Thursday, December 16, 2010

Sotong Goreng Berserai


Ni satu lagi lauk sampingan kitorg utk hari ni. Sedap tau. Aku dapat idea masa browse thru kat MyResepi. Cuma aku buat versi sendiri dengan menambah serai. Resepi yg aku tgk tu, sotong goreng kunyit. Rasanya mcm boring sebab dah selalu. Tapi kali ni aku try dengan bubuh serai, letak tomato and tumbuk cili api. Hasilnya....sgt memberangsangkan. Darling besar kata, boleh buat lagi lain kali. Cuma pengritik tetap aku tu, komplen sebab kali ni sotong dia terliat. Nape pulak ekk..Selalu ok je bila goreng biasa. Tak pe lah, next time cuba lagi. Kalau nak try dekat ur kitchen, boleh cuba resepi kat bawah ni.


Bahan-bahan :

1. Sotong sederhana besar 3 ekor.
2. 3 biji bawang merah.
3. 2 ulas bawang putih.
4. 5 biji cili api.
5. 1/2 inci halia.
6. 2 batang serai.
7. 1 biji tomato.
8. Sedikit serbuk kunyit.
9. Garam, gula dan serbuk perasa.

Cara-caranya:
1. Tumbuk bahan-bahan no 2, 3, 4 dan 5.
2. Ketuk serai.
3. Tumis bahan-bahan tumbuk bersama serai hingga garing dan naik bau.
4. Masukan sotong. Kacau goreng dengan api yg agak besar dan masukkan semua serbuk perasa, garam dan secubit gula.
Masukkan sedikit air jika nampak terlalu kering, ttpi air sotong selalunya akan ada dan menjadi kuah.
5. Masukkan juga tomato yg dipotong baji. Kacau goreng lagi dan tutup api apabila sotong sudah masak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails