Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Aktiviti kami pagi ni bermula dengan menghantar Iyad ke KAFA dia untuk sambutan Maulidur Rasul.
Pagi ni bersemangat dia bangun. Dari malam tadi, berkali2 pesan, jgn hantar dia lewat. Majlis mula pukul 7.30 pagi.
Selepas berarak keliling kwsn sekitar Sg Isap Damai tu, jamuan ringan diadakan. Tak dapat nak ambil gambar masa berarak sbb mummy nya pun berarak jg tp di kwsn perumahan. So pagi tadi lepas letak Iyad, terus balik semula ke rumah.
Iyad dan kawan dia, Jibril. ( fuhh...nama.) Kami sempat datang semula masa diorang tengah berjamuan. Menu utama, mi hoon soto. Kuih muih dibawa oleh para pelajar.
Ni gambar-gambar di majlis sambutan Maulidur Rasul di kwsn perumahan kitorg. Meriah! Perarakan disertai oleh anak-anak dari tadika Islam, Pasti dan Kafa di sekitar perumahan. Ibu bapa diorang pun ramai.
Me and ustazah Norul. Sambil berselawat, sambil bergambar. He3.
Hasha pun bersemangat and sporting jgk pagi ni. Cuaca yg baik untuk upacara yg baik.
Lepas siap berarak dan berselawat, kami menjemput Iyad then bawa Hasha g breakfast kat Jungle Food Court sambil nak jumpa Linda, jiran lama. Melepas rindu. He3.
Penuh aktiviti sebelah pagi until tengahari. Jumpa nanti.
No comments:
Post a Comment