Petang ni aku tak dapat g aerobik. Darling besar sibuk kat padang. Dia ada kerja sempena sambutan tahun baru 2010 ni. By the way, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yg singgah di sini. Moga tahun 2010 ini memberi lebih kejayaan kepada diri ku dan keluarga, dunia dan akhirat serta kita semua hendaknya...Amin.
So...boring2 , aku pun buat la puding marble ni untuk minum petang. Kebetulan semua bahan untuk buatnya pun dah ada. Resepi ni aku ambil dari blog k.ummi masa jenjalan kat dapur dia. Rasanya sedap,lembut dan harum dgn bau chocolate dan strawberry. Cuma lain kali aku akan kurangkan gula sebab pada aku puding ni agak terlebih manis. Resepi kat bwh ni aku minta izin copy paste dari blog k.ummi. Minta halal ya kak. Malas nak menaip. Panjang bebenor tp membuek nyo, mudah amat. Silo la yo..
Bahan-bahan:
- 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
- 675 ml air
- 225 gm gula pasir
- 65 gm butter
- 4 biji telor saiz sederhana
- 1/2 tin susu cair Carnation atau Ideal
- 1 sudu makan tepung kastad
- 1 sudu makan serbuk koko. ( atau chocolate paste )
- 1 sudu teh esen vanila
- beberapa titis pewarna merah dan kuning .( boleh guna strawberry emulco )
Cara Memasak:-
- Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
- Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
- Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
- Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
- Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
- Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
- Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
- Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..
No comments:
Post a Comment