Monday, January 25, 2010
Terung Pedas with Ikan Bilis Goreng.
Terung lagi...emm layan jer laa. Payah kalau dah jd sayur kegemaran si tukang masak. Asyik terambik dia ni je. Tambah2 , bila sayur2 lain yg ada kat kedai dekat rumah ni kurang berjiwa sikit. Semalam dah tumis air bayam. So tak salah la kan aku berkawan dengan si dia ni pulak. Aku gandingkan dia dengan kurma ayam n my ol time feveret...telur masin. Perghh...tak toleh kiri kanan dah. Camane la badan tak naik yek. Bila timbang mula la rasa tak nak kawan dengan mesin tu. Arrr...tak kira la kan. Senang dan sedap. Gandingan yg perlu ada dalam penghasilan menu-menu di rumah ku. Jadi, apa lg...mari tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan.
1 batang terung. ( sederhana panjang )
3 sudu cili mesin
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
2 sudu bsr cili sos
garam dan gula.
segenggam ikan bilis - digoreng garing.
Cara-caranya :
1. Blend cili mesin bersama bwg merah dan bwg putih.
2. Tumis bhn no 1 hingga garing.
3. Masukkan cili sos, garam dan gula.
4. Jika tumisan terlalu pekat, masukkan sedikit air.( aku x ltk air sbb suka cili brsalut pd terung.)
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis yg telah digoreng terlebih dulu. Angkat & boleh dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
waktu bila nak masuk terung?
Post a Comment