Showing posts with label kesayangan. Show all posts
Showing posts with label kesayangan. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

For Men, Life Begin At Forty......

For me, I dont know about that but.....it was my birthday yesterday. And yes, I am already forty.

HAPPY BIRTHDAY TO ME.........


Alhamdulillah dengan rahmat ALLAH SWT, yang meminjamkan nyawa selama ini. Segala rencah yg menyeliputi kehidupan, membawa seribu warna dalam diri. Moga dengan limpah rahmat dan redha dari Nya, perjalanan ini akan menjadi lebih bermakna dan diberkati. Aminnnn....

Saturday, February 19, 2011

Something For You...

 

                                        Underneath the moon,
Underneath the star,
Here's a little heart for you....

Up above the world,
Up above it all,
Here's a hand to hold on to

But if I should break,
If I should fall away.....
What am I to do ?
I need someone to take,
A little off the weight
Or I'll fall through.....

You're just the one
That I have been waiting for,
I'll give you all 
That I have to give and more
But dont let me fall.....

Take a little time,
Walk a little line,
Get the balance right......
Give a little love,
Gimme just enough
So that I can hang on tight...

We will be all right,
I'll be by your side,
I won't let you down,
But I gotta know,
No matter how things go...
That you will be around.

Wednesday, February 9, 2011

Sabar lah Sang Hati...

Panas rasa jiwa bila teman and semak kerja sekolah anak-anak tiap malam. Orang lain aku tak tau la camane, tp aku geram je rasa. Apa taknya, si mummy nya ni kat sekolah bukan main particular lg bab-bab tulisan anak murid a.k.a anak orang kat sekolah tu. Tup-tup anak sendiri , ( si Iyad ler ) tulisan macam apa. Yang aku geram, bila kita duk depan dia, bising-bising, boleh pulak tulisan jadi cantik sebijik-sebijik. Panas hati di buatnya. Sib baik yg perempuan kecik tak macam tu. Sejuk la semula.


                Hasha and her kinder's homework. Aiyaa...so, so, many ma....

          Bila tulisan huduh...kena la buat semula. Mesti bengang kan. Jadi tulis lah cantik cantik.

Thursday, January 27, 2011

Alhamdulillah...my darling is back.

Bila darling besar tak de kat rumah, bila dia kena out station, segalanya rasa kurang sempurna. Kami akan tinggal bertiga, tak seronok nak main-main kat luar, tak de mood nak tengok tv malam-malam and akan tidur lebih awal dari biasa. Bila pagi-pagi, akan bangun jauh awal dari biasa, akan kelam kabut masukkan kesemua tiga bag darling keciks ke kereta, pas tu kunci rumah, kunci pagar and ke sekolah pada waktu yg masih sgt pagi. Huuuu....tak best.

Minggu ni darling besar kena ke Labuan, so macam kat atas tu lah rutin kitorang. Tapi hari ni my darling is back. Syukur alhamdulillah. Ku bahagia. Boleh nyanyi-nyanyi. He3. Jap lagi nak hantar Iyad g kelas KAFA sama-sama. Pas tu boleh dating berdua. I loike.

                                                    Without you, I'm nothing.

Tuesday, January 25, 2011

Moga jadi anak yg soleh.

Dalam suasana petang Selasa yg mendung dengan hujan renyai-renyai aku dan darling Iyad menggagah kan juga diri utk ke KAFA Aliff di Sg Isap Perdana.Si mummynya dengan mata yg mengantuk dan si anak yg keletihan, lebih banyak diam dari berbual. Bukan tak kesian tengok dia yg kepenatan tapi demi ilmu agama yg wajib dituntut ini aku mesti kuat kan semangat diri dan semangat si pelajar untuk teruskan juga. Nak harapkan aku mengajarnya sendiri, tak mampu pulak aku rasa. Diri sendiri pun banyak lagi yg harus dipelajari. Setakat yg asas boleh lah. Selebihnya Iyad harus berguru. Terima kasih kepada para Mu'alim dan Mu'alimah yg menjadi tenaga pengajar di sini. Moga dengan ilmu yg dipelajarinya Iyad dapat menjadi anak yg terpimpin, berilmu dan beramal soleh. Aminnn.....


Semoga hati Iyad penuh dengan kasih sayang dan keimanan.

Wednesday, December 22, 2010

The New Craziness In My Wardrobe

He3...kalau dulu, giler tdg Cik Ani, lepas tu Cik Aya....skrg kegilaan dah berpindah pada tudung Cik Jah la pulak. Nasib baik si darling besar tak kata apa. Dia dah faham sangat peel orang rumah dia ni. I luv u la Yang. Aku memang jatuh cinta dengan tdg Cik Jah ni . Kain dia diperbuat dari 100% silk cotton yg sejuk dan selesa bila disarungkan. Selain tdg Cik Jah yg aku suka ni, tdg Cik Ra pun menjadi dambaan kalbu ku jg sbb rupa bentuk dan kualiti nya hampir sama. So, kalau kat Cik Jah tak de warna yg aku nak, ke Cik Ra la aku mencarinya. Mesti jumpa warna yg diidamkan. Warna-warna tdg diorang ni memang wallah! fantastic! mister loba-loba sampai boleh menari samba.Paling penting, dalam kamus aku, tdg ni senang dipakai. Sarungkan aje. Then adjust bagi lawa. Penting tu. Ya laa...walaupun nak senang, kecantikan dan kekemasan jg menjadi ciri2 utama. Nanti aku nak masukkan gambar sebagai tanda kecintaan ku dengan warna-warnanya ya.

                                       inner kelabu and syria hitam.

                                      inner electric blue.

                                       inner guava pink with syria off white.


                         inner grey with syria in mustard color.

                        inner hot green and syria dark chocolate.

              inner pink guava with syria olive green. ( grrrr...sejuknya cuaca masa ni. hujan non stop ).

Ahaa....nanti sambung lg dengan other colours. I luv it.

Tuesday, December 21, 2010

Baru Ku Tahu.....

Rupa-rupanya, menjadi seorang ummi, ibu, emak, mama atau mummy, tidak hanya terhad kepada menjaga sakit pening atau menjaga keperluan fizikal dan mental anak-anak dan suami tercinta tetapi juga merangkumi hal-hal yg berkaitan dgn pembelajaran anak-anak.

Bagi aku yg mempunyai darling besar yg selalu sibuk, maka tugas-tugas pengajaran anak-anak adalah di bahu ku sementelah aku juga kebetulannya seorang guru. Tapi sesungguhnya, baru ku tahu....mengajar anak orang lain adalah jauh lebih mudah berbanding mengajar anak sendiri.

Dalam cuti ni Iyad kena selesaikan hafalan sifir 2 hingga sifir 12. Aduhhhh....baru ku tahu, rupanya masa cuti sekolah, payahnya dia nak menghafal apa-apa yg berkaitan pelajaran. Tak macam hari sekolah. Mudah je nak ikut kata kita. Cepat je boleh menghafal. Aduhai anak.......

Tuesday, November 23, 2010

Anniversary Dinner.

Sedar tak sedar , 15 tahun berlalu dan aku bahagia menjadi isteri kepada Encik Rose Samsul bin Abdul Razak dan ibu kepada Muhammad Iyad Nur Iman dan Hasha Deena. Suka dan duka, tangis dan tawa, melingkari kehidupan sebagai pasangan, sahabat dan kekasih. Terima Kasih atas segala perhatian dan kasih sayang yg dicurahkan selama ini. Sesungguhnya diri ini amat bersyukur dengan rahmat yang ALLAH  SWT kurniakan dalam rumahtangga kami. Moga kebahagiaan dan redha AL.LAH itu akan sentiasa mengiringi kehidupan kami selama-lamanya. Aminnnn.




Oleh kerana kesibukan yg melanda, aku n darling besar asyik tertangguh je to have our anniversary dinner. So last sunday night, kami pun decide to have it at quite a special place call ' Crocodile Rock'. The place is at  Kubang Buaya. A very nice ambience and very romantic. The place is specialised on western food, which is darling besar n both darling keciks favourite. For me, as long as the place has pasta and spagheti, then it's fine with me.

Tuesday, October 5, 2010

To KBK Concert

  
Hasha masa ni on de way nak g konsert kindergarden dia di Vistana Hotel. Every year, Kubang Buaya Kindergarden akan adakan konsert di situ. Kids from 4 to 6 years old akan perform varieties of show in Bahasa Malaysia, English and Mandarin. Patut la Hasha dah sebulan duk menyanyi lagu cina yg aku tak tau ujung pangkalnya. Bila disuruh ulang semula , dia jawab "alaa Hasha dah nyanyi tadi, tak boleh ulang lagi". Keh3...padahal aku tau dia pun hentam je gamaknya.

Sunday, March 14, 2010

Momen Indah Bersama Atuk .........Belalang Oh Belalang.


Aktiviti yg menjadi wajib bagi si atuk dan dua cucunya ini ialah menangkap belalang. Keseronokan dan kebahagiaan jelas terbayang di wajah ketika pencarian berlangsung. Aku pasti, ia akan kekal di ingatan hingga bila-bila. Moga atuk dan nenek sentiasa sihat, dipanjangkan usia dan bahagia sentiasa...AMIN.....Kami saaayang atuk !

Monday, January 4, 2010

Fasa Baru Kehidupan.

Hari ni, buka satu lagi lembaran baru dalam sejarah kehidupanku. Dua darling kecik ku dah mula bersekolah. Iyad melangkah ke darjah satu dan  Hasha pula bertukar dari play school ke kindergarden. Dah makin besar anak-anak mummy. Maknanya dah bertambah pulak umur mummy. Huuu...

Tetiba rasa sayu bila tengok Iyad pagi-pagi dah siap bangun, solat subuh dan bersarapan sama. Macam-macam pesanan aku sisipkan kat telinga dia. Rasa risau dan seronok bercampur baur dalam hati. Si darling besar sebenarnya dari malam tadi tak boleh tidur sebab fikir dan bimbangkan si anak, bercampur lagi dengan rasa excited. Ishh..tak tau lah. Dia siap ambil cuti untuk tolong aku tengok-tengokkan Iyad terutama bila masa rehat nanti. TQ. I really appreciate it.


I'm ready to school mummy.




Iyad dalam kelas 1Bijak



Sibuk beratur nampak...Nak g mana tu ?




Hasha is on de way to her kindergarden.



I'm here mummy. In front of my kinder.

Tiada apa yg aku harapkan, hanya doa yg tidak putus aku panjatkan ke hadhrat ILLAHI agar persekolahan dan pembelajaran anak-anakku sentiasa di dalam berkah ALLAH SWT.  Moga kalian berdua menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat...AMIN....

Wednesday, December 30, 2009

Iyad Oh Iyad....

"Mummy  !.......Waaaaaa.........suara Iyad menangis bergema dalam bilik. Aku yg sedang berbaring, bingkas bangun terkejut. Aku lihat tangan kanan nya menekup pergelangan tangan kiri. Bila aku suruh dia bukak, tunjukkan, aku tengok satu garisan seinci panjang dah mula mengeluarkan darah, betul-betul di saluran nadi.  Pertanyaan bertubi-tubi keluar dr mulut ku dan dengan suara terketar-ketar sambil menangis dia tunjukkan cutter yg aku tgk ada di lantai depan tv. "Iyad buat apa?", tnyaku tak berhenti2. "Iyad buat dengan pisau tu...Iyad ingat tak apa-apa. Mummy...cepatla bwk Iyad g klinik. Iyad takut..Pedih ni."..




kat klinik...pas buh ubat.


Aku bertambah kelam kabut. Darah pula kulihat semakin banyak keluar. Tanpa tunggu lagi, kami bertiga bergegas ke klinik. Dalam kereta...apa lagi, si Hasha menangis ketakutan, si Iyad lagi kuat menangis. "Mummy, Iyad tak nak mati lagi..Iyad nak duduk dengan Mummy. Iyad takut, kalau mati, duduk dalam kubur sorang-sorang. Tak de sape jg Iyad..." Kereta ku pandu semakin laju, darah semakin banyak keluar. Mungkin sebab cuaca panas pukul 4 petang menambahkannya lg. Sedih pulak aku rasa...tapi itu la, tak de kerja, cari kerja. Sampai di klinik, Dr. Fauziah yg memang rapat dengan kami dan boleh kuanggap mak angkat iyad menggeleng kepala. " Nasib baik kelar nya tak dalam...kalau tak, ishh,ishh..iyad, iyad,  " Dr. Fauziah mengomel.


dah siap berbalut. Doktor tak bg kn air kat bhg ni utk 2, 3 hari.


Dah la kena satu suntikan A.T.T ( vaksin tahan karat ), kena makan ubat antibiotik n kena pergi cuci luka dua tiga pagi lagi. Bila ditanya kenapa dan apa yg membuat dia mengelar pergelangan tgn nya, Iyad jawab...Iyad nak tau, pisau mummy tu tajam ke.? Pisau tu kecik je.. Buat kat plastersin ok, kat eraser pun ok jer...Iyad nak try la kat Iyad pulak, nak tengok Iyad kuat, boleh cedera ke tak......

Aduhh...Iyad bukan superman sayang, Iyad pun bukan Ben10, bukan Superhero. Iyad ni manusia biasa yg boleh sakit, luka dan mati. Puas aku menerangkan. ( walaupun sebelum2 ni dah banyak kali aku ingatkan dia  yg cerita2 kekebalan superhero dalam tv tu hanyalah rekaan dan lakonan semata-mata ). " Sekarang baru Iyad betul-betul dah tau mummy, Iyad tak kebal pun macam superhero tu..."

Anak, hai anak...moga ini menjadi pengajaran kepadanya dan kepada ku juga supaya lebih memerhati dan sentiasa menasihati di lain kali., walauupun ku tau mulut ni tak henti menasihati. Cuma mungkin tak cukup 200 kali dalam sehari.. Iyad,oh Iyad...tinggi betul naluri ingin tahunya. Moga akan membesar menjadi orang cerdik pandai dan pemikir hebat. Amin...  ( Doa mummy dan abah. )

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

My two men are going for hari raya prayer.



Iyad buat muka boring sbb ngantuk n I know, dia x suka mummy nya suh posing amik gambo pepagi hari. Kali ni hanya diorang berdua jer yg g ke surau utk sembahyang sunat hari raya. Aku x g sbb dapat cuti bulanan. Selalunya kami sekeluarga akan ke Masjid Besar sama-sama. Tak pe la, hari ni mummy n Hasha tunggu kat rumah siapkan makan pagi ok. Lepas sembahyang sunat nanti, surau depan rumah aku ni akan buat korban 4 ekor lembu. Banyak juga kan.

Monday, November 23, 2009

Konvokesyen Taska Al Ulum Iyad




Alhamdulillah, kali ni Iyad dapat tempat ke 3 bg kategori 6 tahun. Moga Iyad terus cemerlang. Amin..




Iyad yg tembam di tengah rakan-rakannya.


 

Bersama dua orang ustazah, Cik Naimah dan Cik Su yang banyak mengajar Iyad selama setahun ini. Terima Kasih cikgu.




Masa persembahan untuk sketsa Lagu Tiga Kupang. Iyad jd raja dalam rumah dan di sebelah permaisurinya, Kamelia Afiqah. Manisnya si Afiqah ni. Mummy loike...

Sunday, November 15, 2009

My little angel



 Chirpy ! Talk and talk all the time. Plus a bit naughty, but mummy loves u very much! The picture was taken on our way to MegaMall. Biasa la...aktiviti mengukur. Mana la tau kot-kot ada penambahan or pengurangan saiz kedai. he.he...

Friday, November 13, 2009

Anak lelaki mummy




Hr ni iyad and I spent our leisure afternoon together. Next year he will be in Standard 1. How fast time flies.
Rasa mcm baru je nampak iyad merangkak rangkak naik tangga. Or sambil tercangkung-cangkung, bz menyelongkar almari mummy. Hr ni, kita dah boleh berjalan berdua, makan ais kacang. Bukan nak promote tp makanan kat Sri Affa Food Court ni memang sedap and my fav is mee bakso.

Thursday, November 12, 2009

Happy Anniversary.....





Syukur ke hadrat ILLAHI, dengan limpah rahmatnya kami masih dapat bersama, bahagia dalam menempuh saat suka mau pun duka. Genap hari ini usia perkahwinan kami yang ke 14 tahun. Tak de apa yg aku mohon selain mengharapkan kebahagian itu hingga hujung nyawa. Bersama dua jantung hati, penceria hari, moga kebahagian milik kami . Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rahmat dalam kehidupan kami dunia dan akhirat. Amin...


Monday, November 9, 2009

Adik, tepi lah..



Itu ler yang aku dengar. Iyad nak main sorang gamaknya. Hasha plak nak join sama bila tengok si abang dah susun jalan keretanya cantik cantik. Diorang berdua ni kalu tak bertekak tak sah. Tapi bila time baik, sejuk hati n mata aku nengok. Mummy luvs u two very much.

Sunday, November 8, 2009

Main nyorok-nyorok


Kelakar sangat, bila tengok Iyad try to fit himself under his table.  Konon nak menyorok dari Hasha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails