Monday, November 30, 2009

Dalam Taming Sari Lagi


 Iyad and Hasha are enjoying themselves .




Pandangan Dataran Pahlawan dari atas.

Cuti-cuti ke Melaka.

Hari ni bermula aktiviti percutian aku dan kuarga ke Melaka. Sampai td lebih kurang kul 3.30 ptg. Cuaca okey, Alhamdulillah. Kami tinggal di hotel Seri Costa. Hotelnya comey, ala-ala balinese style. Harga pun sgt berpatutan n apa yang paling penting, hotel ni duk kat tgh ygh bandar Melaka. Kitorang cuma stroll jer nak ke Dataran Pahlawan.

Aktiviti pertama petang td lps check inn, kitorang naik Taming Sari. Syok beb...



Berdating kat dalam Taming Sari. Tinggi ni. Boleh nampak seluruh bandar Melaka dr atas ni.

Saturday, November 28, 2009

Nasi Minyak



Ini resepi nasi minyak yg sgt simple tp hasilnya sgt memuaskan hati. Telah diterima dengan baik oleh mereka mereka yang pandai komen mengomen tentang masakan. Sila la cuba. Korang pasti berpuas hati.


Bahan-bahannya.

4 cwn beras basmathi
51/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 labu bwg besar - dihiris
2  biji bwg putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar planta
garam, gula
pewarna kuning
kismis
rempah campak ( optional. Aku tak letak pun. )

Cara-caranya

1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bwg-bwg dan halia yang telah dihiris dengan planta. (Boleh masukkan rempah campak ketika ini  
    jika mau).
3. Masukkan pula daun pandan td.
4. Setelah agak garing, masukkan beras.
5. Goreng beras bersama bahan tumisan hingga air beras kering. ( Pindahkan beras bersama bhn tumisan  ke     dalam rice cooker).
6. Tuang air yg telah disukat.
7. Masukkan pula susu cair, garam dan gula secukup rasa.
8. Kacau rata dan tutup periuk.
8. Setelah nasi masak, titikkan sedikit pewarna kuning. Kaup balikkan perlahan-lahan.
9. Taburkan sedikit kismis kuning. Gaul lagi dan biarkan periuk dalam keadaan warm.
10. Boleh la dihidang setelah beberapa minit. ( Biar kismis kembang dan lembut bersama panas nasi td.)

Friday, November 27, 2009

Juadah Pagi Raya Aidil Adha

 Kalau untuk raya puasa yang lepas, aku sempat masak ketupat, rendang daging, kuah lodeh dan kuah kacang. Menu untuk raya korban ni pulak simple n easy to prepare. Aku buatkan nasi minyak dengan ayam masak merah n kari daging. Kari daging ni payah nak tinggal sebab sentiasa menjadi permintaan 2 lelaki kesayangan aku kat rumah ni. Hasha tak kisah asal ada pulut segitiga yang aku siap tempah.



Ketupat palas ni selain boleh dimakan dengan rendang or kari daging, ia pun sedap dicicah dengan serunding.




 Ni la nasi minyak yang jadi santapan kami seluarga pg ni. Cara masaknya mudah amat namun hasilnya,  Emmm....sodap! Lombut n lomak nyo teraso. Alahaii..Resepinya aku akan masukkan lain hari ya. Hari ni nak ajak jamu mato jo.





Ayam masak merah. Aku x buat pedas sbb darlings kecik x kuat pedas.



 

Kari Daging. Rupa ku tak lawa tp rasa ku sedap banget. He.he..tukang masak dia syok sendiri. Jangan marah.


Selamat Hari Raya Aidil Adha...

My two men are going for hari raya prayer.



Iyad buat muka boring sbb ngantuk n I know, dia x suka mummy nya suh posing amik gambo pepagi hari. Kali ni hanya diorang berdua jer yg g ke surau utk sembahyang sunat hari raya. Aku x g sbb dapat cuti bulanan. Selalunya kami sekeluarga akan ke Masjid Besar sama-sama. Tak pe la, hari ni mummy n Hasha tunggu kat rumah siapkan makan pagi ok. Lepas sembahyang sunat nanti, surau depan rumah aku ni akan buat korban 4 ekor lembu. Banyak juga kan.

Thursday, November 26, 2009

Lala Sambal Tumis


Ni lauk yang digandingkan dengan menu di bawah. Aku memula cadang nak masak menu ikan tp bila nengokkan muka ikan kat kedai si Ah Fu tu malap malap belaka, jadi tak lalu la pulak. So bila terpandangkan lala ni rasa cam okey la kot. Aku pun sauk ler se paket. Resepi biasa jer. Ialah aku mana ada resepi yang luar biasa. Ha.ha..

Bahan-bahan.

1 paket lala.
3 sudu besar cili mesin.
5 ulas bwg merah
3 bj bwg putih
1/2 inci halia
1/4 labu bwg besar.
garam n gula
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos.

Cara-caranya:

1. Tumbuk bwg merah, bwg putih dan halia.
2. Campurkan bersama cili mesin.
3. Tumis bhn bhn tersebut sehingga garing.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato.Kacau rata.
5. Perasakan dengan garam dan secubit gula.
5. Masukkan lala yang telah dibersihkan terlebih dulu.
6. Masak sehingga mendidih dan air dari lala tadi hampir kering.
7. Akhir sekali, taburkan bawang besar yang telah dihiris tadi.

Tumis Air Daun Bawang




 Ini sayur feveret pak mertua aku. Dulu aku tak tau pun yang menda alah ni boleh berdiri sendiri sebagai satu menu. Selama ni aku ingat dia ni sesuai sebagai rencah dalam lauk je or penambah warna mcm dalam masakan daging black pepper or hiris halus untuk hias atas mi. Rupernya sedap bila ditumis cam ni. Tambah-tambah kalu ada letak udang hidup. Manisnya terasa. Tapi untuk tengahari ni aku letak fishball je. Sodap juga. Tak tipu. Try arr.

Bahan-bahannya:

Secekak daun bawang.
1/2 labu bwg besar.
2biji bwg merah
1 biji cili merah
5 ekor udang hidup. ( optional )
1/2 kiub pati ayam.
Garam n secubit gula.
Air.

Cara-caranya :

Bersihkan daun bawang dan buang bahagian akarnya. Potong ikut kesesuaian. Ketepikan.
Hiris bwg besar, bwg putih dan cili merah.
Tumis bwg2 td bersama sedikit minyak.
Masukkan udang. Kacau.
Tuangkan air secukup yg dikehendaki.
Biar mendidih baru masukkan garam, gula dan kiub ayam. Kacau lg.
Baru masukkan sayur daun bawang bersama cili potong. Kacau rata dan tutup api.
Bolehlah dihidang dan enak dimakan panas-panas.

Wednesday, November 25, 2009

Dah cuti sekolah

Hr ni hari ketiga sekolah bercuti panjang. Kononnya. Tp tahun ni la cuti hujung tahun yg paling pendek dlm sejarah. Setau aku ler. Selalunya cuti start on the second week of November. Ni dah samapai minggu ketiga November pun still sekolah cam biasa. Whatever lah. Dua hari lepas nothing much to do. Hanya duk rumah n jalankan kerja2 mengemas. Tp hari ni cuaca cantik di kuantan ni so aku n Iyad are going out. Hubby asked me to go n take the car utk cuci. Kereta aku kotor gilos. Then we are going out for lunch. Sian anak dara aku kena duk taska sbb cikgu2nya x bg lg cuti n asked her to come as usuall. Diorang ada practice utk konsert hujung taun taska. Apa la orang lain sume dah settle. So...gerak dulu.

Monday, November 23, 2009

Konvokesyen Taska Al Ulum Iyad




Alhamdulillah, kali ni Iyad dapat tempat ke 3 bg kategori 6 tahun. Moga Iyad terus cemerlang. Amin..




Iyad yg tembam di tengah rakan-rakannya.


 

Bersama dua orang ustazah, Cik Naimah dan Cik Su yang banyak mengajar Iyad selama setahun ini. Terima Kasih cikgu.




Masa persembahan untuk sketsa Lagu Tiga Kupang. Iyad jd raja dalam rumah dan di sebelah permaisurinya, Kamelia Afiqah. Manisnya si Afiqah ni. Mummy loike...

Sunday, November 22, 2009

Antara Wajah Yang Bakal Ku Rindu.









Semua tengah tunggu giliran untuk menerima hadiah di Hari Anugerah Kecemerlangan 2009, SEBATI.




Hujan yg turun tanpa henti dengan langit yg mendung mcm seperasaan dengan aku yg suram dan dingin di hati. Benar, anak murid datang dan pergi tapi entah kenapa mereka-mereka ini dan yg lain tak sempat ku ambil gambarnya benar benar dekat dihati. Mungkin kerana mereka dewasa di bawah pandangan mata dan jerit suaraku. Kita bertemu dan bersama selama tiga tahun berturut-turut tanpa jemu, pagi dan petang, kadang kala melangkaui hujung minggu lebih lebih lg di tahun upsr ini. Segala kegembiraan dan kebosanan kita kongsi bersama. Mungkin kalian akan lupakan aku satu waktu nanti, namun insyaALLAH, kalian tetap kuat di ingatan ku. Hanya doa dan harapan agar segala yang dicita-citakan akan termakbul jua. Teacher sayang semua.. Adoii..beremo la pulak. Eiii, mak tak suka nyah.

Saturday, November 21, 2009

Bunga Oh Bunga



 Saje nak ajak jamu mata. This is my favourite. Made by my buddy, Miza. Dia ni seni orangnya. Most of the bouquet in my house was made by her. Jom tengok yg lain pulak.





Yang ni aku rs cun je kalu jd penyeri kat sudut. Jadi kat situ la aku parkingkan dia ni elok-elok. Gambar bawah ni pulak more on japanese version tp totally la not ikebana. Tempias-tempias ada la kot. he.he..



Tempe goreng kering wif ikan bilis n kacang.

Panjangnya nama lauk. Makannya sekejap je. Jadi kudapan sambil duk kat meja dapur pun laku jgk. Menu ni kelmarin punya tp dek sbbkan tenet ler ni slow gilos tahap melampau, aku jd x de mood nak ngadap komputer. Dah la tu, rs geram dengan gambar yg diambil pun satu hal yg boleh mematikan mood gak. Aku pelik la nape bila snap gambo makanan jd x cantik tp gambo orang okey la pulak. Aku yg kena kursus lg nmpaknya. Tak pe lah ya, sementara nak pandai tu, kita layan je gambar ni.




Macam biasa, meh tgk bhn-bhnnya : ( sesuai untuk 4 orang mkn )

1 keping tempe. ( dihiris halus dan digoreng. gaul dulu dgn sedikit garam n kunyit sblum tu )
1 genggam ikan bilis ( digoreng garing )
1/2 mangkuk kecil kcg tanah.( digoreng )
1 sudu bsr cili mesin
3 bji bwg merah ( ditumbuk halus )
1 ulas bwg putih ( ditumbuk halus )
garam n sedikit gula.

Cara-caranya

1. Ketepikan bahan yg telah digoreng.
2. Tumis cili mesin bersama-sama bwg yg telah ditumbuk.
3. Masukkan garam dan gula. ( rasa dulu ikut kesesuaian lidah )
4. Baru masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah goreng td.
5. Kacau, ratakan cili dan boleh la dihidang.

Wednesday, November 18, 2009

Dah nak abis thn 6


 Seronok yer..dah nk abis sekolah. Camane la result UPSR korang. Aku yg suspen, x lena tidur dibuatnya. Apa-apa pun cikgu harap kan yg terbaik utk korang. Dari kiri, Akmal, Azhan, Faizul, Syuhada n yg kat blkg tu Syazlina. 3 jejaka tu minat menyanyi. Lebih2 lg yg berbaju biru dua org tu. Amboi, amboi, amboi...nak jd penyanyi ke?




Haa..ni pulak cik adik- cik adik dr kelas yg sama. Byk tolong aku hangkut buku sana siniF. Dari kiri Fadhilah, Nadhirah, Fathihah and Syazlina ( enter prem lg ya ), he.he..

Tuesday, November 17, 2009

Posing bujang dan dara


Anak anak dara ni tgh berposing dpn one of the dinosaur. Dari kiri Syaza, Annur, Bivi, Fathihah, Aina Hayani and Wadhihah. Bila dah ke sekolah menengah nanti, jgn lupa ya kenangan kita di SEBATI.




Ini pulak antara si bujang bujang yg dapat aku snap kan gambarnya. Dari kiri, Akmal, Azmeer, Haziq and Afiq. Sekarang ni nmpak tak la besar mana. Tunggu la bila dah naik tingkatan 2, 3 nanti. Kalah cikgu.


Monday, November 16, 2009

Eii....besarnya Dinosaur !



Hari ni bwk murid-murid tahun 6 ke pameran dinotrek anjuran Petrosains di Yayasan Pahang. Seronok tgk replika dinosaur yg macam hidup. Aku pasti anak anak sekolah tu enjoy themselves. Tapi sian diorang yg dari rumah dah bersemangat bw kamera tup tup kena tinggalkan kat sekolah atas alasan tak boleh bwk kamera masuk ke tempat pameran. Alahai...kesiannya anak murid cikgu. Tak pe lah, biar cikgu je yg amik gambo korang ya. Tp sebelum tu kita layan dulu gambo gambo mak bapak dinosaur ni okay..


Sunday, November 15, 2009

Kari Daging


Ini menu malam ni.Makan dengan plain bread. Resepi plain bread tu, akan dimasukkan dlm next entry. Aku bagi resepi kari daging simple ni dulu. Bg orang yg baru baru belajar masak, maybe boleh cuba sebab bahan-bahan dan penyediaannya mudah sangat.

Bahan-bahan

1/2 kilo daging
1 kotak kecil santan pekat
1 paket rempah kari daging
5 ulas bwg merah
3 bj bwg putih
1/2 inci halia
2 bj kentang.
rempah campak ( kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga )
2 sudu cili mesin
2 sudu bsr asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa.

Cara-caranya

Blend bwg merah, bwg putih dan halia.
Campurkan dengan rempah kari dan cili mesin.
Tumis rempah campak.
Masukkan pula bhn-bhn yg telah dicampurkan di awal td.
Tumis hingga garing.
Masukkan daging. Kacau sehingga air daging kering dan daging nmpk sebati dengan rempah.
Masukkan pula santan yg telah dibancuh dengan air.
Letakkan kentang yg di belah empat.
Biar daging empuk bersama-sama kentang.
Setelah daging empuk, baru masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam,  secubit gula dan
sedikit serbuk perasa.

My little angel



 Chirpy ! Talk and talk all the time. Plus a bit naughty, but mummy loves u very much! The picture was taken on our way to MegaMall. Biasa la...aktiviti mengukur. Mana la tau kot-kot ada penambahan or pengurangan saiz kedai. he.he...

Kelas mendeko cup cakes







Ini lah hasil bertapa kat rumah kak zati d'hati yang femes tu dr kul 9 pg sampai 7 malam. Aku yg jenis terkial kial ni habis sakit urat belikat dibuatnya. Aku rs puas hati la dengan hasil kerjatangan yg x seberapa ni sbb aku tau ler kemampuan diri yg kerastangan sejak dr azali lg. Seronok bila dapat mendeko cup cakes dengan hiasan yg kiut miut. Aku pergi berdua dengan Miza my buddy. Kelakar sungguh. Kenangan di situ akan kami simpan hingga akhir hayat. Ha.ha.ha.



                 
 Miza busy mendeko, aku busy ambik gambo.

Friday, November 13, 2009

Anak lelaki mummy




Hr ni iyad and I spent our leisure afternoon together. Next year he will be in Standard 1. How fast time flies.
Rasa mcm baru je nampak iyad merangkak rangkak naik tangga. Or sambil tercangkung-cangkung, bz menyelongkar almari mummy. Hr ni, kita dah boleh berjalan berdua, makan ais kacang. Bukan nak promote tp makanan kat Sri Affa Food Court ni memang sedap and my fav is mee bakso.

Crossant bertuna



 Rupe nye kureng sikit. Aku mana ler tau make up kan makanan. Make up kan diri sendri pun tahap lulus je. Tp crossant ni sedap tau. Laju jer masuk ke perut. Apa yg penting penyediaannya mudah.

Bahan-bahan :

2 buku crossant. ( buku ke? )
1 tin tuna dlm tin. ( ambil tuna block in plain water )
2 sudu besar mayonaise
garam, gula
1/4 bwg besar yg didadu kecil
2 slice salad.
cili sos secukup rs.


Cara-caranya

Tuna td dikeluarkan dr tin dan dihancur2kan.
Blend ia dengan menggunakan garfu bersama mayonaise, garam, gula dan bwg besar td.
Letak daun salad pd kedua dua crossant.
Lapiskan dengan tuna yg telah dicampurkan td.
Paipkan cili sos di atas tuna atau crossant.

Thursday, November 12, 2009

Happy Anniversary.....





Syukur ke hadrat ILLAHI, dengan limpah rahmatnya kami masih dapat bersama, bahagia dalam menempuh saat suka mau pun duka. Genap hari ini usia perkahwinan kami yang ke 14 tahun. Tak de apa yg aku mohon selain mengharapkan kebahagian itu hingga hujung nyawa. Bersama dua jantung hati, penceria hari, moga kebahagian milik kami . Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rahmat dalam kehidupan kami dunia dan akhirat. Amin...


Belajar masak


Petang smlm balik dr sch, g belajo masak dengan kak haminah lg. Seronok bergelak ketawa dengan kengkawan sambil menambah ilmu. Banyak petua orang lama yg diperturunkannya. She looks like a very modern and bz lady but still with a lot of pantang larang. She even scolded us when someone kind of main main dengan petua beliau. Anyway, dont worry. InsyaALLAH i will follow one. Some of the resepi i will print it out later when i've try it myself.

Meroti




Ni aktiviti kelmarin sebenarnya tp tak leh nak entry sbb line tenet buat hal. Half of them bw ke sekolah half lg jadi hidangan kat rumah. Rasanya lemak manis n lembut banget. trust me, simpan 2, 3 hari pun akan maintain ayu. He.he.. Thank u pd kak haminah yg memberi resepi.


Roti paun

Bahan-bahannya

260 ml air
1 bj telur
100 gm butter
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan susu tepung
600 gm tepung high protin
110 gm gula
1 paket yis kering ( 11 gm )

Cara membuatnya :

Masukkan semua bahan basah dahulu ke dalam bread maker.
Diikuti dengan semua bahan-bahan kering.
Tekan 'on' pada skrin bm dan biar ia melakukan kerja2 menguli.
Setelah selesai,  keluarkan ia dan tumbuk2 bagi mengeluarkan angin.
Bentukkan ia bulat2 kecil dalam anggaran 20 gm setiap satu.
susun dalam loyang dan biar ia naik lagi lebih kurang 45 minit.
Kemudian ia sudah boleh dibakar selama 20 minit dalam 170 c.

Monday, November 9, 2009

Adik, tepi lah..



Itu ler yang aku dengar. Iyad nak main sorang gamaknya. Hasha plak nak join sama bila tengok si abang dah susun jalan keretanya cantik cantik. Diorang berdua ni kalu tak bertekak tak sah. Tapi bila time baik, sejuk hati n mata aku nengok. Mummy luvs u two very much.

Nasi goreng jer




Untuk malam ni, menu sonang jer. Vitamin 'M' pun mcm byk kat badan. So cakap kat darlings sume, malam ni mummy nk msk nasi goreng cam yang kita makan kat kedai mamak tue. Everybody said okay. Apalagi cik kuali n cik senduk pun start la terima pelanggan. he.he. Resepi senang giler.

Bahan-bahannya:

3 cwn nasi putih
3 ulas bwg merah
2 bj bwg putih
Stgh labu bwg besar
1 kiub ayam maggie
sedikit isi ayam atau udang. ( aku ada udang sket )
garam
hirisan kobis
daun sup

Cara-caranya

Tumbuk bwg merah n bwg putih.Tumis hingga wangi.
Hiris bwg besar.Masukkan kedalam tumisan pertama.

Isi ayam yg telah dipotong kecil, dimasukkan pula kedalam kuali.
Goreng ayam hingga airnya kering.
Masukkan pula kiub ayam.
Perasakan dengan garam n secubit gula jika suka.
Masukkan nasi. Gaul rata.
Masukkan hirisan kobis.

Tutup api n hias dengan hirisan daun sup.

Sunday, November 8, 2009

Main nyorok-nyorok


Kelakar sangat, bila tengok Iyad try to fit himself under his table.  Konon nak menyorok dari Hasha

Jamuan hari jadi


Pagi ni ada jamuan hr jd anak best pren. Hakimi genap sembilan tahun. Anak tunggal. Tak tau la bila boleh ber adik. or..mak n ayahnya dah selesa dengan hakimi sorang. malas nak mula all those chaos lg. ataupun kenyataan tu sebenarnya dtg dr hati aku sendiri.
Iyad my first, seronok betul nmpak pulut kuning n rendang daging. Hasha pun cam tu jgk. sedapnya pulut tu. cukup lemak n lembut. TAPI ...paling jd tumpuan mata anak2 ialah kek bentuk padang bola siap dengan playersnya sekali. Canggihh.

Saturday, November 7, 2009

Mulanya satu pengalaman.

Salam penuh tulus...hari ni jadi jg aku seorang blogger. All these while, jari jemari hanya berani untuk hop on n hop off ke blog rakan rakan maya yg x pernah ku kenal namun rs dekat dan rapat. Keseronokan mengenali mereka semua membawa pengertian yg hanya aku sj tau. Kali ni, dengan penuh ikhlas giliran aku pula menjemput sesiapa singgah di rumah baru ku ini. Aku bukan ler org yg pandai sgt dlm hal pengkomputeran dan i.t ni cuma saje nak berkongsi rasa cinta hati ku dengan segala yg ada di sekeliling ku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails