Monday, December 6, 2010

Asam Pedas Ikan Pari

Di sebabkan hari ni dah tak g sekolah, maka boleh la entri masak-masak kembali mewarnai blog ni. Kalau idak, entri pasai aktiviti karut marut je lah yg memonopoli. Meh try asam pedas ikan pari ni.


Besor gedabak si Ah Fu tokeh ikan kat Indera Mahkota tu potong ikan pari ni. Aku nak potong kecik-kecik pulak takut hancur nanti dibuatnya. Tak pe lah, rupa tak berape nak lawo tapi rasa mabeles. He3...kalau aku tak kata gitu, sape lagi nak kata.

Bahan-bahan :
1. Ikan pari secukup nya.(adjust la ikut keperluan ahli rumah ya)
2. Cili mesin 3 sudu besar.
3. 5 biji bwg merah.
4. 3 ulas bwg putih.
5.1 inci halia.
6.1 inci belacan.
7.2 bj buah keras.
8.2 batang serai.
9.1/2 inci kunyit hidup.
10.1/2 cwn air asam jawa.
11.garam, gula n serbuk perasa.

Cara-caranya :
1. Blend dulu no 3 sampai 7. Masuk sekali no 9 (kunyit).
2. Tumis cili mesin bersama bhn-bhn yg telah diblend hingga garing..
3. Ketuk serai dan tumis lagi.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan isi air lebih kurang 1 cawan lagi.
5. Masukkan ikan bersama-sama garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kacau biar mendidih dan biar pekat. Boleh letak daun kesum jika suka. Bila dah pekat dan mendidih,    
    matikan api.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails