Saturday, February 27, 2010

Bubur Jagung

 

Jamu sekali dengan maggie goreng tadi. Maggie goreng td masin dan pedas. Pas tu makan pulak bubur yg lemak dan manis. Emm...best kan. Penyediaannya hanya mengambil masa yg singkat. Tapi rasanya memang marvelous. Dua darlings kecik punya feveret nih. Si Iyad loved the gravy while Hasha loved the corn niblets.
Hari ni ada guest kat rumah so tak banyak la bubur yg tinggal jd leftovers after they went home. Tinggal semangkuk jer and aku simpan dalam peti ais td. Apa lagi, bila dah sejuk....makin jd rebutan la sang bubur.

Bahan-bahannya :

1 tin jagung krim
2 tin jagung niblets ( sebiji-sebiji )
1 kotak santan
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 kotak air ( menggunakan ukuran dari kotak santan td )
1 helai daun pandan

Cara-caranya:
1.Masukkan semua jagung dan santan ke dalam periuk.
2.Masukkan juga semua bahan-bahan lain.
3.Kacau hingga mendidih dengan api sederhana dan boleh la diangkat apabila rasanya telah bersesuaian.

Maggie Goreng Bersosej


Menu hi tea. . Lebih kurang dalam kul 3 td la siapnya. Kitorang pagi td brunch kat mamak so tak de la makan tghri. Pas tu bila anak anak sedara yg ada kat rumah termasuk la darling kecik dua orang tu mengadu lapar so mummy nya kena la think of something. Ingat hati nak masak mi hoon singapore. Buka kabinet tengok stok mi hoon dah abis. Yang ada cuma maggie. Apa lg, aku pun proses la dia jd maggie goreng.

As usuall, my cooking theme are easy to prepare and the taste should be good. Jom kita layan resepinya.

Bahan-bahan :
( untuk 7 org makan )

5 bungkus maggie
2 sudu besar cili mesin.}
3 ulas bawang merah   }
1 ulas bawang putih     } dimesin bersama
1/2 labu bwg besar - dimayang kasar
1 paket rencah kari maggie
3 batang sosej dihiris nipis
2 biji telur
garam dan gula
daun sup dan bawang goreng - untuk ditabur ke atas mee.

Cara-caranya:
1.Rebus maggie hingga menjadi lembut. Angkat dan ketepikan.
2.Tumis cili mesin tadi hingga garing dan masukkan rencah kari maggie.
3.Masukkan hirisan sosej, bawang besar dan kacau gaul.
4.Pecahkan dua biji telur dan kacau lagi.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa bersama maggie yg telah direbus tadi.
6.Gaul sebati, masukkan sekali daun bawang yg telah dihiris halus dan angkat.
7.Semasa menghidang, boleh la taburkan bawang goreng. Selamat menjamu selera.

Friday, February 26, 2010

Kerabu Sotong


Aku ni sebenarnya dah dua minggu lebih selsema n sakit tekak tak baik-baik. Maybe sebab tak cukup rehat so makan ubat pun tak berapa nak baik la. Jadi bila tekak tak sedap, makanan macam kerabu sotong ni yang masam2, campur masin dan pedas amat la sesuai rasanya.

Resepi istimewa ni aku belajar dari blog kak ummi. Thanx ya kak. Berselera kami sekeluarga makan tengahari td. Kerabu ni antara lauk yang digandingkan bersama ikan bilis masak tempoyak tadi. Lauk lain yang ada ialah tenggiri goreng bercili. Requested by Iyad. This kerabu is very easy to prepare. Jom kita tengok resepinya di bawah :

Bahan-bahannya:

2 ekor sotong
5 biji cili api
1 batang bunga kantan
1-2 batang daun sup
2 biji bawang merah
1/2 biji limau nipis
2 biji tomato
suun
garam dan gula

Cara-caranya:

1. Hiris sotong dan celur di dalam air mendidih seketika. Ketepikan.
2.Celur pula suun yg telah direndam dan ketepikan juga.
3. Hiris nipis bawang merah, cili api dan bunga kantan. Ketepikan.
4. Potong dadu buah tomato. Ketepikan.
5 Di dalam sebuah mangkuk, satukan kesemua bahan hiris bersama tomato, sotong dan suun tadi.
6. Gaulkan bahan-bahan tersebut bersama garam , gula dan perahan air limau nipis.
7. Seimbangkan rasa dan boleh la dihidangkan.

Ikan Bilis Masak Tempoyak

Salam Maulidur Rasul untuk semua....Selawat dan salam untuk Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga perjuangan Nabi Muhammad menjadi simbol semangat dalam memperkasakan diri menjadi umat yang lebih baik.

Sempena cuti hari ni, koi masok poyak ikan bilis. Sedap hingga menjilat jari. Kalo dah nama orang Pahang tu...apa ajer masakan dari negeri Pahang ni kena aje la weii dgn lidah kawan. Senang amat  tau nak masak lauk ni.

Teringat masa zaman kat maktab dulu, aku punya roomate orang Kuala Lipis. So everytime dia balik dari kampung, dia mesti bwk balik lauk nih sebagai bekal. Masa tu makan berdikit-dikit sebab sayang. Takut cepat abis. Kitorang tibai jer dgn roti ker, nasi ker ...boleh belaka masa tu.

Sekarang dah jadi mak orang ni, ikut hati sendiri la bila nak masak lauk ni. Apa pun meh layan resepi kat bawah. ...

Bahan-bahannya :

2 genggam ikan bilis belah belakang. - dibersih dan digoreng jgn garing.
4 sudu besar tempoyak
5 bj cili api           }
1 inci kunyit hidup } ditumbuk lumat bersama.
1/2 labu bawang besar - di hiris kasar.
daun kunyit - dicarik-carik. ( jika ada.tp hari ni aku tak jumpa daun kunyit kat kedai.)

Cara-caranya:

1. Tumis cili dan kunyit yg ditumbuk halus tadi.
2. Masukkan sedikit air bersama garam , gula dan sedikit serbuk perasa.
3. Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar tadi.
4. Jika ada daun kunyit, boleh masukkan ketika ini.
5. Setelah mendidih, boleh rasa dan tutup api.

Tuesday, February 23, 2010

Udang Masak Lemak Berserai


Udang lagi...emm nak kata apa. Dah jadi tangkapan feveret si nelayan kat kg ni. Ha2. Semua senyum lebar bila buka tudung saji dan tgk lauk nih. Kecuali my darling Iyad. Nampaknya hari ni dia jer la yg tak kan ada lauk. Sebab ketiga tiga lauk memang x memihak padanya. Aku dan si darling besar beria nak suruh dia rasa kemanisan udang tu....tapi tak dilayannya. Dia sanggup makan kuah lemak ni berlauk kan temosa yg si darling besar beli di ofisnya tadi. Alahai kesian anak mummy. Hasha no problem bab udang. Bersinar mata tgk ada seafood kegemarannya terhidang atas meja bila dia balik sekolah. Masalahnya pulak, tak nak makan nasi. Ratah udang jer la berekor-ekor.

Senang dan cepat memasaknya. Oleh kerana dua darlings kecik tak makan pedas, so kuah lemak serai ni langsung aku tak letak cili. Tapi tentu bertambah enak jika ada gabungan rasa lemak dan pedas. Resepi turun temurun ni boleh dilihat di bawah.

Bahan-bahannya :

1/2 kilo udang.
1/2 kotak santan pekat
4 biji bwg merah
1 biji bwg putih
2 batang serai
kunyit hidup
garam dan sedikit serbuk perasa ( optional )

Sunday, February 21, 2010

Puding Roti


Enak dan menyamankan rasa. Tambah-tambah bila disimpan dalam peti sejuk. Rasanya akan jadi dua kali ganda lebih sedap. Ha.ha.ha..angkat bakul sendiri nampak. Tapi dont worry, juri dalam rumah dah beri ten out of ten marks for the taste.

Buat untuk minum petang td bersama assistant chef, Miss Hasha Deena. Uuhh...she loves to do all the baking work with me. A good helper indeed. This pudding is very simple and easy to make. Only a few minutes were needed to prepare it before we can throw it into the oven. Do try it . You 'll won't regret it.

Bahan-bahan.

5 keping roti putih
3 cawan susu segar
2 biji telur saiz A
5 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
margerin
kismis dan gajus. ( optional )

Cara-caranya:
1. Sapukan setiap keping roti dengan margerin. Kemudian carik2kan ia dan letak dlm satu mangkuk.
    Ketepikan.
2. Dalam blender, masukkan semua bahan iaitu susu, gula, telur dan esen vanilla. Blend sebati.
3. Tuangkan bahan yg diblend ke dalam mangkuk berisi roti dan biarkan semuanya terendam selama 5 min.
4. Sementara itu, gliskan loyang dengan margerin dan tuang semua roti bersama campuran susu td ke dlmnya.
5.  Taburkan dengan kismis dan gajus panggang jika suka.
6. Masukkan kedalam oven yg telah dipanaskan kepada 170 drjh dan bakar selama 25 ke 30 min.
7. Setelah masak, biarkan puding berada di dalam oven selama 5 ke 10 min untuk mendapat crust dgn warna
    yg agak keperangan.

Sunday, February 14, 2010

Badak Berendam


 

 Antara manisan tradisional yg menjadi idaman dan kesukaan semua darlings dalam rumah ni, termasuk ler aku. Paling ekstrem sukakannya ialah Hasha. Sekali hadap, boleh lepas empat ketul besar kuih ni ke dalam perutnya. Iyad and darling besar akan makan berulang ulang. Paling aku suka ialah bila baru masak kuah santannya dan panas-panas ia bersatu berendam bersama bebola yg dipanggil si badak . Agaknya orang dulu-dulu dapat ilham namanya dari melihat aksi si badak yg seronok berendam.

Kuih ini pun bukan aku yg buat tapi ditempah khas melalui seorang sahabat yg tahu kegemaran keluarga sahabat nya ini. Kuih ini berinti kelapa muda lembut dan manis. Lemak masin santan menjadi pelengkap rasa manisan yg diharap takkan lenyap ditelan zaman ini.

Puding Raja


Emmm....sedap sungguh!  Patut la sang Raja menjadi gandingan namanya. Lazat, lemak berkrim bersama campuran gajus , prune dan ceri berwarna warni. Terima Kasih atas pemberian enak ini dari anak didikku Zulhelmi dan si Ibu yang sentiasa mengingati ku.

Memang boleh dijadikan bisnes sampingan. InsyaALLAH, dengan rasa yg sebegini pasti takkan ada pelanggan yg komplen malah takkan ada yg teragak-agak untuk memperkenalkannya pada rakan yang lain. Selalunya puding raja ni rasanya manis dan ada yg pisangnya agak lembik atau terlalu berminyak.

Yang ini semua darlings di rumah beri ten out of ten marks. Bagi ku, apa yg diutamakan ialah rasa kuahnya. Tidak terlalu manis. Sedang-sedang aje dan cukup lemak nya. Ditambah dengan pisang lemak manis yg comel, digoreng cukup garing namun tidak terlalu berminyak atau lembik. Apa yg lebih istimewa ialah jala mas nya yg halus dan lembut serta mewah melingkari dan melengkapi puding raja ini. Tahniah atas masakan yg enak ini dan ribuan terima kasih kerana berkongsinya dengan aku dan keluarga.

Friday, February 12, 2010

Kacang Panjang Goreng.

 

Aduhhh...lamanya tak masuk rumah ni. Bukan tak masak tp masa nak berblogging yg sgt2 la terhad dalam dua tiga minggu ni. Sampai rumah dah lewat , balik2 jer terus bersilat kat dapur n uruskan apa yg patut. Bila dah malam masa lg berlari laju sampai kadang2 rasa tak terkejar. Mana nak tgk kerja sekolah anak2 lagi, nak siapkan bag-bag baju utk ke nursery , gosok baju n aduhhh tak tersebut rasa. Ke aku yg tak pro lg dalam hal hal seumpama nih sebab tahun ni la Iyad baru masuk darjah satu.

Apa pun hari ni aku nak lepaskan jugak gian lama utk masukkan entry walaupun cuma tentang hal kacang panjang goreng biasa ni. Sayur yg paling sempoi n boleh didapati di mana-mana alam semesta Malaysia. Ha3.
Kacang panjang goreng ni bukan la menjadi feveret sesapa pun kat umah ni tp boleh la dimakan sebab apa makna makan nasi kalau tak de sayur kan. Tak sihat namanya tu..Jadi utk menyahut seruan piramid makanan, aku pun goreng la juga sayur ni sebagai penambah vitamin. Not bad at all eating it with hot plate of rice and a few of fried fish.

Wednesday, February 3, 2010

Pulut Kuning Kari Daging


He3....aku masak.ni bukan nya sebab ada sambutan hari lahir atau kenduri kesyukuran tapi tekak yg teringin nak makan. Sekali sekala makan pulut kuning dengan kari daging yg pekat likat ni memang mengancam habis. Selalu selalu tak boleh la kan. Kalau org lain aku tak tau la tp aku ni byk angin dalam badan. Nanti kalau makan beria mula la kembong perut and senak sana sini. Resepi kari daging dah ada dalam entry yg lepas. Ni aku postkan resepi pulut kuning aje la ya.

Bahan-bahannya:

500 gm beras pulut.
2 keping asam gelugor.
air separas pulut.
1 sudu kecil kunyit serbuk.
100 gm santan pekat.
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1. Rendam beras pulut bersama air, serbuk kunyit serta asam gelugor. ( Selama 25 minit. )
2. Masukkan beras pulut yg telah direndam ke dalam pressure cooker bersama air separas beras.
3. Tekan high pressure selama 5 minit.
4. Setelah masak, keluarkan dan gaul balik kan pulut bersama santan yg telah dibancuh dgn garam di dalam
    bekas lain.
5. Setelah pulut dan santan sebati , masukkan semula ke dalam pressure cooker dan preheat warm semula
    selama 3 minit lagi.
6. Tutup api dan boleh la diangkat

1. Rendam beras pulut bersama air dan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails