Tuesday, December 21, 2010

Baru Ku Tahu.....

Rupa-rupanya, menjadi seorang ummi, ibu, emak, mama atau mummy, tidak hanya terhad kepada menjaga sakit pening atau menjaga keperluan fizikal dan mental anak-anak dan suami tercinta tetapi juga merangkumi hal-hal yg berkaitan dgn pembelajaran anak-anak.

Bagi aku yg mempunyai darling besar yg selalu sibuk, maka tugas-tugas pengajaran anak-anak adalah di bahu ku sementelah aku juga kebetulannya seorang guru. Tapi sesungguhnya, baru ku tahu....mengajar anak orang lain adalah jauh lebih mudah berbanding mengajar anak sendiri.

Dalam cuti ni Iyad kena selesaikan hafalan sifir 2 hingga sifir 12. Aduhhhh....baru ku tahu, rupanya masa cuti sekolah, payahnya dia nak menghafal apa-apa yg berkaitan pelajaran. Tak macam hari sekolah. Mudah je nak ikut kata kita. Cepat je boleh menghafal. Aduhai anak.......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails