Semua tengah tunggu giliran untuk menerima hadiah di Hari Anugerah Kecemerlangan 2009, SEBATI.
Hujan yg turun tanpa henti dengan langit yg mendung mcm seperasaan dengan aku yg suram dan dingin di hati. Benar, anak murid datang dan pergi tapi entah kenapa mereka-mereka ini dan yg lain tak sempat ku ambil gambarnya benar benar dekat dihati. Mungkin kerana mereka dewasa di bawah pandangan mata dan jerit suaraku. Kita bertemu dan bersama selama tiga tahun berturut-turut tanpa jemu, pagi dan petang, kadang kala melangkaui hujung minggu lebih lebih lg di tahun upsr ini. Segala kegembiraan dan kebosanan kita kongsi bersama. Mungkin kalian akan lupakan aku satu waktu nanti, namun insyaALLAH, kalian tetap kuat di ingatan ku. Hanya doa dan harapan agar segala yang dicita-citakan akan termakbul jua. Teacher sayang semua.. Adoii..beremo la pulak. Eiii, mak tak suka nyah.
No comments:
Post a Comment