Monday, December 21, 2009
Kicap Daging Ala Pekan
Salam petang Isnin...Hari ni dari kul 8 pg td sampai kul 12.30 aku dah start la ke sekolah semula. Selesai la dah nampaknya cuti sekolah akhir tahun untuk tahun 2009 ni. Sekejap je rasa. Pejam celik - pejam celik dah nak abis taun. Balik sekolah td, lepas ambik dua-dua darling kecik dari taska, aku pun take a nap jap kat bilik.Syok memberuang dengan dua babies tu. Sedap jer meluruskan badan. Lepas asar baru start masak. Hari ni menu sempoi..trade mark blog aku kan...But, the taste is awesome man. Try ya.
Bahan-bahan :
300 gm daging -dihiris
1/2 labu bwg besar - dihiris
3 biji bwg putih - dihiris
1/2 inci halia
1 sudu bsr lada hitam - ditumbuk halus
3 sudu bsr kicap manis
1 biji kentang - dipotong 6
sedikit suun dan garam
Cara-caranya:
1. Tumis bwg bsr, bwg putih dan halia.
2. Bila dah agak garing, masukkan lada hitam dan kicap.
3. Masukkan pula daging. Gaul sebati, biar air daging kering dan daging agak kecut.
4. Kacau rata dan masukkan kentang dan sedikit air.
5. Bg yg menggunakan presure cooker, waktu ini tekan butang high prsure untuk 30 min.
6. Setelah selesai 30 min, buka periuk, baru perasakan dengan garam dan masukkan suun.
7. Siap dan boleh dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment