garam, gula dan serbuk lada hitam.
5. Setelah mendidih, tutup api dan angkat.
B/ 2 sudu besar mentega - cairkan.
4 sudu besar tepung - masukkan ke dalam mentega yg telah cair.
alih kan dulu dari api, kacau guna whisk.
2 cawan susu segar - masukkan ke dalam bancuhan tepung td dan letak semula periuk atas api. Kacau.
6 keping cheddar cheese - masukkan ke dalam periuk berisi susu.
sedikit garam - letak dalam bancuhan. Kacau sehingga pekat. Baru angkat.
C/ Satu kotak lasgna kering. ( any brand. I use San Remo )
Cara-cara :
1. Lengserkan loyang dengan butter. Lapiskan dengan satu lapisan lasgna.
2. Ambil 2, 3 senduk kecil sos daging dan lapiskan ke atas lasagna.
3. Lapiskan pula dengan sos putih. Buat selang seli sehingga menutup loyang. ( atas sekali mesti sos putih )
4. Bakar untuk 180 farennheit selama 40 minit.
Sunday, February 13, 2011
Cucur Kembong Ikan Bilis
Lepas penat mengayuh basikal, kitorang makan cucur ikan bilis ni sbg menu utk minum lewat petang sekaligus dengan makan malam. Nasib baik darling2 semua jenis tak cerewet. Boleh je jadi kan ini sbg menu dua dalam satu. Garing di luar dan lembut sangat di dalam. Meh tengok resepi dia.
Bhan-bahannya :
1/2 kilo tepung gandum
1 genggam ikan bilis - basuh dan bersihkan
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu besar susu tepung
1/2 paket mauripan
garam dan sedikit gula sebagai penyedap rasa.
air secukupnya
Cara-cara :
1. blend ikan bilis, bawang dan cili merah bersama sedikit air.
2. tuang bahan2 blend ke dalam tepung yg diisi susu tepung. kacau sebati.
3. masukkan setengah paket mauripan td yg telah dibancuh dengan sedikit air sejuk.
4. gaul lagi. sebatikan dengan garam dan sedikit gula.
5. perap lebih kurang setengah jam.
6. goreng dengan minyak terendam. setelah kuning keemasan, baru diangkat.
7. tos kan sebelum di hidang.
Bhan-bahannya :
1/2 kilo tepung gandum
1 genggam ikan bilis - basuh dan bersihkan
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu besar susu tepung
1/2 paket mauripan
garam dan sedikit gula sebagai penyedap rasa.
air secukupnya
Cara-cara :
1. blend ikan bilis, bawang dan cili merah bersama sedikit air.
2. tuang bahan2 blend ke dalam tepung yg diisi susu tepung. kacau sebati.
3. masukkan setengah paket mauripan td yg telah dibancuh dengan sedikit air sejuk.
4. gaul lagi. sebatikan dengan garam dan sedikit gula.
5. perap lebih kurang setengah jam.
6. goreng dengan minyak terendam. setelah kuning keemasan, baru diangkat.
7. tos kan sebelum di hidang.
Friday, January 14, 2011
Kuih Dadar Daging
Kuih dadar daging ni sgt-sgt sedap. Aku dengan darling besar suka mkn kuih ni tapi dulu kitorg beli dah siap dr penggerai2 tepi jalan setiap kali balik rumah abah di Kuala Terengganu. Kat Kuantan ni payah nak dapat yg sedap unless buat sendiri. Cumanya yg kitorg beli, tak ada la bersalut dgn telur dan breadcrumbs. Selalunya yg dijual sgt simple dgn daging yg sedikit dan lebihnya kentang.
Tapi dalam masa setahun kebelakangan ni nasib menyebelahi kami sebab kuih dadar daging yg di atas boleh kami makan dengan puas pada hrg yg sgt berbaloi. Kulit dadarnya lembut dan yg paling penting isinya yg masin, manis berempah penuh dengan ketulan daging lembut berserta tetel2nya sekali. Tak ada kentang langsung.
Kami beli yg jenis half cooked. Then aku goreng sendiri bercelup telur dan disalut dgn breadcrumbs yg menjadikan ianya sungguh crunchy di luar dan sgt enak di dalam. Untuk 6 keping besar dgn hrg rm8 , ku rasa sgt berbaloi. Bila2 ada tetamu mengejut yg datang menjengah, boleh la dihidangkan kuih ni untuk minum petang. Sedappp.
Thursday, April 1, 2010
Deep Fry Mi Sua
Jemput makan semua....petang ni, aku buatkan deep fry mi sua sebagai santapan petang hari kami. Best cicah dengan cili sos. Tiap kali masak ni aku akan teringat kat mak saudara ku yg lama tak bersua muka. Aku panggil dia cik eda. Aruah mak belajar dengan dia masak mi sua ni dulu. Pas tu skrg turun jadi resepi aku la pulak. Tak sangka kalu nengokkan mi nya boleh diolah jadi sebegini rupa tapi ialah bak kata Cik Mat Gebu, segala bahan masakan boleh diubah jadi pelbagai resepi. Kalau rajin, jom la tengok resepinya kat bawah ni.
Bahan-bahan:
2 bungkus mi sua. ( ada contoh plastiknya aku letakkan kat bwh ni )
3 biji bawang merah
2 ulas bwh putih.
12 ekor udang hidup
1 tangkai daun sup
4 cawan air.
Cara-caranya:
1. Rebus air bersama bawang2 yg telah dihiris terlebih dulu.
2. Masukkan udang hidup.
3. Masukkan mi sua kering tadi. ( basuh sekali air lalu sahaja. Jgn lebih, nanti hilang masinnya)
4. Kacau gaul dan biar ia serata dengan semua bahan dan mengembang. ( x perlu letak garam )
5. Masukkan hirisan daun sup dan kacau lagi. Tutup api.
6. Tuang kan ke dalam loyang . Tekan biar dia betul2 padat.
7. Setelah sejuk, potong ia ikut bentuk yg disukai.
Untuk menggoreng:
1. Pukul 3 biji telur bersama sedikit susu segar ( optional. x de susu pun ok )
2. Masukkan ketulan mi sua yg telah dipotong2 td ke dalam bancuhan telur. Gaul rata.
3. Goreng ia secara terendam dalam minyak yg panas supaya tak menyerap banyak minyak.
4. Angkat dan toskan.
5. Hidangkan bersama sos cili.
Monday, March 29, 2010
Lempeng Pisang
Salam petang Isnin...apa khabar semua? Petang td sebelum darling besar sampai rumah, sempat jgk aku melempeng sekali lagi. Petang semalam dah buat tapi sikit jer sbb ada hal. Aku buat saiz besar, cukup2 empat keping. Tapi rasa macam tak puas la pulak. Makan panas-panas, aduh......sodap wa cakap lu.
Jadi, bila nengok kan pisang tu ada lagi belennya, aku pun bancuh la seround lagi. Syok tau makan panas-panas sambil minum kopi o secawan. Terima Kasih pada k.Nor atas ihsan resepi yg enak ni. Versi asalnya k.nor ambil dari Hajar. Sy panjangkan pulak ke sini. TQ kak.
Bahan-bahan:
3 sudu besar butter ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/3 cawan tepung naik sendiri ( aku pakai tepung gandum jer, n jd kn 2 cwn)
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil gula castor ( 2 sudu bsr gula kasar )
1 cawan susu segar
1 bj pisang ~ yg dah masak ranum ( aku lecekkan 5 bj )
1 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.
Subscribe to:
Posts (Atom)

