Best kan naik kuda ni...
Seronoknya anak mummy...
Petang Sabtu yg baru lps ni, kami berjalan2 makan angin di Teluk Ketapang, dibawa atuk dan nenek. Tak sangka....best ruper nya tempat tu. For darlings kecik apa tah lagi. Memula kami g makan gorengan . Tempat tu famous dgn nama ICT a.k.a Ikan Celup Tepung. Mak ooiii...ikan nya cukup segar dan manis. Hanya RM2.00 saje seekor. Keropok lekor pulak penuh sepinggan RM2.00 jg. Langsung tak de tulang. Keropoknya comel dan penuh rasa isi ikan. Kitorang orde pulak sotong goreng yg segar disalut dengan tepung yg crunchy bersama jemput sayur yg garing di luar dan lembut di dalamnya. Penutup hidangan petang tu ialah ais kacang bersama satu skup ice-cream yg enak bangat. Harga nya cuma RM1.50 sahaja semangkuk. Aduh...mana nak dapat macam tu kat Kuantan ni kan... Ha.ha.ha...macam cerita jalan2 cari makan la pulak.
Lepas selesai makan, aktiviti untuk si darling berdua tu la pulak. Ada macam2 permainan gelungsur, buaian n jongkang-jonkit kat situ. Tapi yang paling best ialah ada perkhidmatan menunggang kuda padi. Sekali naik, RM5.00 dikenakan. Seronok la diorang. Tak takut sgt berbanding naik kuda biasa sebab kuda padi ni rendah saja.
No comments:
Post a Comment