Saturday, January 29, 2011
Aktiviti Yassinan di Rumah.
Alhamdulillah....semalam, di petang Jumaat yg nyaman, dalam suasana penuh bahagia, rumah no 37 di Indera Sempurna ini selesai mengadakan majlis bacaan yassin di antara kawan2 rapat dari sekolah. Dah lama teringin nak anjur kan majlis seumpama ini. Alhamdulillah, tercapai juga hajat di hati. Sementelah pula dengan kami yg baru saja berpindah masuk, jadi lebih kuat la sebab utk mengadakan majlis seumpama ini. Alunan lembut bacaan yassin yg di ketuai oleh sahabat tercinta Ustazah Norul yg juga kebetulan menjadi jiran sebelah rumah, menerawang di setiap isi rumah. Tenang dan menyenangkan.
Usai acara bacaan yassin, diikuti lah pula dengan acara makan2 yang santai dan penuh keceriaan. Tak sangka pula niat peribadi menjadi pembuka idea untuk rakan-rakan lain menjadikannya acara bulanan di rumah masing2 mengikut giliran. InsyaALLAH, niat yg baik akan sentiasa diberkati. Aminnn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment