Sunday, February 14, 2010
Puding Raja
Emmm....sedap sungguh! Patut la sang Raja menjadi gandingan namanya. Lazat, lemak berkrim bersama campuran gajus , prune dan ceri berwarna warni. Terima Kasih atas pemberian enak ini dari anak didikku Zulhelmi dan si Ibu yang sentiasa mengingati ku.
Memang boleh dijadikan bisnes sampingan. InsyaALLAH, dengan rasa yg sebegini pasti takkan ada pelanggan yg komplen malah takkan ada yg teragak-agak untuk memperkenalkannya pada rakan yang lain. Selalunya puding raja ni rasanya manis dan ada yg pisangnya agak lembik atau terlalu berminyak.
Yang ini semua darlings di rumah beri ten out of ten marks. Bagi ku, apa yg diutamakan ialah rasa kuahnya. Tidak terlalu manis. Sedang-sedang aje dan cukup lemak nya. Ditambah dengan pisang lemak manis yg comel, digoreng cukup garing namun tidak terlalu berminyak atau lembik. Apa yg lebih istimewa ialah jala mas nya yg halus dan lembut serta mewah melingkari dan melengkapi puding raja ini. Tahniah atas masakan yg enak ini dan ribuan terima kasih kerana berkongsinya dengan aku dan keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment