Saturday, February 27, 2010

Maggie Goreng Bersosej


Menu hi tea. . Lebih kurang dalam kul 3 td la siapnya. Kitorang pagi td brunch kat mamak so tak de la makan tghri. Pas tu bila anak anak sedara yg ada kat rumah termasuk la darling kecik dua orang tu mengadu lapar so mummy nya kena la think of something. Ingat hati nak masak mi hoon singapore. Buka kabinet tengok stok mi hoon dah abis. Yang ada cuma maggie. Apa lg, aku pun proses la dia jd maggie goreng.

As usuall, my cooking theme are easy to prepare and the taste should be good. Jom kita layan resepinya.

Bahan-bahan :
( untuk 7 org makan )

5 bungkus maggie
2 sudu besar cili mesin.}
3 ulas bawang merah   }
1 ulas bawang putih     } dimesin bersama
1/2 labu bwg besar - dimayang kasar
1 paket rencah kari maggie
3 batang sosej dihiris nipis
2 biji telur
garam dan gula
daun sup dan bawang goreng - untuk ditabur ke atas mee.

Cara-caranya:
1.Rebus maggie hingga menjadi lembut. Angkat dan ketepikan.
2.Tumis cili mesin tadi hingga garing dan masukkan rencah kari maggie.
3.Masukkan hirisan sosej, bawang besar dan kacau gaul.
4.Pecahkan dua biji telur dan kacau lagi.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa bersama maggie yg telah direbus tadi.
6.Gaul sebati, masukkan sekali daun bawang yg telah dihiris halus dan angkat.
7.Semasa menghidang, boleh la taburkan bawang goreng. Selamat menjamu selera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails