Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Nasi Goreng Enak


Walau hati rasa kurang enak....jangan risau, nasi yang digoreng balik dari urusan perbankan lewat petang tadi saaangat lah enak. He3. Baik darling besar maupun dua darling keciks, semuanya bersetuju yang menu malam diorang benar-benar membuka selera.

Memula ingat nak tapau je apa yang ada kat bandar tu sebelum balik tadi , tapi macam tak ada apa yang membuka selera. Jadi, menu yang paling mudah dalam waktu yang singkat tentu lah nasi goreng ni. Aku singgah jap kat kedai si Ah Long untuk beli sedikit bahan buat penyedap rasa. Jom tengok resepi on the spot.

Bahan-bahan :

Nasi putih yang baru dimasak.
Segenggam ikan bilis - basuh bersih.
3 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 ulas baawang putih
1 biji telur
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar kicap manis 
Segenggam udang hidup - dibuang kulit
5 biji bebola ikan - dibelah tiga tiap satu
garam dan sedikit gula.
Hirisan kobis.

Cara-caranya :

1. Blend ikan bilis, cili hidup dan bawang-bawang tadi.
2. Tumis bahan yg di blend hingga garing.
3. Masukkan udang dan bebola ikan. Kacau gaul.
4. Masukkan kedua-dua sos dan kicap manis. Kacau lagi.
5. Masukkan pula telur. Biarkan sebentar baru dikacau.
6. Masukkan nasi, diikuti dengan hirisan sayur kobis.
7. Perisakan dengan garam dan seimbangkan dengan sedikit gula.
8. Kacau goreng untuk beberapa ketika lagi sebelum ditutup api.
9. Boleh dihias dengan hirisan daun sup dan cili potong.
10. Enak dimakan panas-panas.

Thursday, December 9, 2010

Nasi Goreng Kanak-kanak with Keropok Mony.

Petang semalam, lepas darling besar balik kerja, kitorg sefamili berangkat ke Indera Sempurna. ( he3..mcm indera kayangan pulak bunyinya.) Ada urusan sikit. Dah alang-alang ke situ, my sister yg tinggal kat area tu pesan suh bwk raket badminton sbb sepupu2 si darling keciks berdua ni nak main. Darling kecik berdua tuh kalau kata nak jumpa sepupu-sepupunya, memang melompat sakan ler sbb kat rumah kitorg skrg nih, kwsn utk main memang tak brp sesuai banding kat rumah my sister. Aku pun, dgn ringan tulangnya, memproses la nasi goreng, so lepas game badminton tu nanti depa semua buleh makan. ( and kebetulan, balen nasi putih banyak lg. Lauk nya dah abis. Itu yg sebenornya. He3. Tak baik biarkan nasi tuh. Ishh, ishh, ishh....biar kita goreng dia.)

Semalam aku baik ati. Tak masukkan sayur sikit abuk pun. Selalu, aku akan membebel abis2 suh diorg berdua makan sayur. Tapi  kali ni, mummy bagi can. Korang boleh makan tanpa perlu kuis-kuis sana sini, elak sayur. Huhh...nyampah. Bila la budak-budak ni nak sedar kepentingan makan sayur-sayuran. Nasi goreng ni memang kanak-kanak akan suka sbb hanya berencah telur and sosej. Nak bagi lebih vogue lagi, aku gorengkan keropok mony. Itu, memang favourite ahli rumah. ni. Nanti aku taipkan resepi dia ya.



Biasa ler, photographer tahap amatur yg tersangaaaat lah amatur, jadi, gini je lah gambar yg mampu diambiknya. Tak kisah la kan. Layan aje la.

 Bahan-bahan :

1. Nasi putih 6 cawan.
2. 2 sudu besar margerin planta dan 1 sudu besar minyak masak.
3. 1/2 labu bawang besar.
4. 3 ulas bawang putih.
5. 2 biji telur gred A.
6. 3 batang sosej ayam.
7. 1 kiub ayam maggie.
8. garam, gula dan lada hitam yg telah ditumbuk.

Cara-caranya :

1. Hiris halus bwg besar dan ketuk bwg putih.
2. Panaskan margerin planta bersama minyak masak, tumiskan bawang2 tadi.
3. Setelah bawang layu, masukkan sosej yg telah dipotong. Kacau goreng.
4. Pecah dan kocokkan telur di dalam mangkuk yg berasingan. Tuang ke dalam kuali bersama2 bhn td.
5. Kacau goreng semua dan masukkan nasi.
6. Perasakan dengan kiub ayam, garam dan sedikit gula serta serbuk lada hitam.

Tuesday, March 2, 2010

Nasi Lemak


Ini sebenarnya menu breakfast Ahad lepas. Tapi nmpknya malam ni baru dapat dipostkan . Dah lama tak makan nasi lemak buatan sendiri so sabtu malam tu tanya la semua orang samada setuju tak kalau buat menu ni utk makan pagi. Bila semua angkat tangan kata okey, aku pun set la mind utk bangun awal sikit dari selalu. Ya lah...biasanya kalau pagi minggu ni , lepas solat suboh, mesti sempat lagi berbaring-baring n bermalas-malas.

Resepinya aku ambil dari myresepi. Hasil ikhsan junjs11. Sedap. Patut la mendapat pujian ramai. Minta halal utk dikopipeskan di sini ya.


  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


Wednesday, February 3, 2010

Pulut Kuning Kari Daging


He3....aku masak.ni bukan nya sebab ada sambutan hari lahir atau kenduri kesyukuran tapi tekak yg teringin nak makan. Sekali sekala makan pulut kuning dengan kari daging yg pekat likat ni memang mengancam habis. Selalu selalu tak boleh la kan. Kalau org lain aku tak tau la tp aku ni byk angin dalam badan. Nanti kalau makan beria mula la kembong perut and senak sana sini. Resepi kari daging dah ada dalam entry yg lepas. Ni aku postkan resepi pulut kuning aje la ya.

Bahan-bahannya:

500 gm beras pulut.
2 keping asam gelugor.
air separas pulut.
1 sudu kecil kunyit serbuk.
100 gm santan pekat.
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1. Rendam beras pulut bersama air, serbuk kunyit serta asam gelugor. ( Selama 25 minit. )
2. Masukkan beras pulut yg telah direndam ke dalam pressure cooker bersama air separas beras.
3. Tekan high pressure selama 5 minit.
4. Setelah masak, keluarkan dan gaul balik kan pulut bersama santan yg telah dibancuh dgn garam di dalam
    bekas lain.
5. Setelah pulut dan santan sebati , masukkan semula ke dalam pressure cooker dan preheat warm semula
    selama 3 minit lagi.
6. Tutup api dan boleh la diangkat

1. Rendam beras pulut bersama air dan

Saturday, November 28, 2009

Nasi Minyak



Ini resepi nasi minyak yg sgt simple tp hasilnya sgt memuaskan hati. Telah diterima dengan baik oleh mereka mereka yang pandai komen mengomen tentang masakan. Sila la cuba. Korang pasti berpuas hati.


Bahan-bahannya.

4 cwn beras basmathi
51/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 labu bwg besar - dihiris
2  biji bwg putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar planta
garam, gula
pewarna kuning
kismis
rempah campak ( optional. Aku tak letak pun. )

Cara-caranya

1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bwg-bwg dan halia yang telah dihiris dengan planta. (Boleh masukkan rempah campak ketika ini  
    jika mau).
3. Masukkan pula daun pandan td.
4. Setelah agak garing, masukkan beras.
5. Goreng beras bersama bahan tumisan hingga air beras kering. ( Pindahkan beras bersama bhn tumisan  ke     dalam rice cooker).
6. Tuang air yg telah disukat.
7. Masukkan pula susu cair, garam dan gula secukup rasa.
8. Kacau rata dan tutup periuk.
8. Setelah nasi masak, titikkan sedikit pewarna kuning. Kaup balikkan perlahan-lahan.
9. Taburkan sedikit kismis kuning. Gaul lagi dan biarkan periuk dalam keadaan warm.
10. Boleh la dihidang setelah beberapa minit. ( Biar kismis kembang dan lembut bersama panas nasi td.)

Monday, November 9, 2009

Nasi goreng jer




Untuk malam ni, menu sonang jer. Vitamin 'M' pun mcm byk kat badan. So cakap kat darlings sume, malam ni mummy nk msk nasi goreng cam yang kita makan kat kedai mamak tue. Everybody said okay. Apalagi cik kuali n cik senduk pun start la terima pelanggan. he.he. Resepi senang giler.

Bahan-bahannya:

3 cwn nasi putih
3 ulas bwg merah
2 bj bwg putih
Stgh labu bwg besar
1 kiub ayam maggie
sedikit isi ayam atau udang. ( aku ada udang sket )
garam
hirisan kobis
daun sup

Cara-caranya

Tumbuk bwg merah n bwg putih.Tumis hingga wangi.
Hiris bwg besar.Masukkan kedalam tumisan pertama.

Isi ayam yg telah dipotong kecil, dimasukkan pula kedalam kuali.
Goreng ayam hingga airnya kering.
Masukkan pula kiub ayam.
Perasakan dengan garam n secubit gula jika suka.
Masukkan nasi. Gaul rata.
Masukkan hirisan kobis.

Tutup api n hias dengan hirisan daun sup.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails