Thursday, December 31, 2009

Puding Marble



Petang ni aku tak dapat g aerobik. Darling besar sibuk kat padang. Dia ada kerja sempena sambutan tahun baru 2010 ni. By the way, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru  kepada semua yg singgah di sini. Moga tahun 2010 ini memberi lebih kejayaan kepada diri ku dan keluarga, dunia dan akhirat serta kita semua hendaknya...Amin.

So...boring2 , aku pun buat la puding marble ni untuk minum petang. Kebetulan semua bahan untuk buatnya pun dah ada. Resepi ni aku ambil dari blog k.ummi masa jenjalan kat dapur dia. Rasanya sedap,lembut dan harum  dgn bau chocolate dan strawberry. Cuma lain kali aku akan kurangkan gula sebab pada aku puding ni agak terlebih manis. Resepi kat bwh ni aku minta izin copy paste dari blog k.ummi. Minta halal ya kak. Malas nak menaip. Panjang bebenor tp membuek nyo, mudah amat. Silo la yo..

Bahan-bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation atau Ideal
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko. ( atau chocolate paste )
  • 1 sudu teh esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan kuning .( boleh guna strawberry emulco )
Cara Memasak:-
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.

  2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.

  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.

  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.

  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.

  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.

  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.

  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..


Sticker Art Deko



 Ni malam tadi punya kerja. Memula aku tergoda tengok benda ni kat rumah jiran sebelah. Aku ingat dia lukis, rupanya hanyalah sticker. Macam-macam gambar yg kawan ni jual kat rumah dia. Aku n Hasha decide untuk amik gambar yg ini. Kitorang tampal kat dinding bilik dia. Hasha hepi tapi Iyad tidak sebab aku tak belikan dia. Masalahnya, tak de gambar yg sesuai untuk budak lelaki. Tak pe la, next time ya darling.

Wednesday, December 30, 2009

Coach Ku Yang Pertama...

Salam petang Rabu. Hari ni mcm biasa, g  pasar malam dengan dua darlings kecik jap td. Tak ramai sgt org berniaga. Mungkin sebab hujan yg turun sekejap-sekejap. Tak sabar nak tunggu darling besar balik kejap lagi sebab aku nak tunjukkan kiriman pos yg ku terima pagi td.



Sebenarnya dah lama sgt hati teringin dan berangan-angan nak memiliki handbag coach original ni, tp apakan daya poket tak mengizinkan sebab bila tgk saja hrg yg tertera di butiknya di KLCC, aku jd terdiam. Kemudian, baru-baru ni aku diperkenalkan  dgn corak pembelian secara on-line oleh seorang kawan. Melalui cara ini, kita dpt membeli terus dari butiknya di US dengan harga yg jauh berbeza, ditambah pula dengan perayaan christmas dan sambutan new year. Harga jd lebih affordable. Authenticity nya tak perlu diper tikaikan lg. Aku jd yakin, seterusnya menzahirkan pembelian coach ku yang pertama. Di blog ini yg ku anggap sebagai diary kehidupan aku selitkan ia sebagai satu entry untuk ku berkongsi rasa gembira seterusnya mengingatkan aku pada suatu masa nanti tentang hari ini.. Emm...mak suker nyah !


Ais Krim Strawberry



Sedapnya....sejuk dan menyamankan. Rasa strawberry yg sederhana manis bersama susu yg lemak berkrim betul menggoda dua darlings kecik. Tak sabar-sabar diorang  nak makan. Yang tak dayanya, mula la asyik nak bukak peti ais. Resepi ais krim yg enak dan mudah disediakan ni aku dapat dari myresepi. Kredit pada si penyumbang resepi. Dah mcm-mcm flavor aku try dengan guna base resepi ni. The result was always 'magnifique'. Kali ni, kitorang nak layan rs strawberry plak.

Bahan-bahan

2 cawan susu perisa strawberry Dutch Lady.
( susu perisa apa n dari brand apa pun boleh. But ths brand is
  the best, coz I've tried many other brands n pick ths as de
   winner.)

2 cawan coffee mate.



Cara-caranya

1. Blend kedua-dua bahan. Pastikan susu diletak dulu, baru masukkan coffeemate. ( supaya mudah sebati.)

2.  Blend lebih kurang 5 minit. Keluarkan dan tuang ke dalam bekas bertutup.

3. Masukkan ke dalam freezer. Sejukkan selama 2 jam.

4. Keluarkan semula dan blend sekali lagi untuk mendapatkan tekstur yg lembut dan halus seperti yg terjual di
    kedai.

5. Sejukkan semula di dalam freezer sehingga keras dan boleh la dimakan.

Iyad Oh Iyad....

"Mummy  !.......Waaaaaa.........suara Iyad menangis bergema dalam bilik. Aku yg sedang berbaring, bingkas bangun terkejut. Aku lihat tangan kanan nya menekup pergelangan tangan kiri. Bila aku suruh dia bukak, tunjukkan, aku tengok satu garisan seinci panjang dah mula mengeluarkan darah, betul-betul di saluran nadi.  Pertanyaan bertubi-tubi keluar dr mulut ku dan dengan suara terketar-ketar sambil menangis dia tunjukkan cutter yg aku tgk ada di lantai depan tv. "Iyad buat apa?", tnyaku tak berhenti2. "Iyad buat dengan pisau tu...Iyad ingat tak apa-apa. Mummy...cepatla bwk Iyad g klinik. Iyad takut..Pedih ni."..




kat klinik...pas buh ubat.


Aku bertambah kelam kabut. Darah pula kulihat semakin banyak keluar. Tanpa tunggu lagi, kami bertiga bergegas ke klinik. Dalam kereta...apa lagi, si Hasha menangis ketakutan, si Iyad lagi kuat menangis. "Mummy, Iyad tak nak mati lagi..Iyad nak duduk dengan Mummy. Iyad takut, kalau mati, duduk dalam kubur sorang-sorang. Tak de sape jg Iyad..." Kereta ku pandu semakin laju, darah semakin banyak keluar. Mungkin sebab cuaca panas pukul 4 petang menambahkannya lg. Sedih pulak aku rasa...tapi itu la, tak de kerja, cari kerja. Sampai di klinik, Dr. Fauziah yg memang rapat dengan kami dan boleh kuanggap mak angkat iyad menggeleng kepala. " Nasib baik kelar nya tak dalam...kalau tak, ishh,ishh..iyad, iyad,  " Dr. Fauziah mengomel.


dah siap berbalut. Doktor tak bg kn air kat bhg ni utk 2, 3 hari.


Dah la kena satu suntikan A.T.T ( vaksin tahan karat ), kena makan ubat antibiotik n kena pergi cuci luka dua tiga pagi lagi. Bila ditanya kenapa dan apa yg membuat dia mengelar pergelangan tgn nya, Iyad jawab...Iyad nak tau, pisau mummy tu tajam ke.? Pisau tu kecik je.. Buat kat plastersin ok, kat eraser pun ok jer...Iyad nak try la kat Iyad pulak, nak tengok Iyad kuat, boleh cedera ke tak......

Aduhh...Iyad bukan superman sayang, Iyad pun bukan Ben10, bukan Superhero. Iyad ni manusia biasa yg boleh sakit, luka dan mati. Puas aku menerangkan. ( walaupun sebelum2 ni dah banyak kali aku ingatkan dia  yg cerita2 kekebalan superhero dalam tv tu hanyalah rekaan dan lakonan semata-mata ). " Sekarang baru Iyad betul-betul dah tau mummy, Iyad tak kebal pun macam superhero tu..."

Anak, hai anak...moga ini menjadi pengajaran kepadanya dan kepada ku juga supaya lebih memerhati dan sentiasa menasihati di lain kali., walauupun ku tau mulut ni tak henti menasihati. Cuma mungkin tak cukup 200 kali dalam sehari.. Iyad,oh Iyad...tinggi betul naluri ingin tahunya. Moga akan membesar menjadi orang cerdik pandai dan pemikir hebat. Amin...  ( Doa mummy dan abah. )

Monday, December 28, 2009

Mee Udang Pulau Pinang




 

Aku masak ni sblum g jemput Hasha petang td. Dah lama teringin nak makan mee udang. Tapi ni versi yg kuah cair. Bukan jenis yg ada keledek dalam dia tu. Kebetulan masa aku g Giant pg td, aku ternmpak paste mee udang ni kat one of the rack. Tak silap aku, Cik Mat Gebu pun ada guna paste yg sama masa dia buat one of his mee udang. ( in his blog ). Dek kerana rasa malas yg ada tp nak jgk makan, aku betul2 la ikut instructions kat belakang paket dia ni. Rupa depan paket paste mee udang ni ada aku tepek kat bwh.





Balik dari kerja, darling besar dan dua darlings kecik masuk rumah sambil menghidu bau wangi dari kuah yg dah siap. Sambil makan, darling besar kata ok, sedap tapi kena lebihkan air dari sukatan yg dia tulis sbb rs dia mcm termasin. Aku pun cepat2 rasa. Emm... Betul kata juri. So, after this, dah tau mcmna nak adjust air dia. Resepi kat bwh ni kiranya resepi yg aku dah ubah suai la n insyaALLAH boleh diterima dengan senang hati.

Bahan-bahan

1 paket mee kuning
1 paket paste mee udang
2 liter air
1/2 kilo udang
1 bhg dada ayam - rebus dan carikkan isinya
3 biji telur rebus
1 ikat kangkung - bersih dan celur dgn air panas.
cili potong
bwg goreng

Cara-caranya.
1. Bersihkan udang. Kopek kulitnya dan basuh bersih.
2. Rebus kulit bersama 2 liter air td. Setelah mendidih, angkat keluarkan kulit tersebut.
3. Masukkan pula isi udang yg telah dikopek kulit td dan rebus di dalam air rebusan td.
4. Keluarkan udang dan ketepikan. ( jgn rebus terlalu lama. nanti isi udang akan liat dan keras )
5. Masukkan paste mee udang pula ke dalam air rebusan yg sama dan kacau hingga mendidih.
6. Tutup api dan boleh rs masin manisnya. Jika perlu, boleh tambah garam atau gula mengikut kesesuaian
    sendiri.
7. Bila hendak dihidangkan, masukkan mee ke dalam mangkuk, sendukkan kuah, susun udang rebus, hirisan
    ayam, sayur kangkung dan lain2 bahan yg ada. Selamat menjamu selera.

Puding Vanilla Flan




Lepas siap kemas rumah pg td cdg nak buat agar-agar marble mcm yg ada kat blog kak ummie tu. Tapi tengok stok telur tak cukup la pulak. So tukar menu la akhirnya. Sejarahnya vanilla flan ni dulu aku n darling besar selalu jumpa kat buffet buffet di hotel bila menjelang bulan pose. Kitorang memang jatuh cinta betul la dengan rasa dia. Masalahnya , masa tu aku tak reti nak buat sendiri. Aku siap tnya resepi dia kat salah sorang  fnb manager yg kebetulan member baik. Dia kata, flan tu datang dlm bentuk serbuk n depa kat kitchen tinggal bancuh je dgn susu. Puas aku cr tp tak ketemu..hehe. Last-last dalam 3 taun lepas baru aku discover mende alah ni. Ropenye ada kat kedai jual bahan2 nak buat kek. Alahai...So sejak tu, x de la lg aku sibuk nak makan flan ni bila g buffet sbb kononnya dah memanjang buat kat dapur hotel sendiri. Wakaka...

Sunday, December 27, 2009

Mee Hoon Udang Kering


 One of  yesterday's meal. Mee hoon udang kering ni biasa-biasa jer . X de bahan sampingan yg vogue pun. Stok dalam esbok cam kurang sgt. Aku cuma isi scrambled egg,  hirisan deli chicken n green bean sprout sket. Alhamdulillah...kenyang dah everybody.

Bahan-bahan

1/2 paket mee hoon
1 sd bsr cili mesin
3 ulas bwg merah - ditumbuk halus
2 bj bwg putih - ditumbuk halus
2 sd bsr udang kering yg telah direndam air panas dan ditumbuk
1 sd bsr cili sos
1 sd bsr sos tiram
2 sd bsr kicap manis
1 sd bsr tomato sos ( sedap jg jika digantikan dgn air asam jawa )
garam dan serbuk perasa
ayam , daging atau udang   }
taugeh dan kuchai.             } bergantung pd apa yg ada dalam peti ais...
hirisan cili merah.

Cara-cara

1. Rendam mee hoon kering dalam air sejuk selama lbh kurang 30 min.
2. Tumis cili mesin bersama bwg2 hingga garing.
3. Masukkan semua jenis sos.
4. Kacau rata dan perisakan dengan garam serta serbuk perasa.
5. Masukkan bhn2 daging.
6. Biar kering air daging atau ayam, baru masukkan semula sedikit air semula berserta mi hoon td.
7. Kacau goreng mee hoon biar serata.
8. Masukkan pula sayur2an dan bahan perasa. Kacau gaul sekali lg sebelum matikan api.
9. Angkat dan hias dengan hirisan cili potong.

Saturday, December 26, 2009

Roti Jala Kari Daging



Buat ni untuk sarapan pg td sbb ada balen kari daging yg mak mertua bg smlm .Tq mak. Cuma , pg ni, jala tak brape nak menjadi. Kasor2 je . Kalu ikut gaya, ikan jaws pun boleh lepas kuar dari dia ni. Tak kisah la kan. Bukan nak masuk pertandingan pun. ( he2..ckp nak nyedapkan ati sendiri... ) Kalu berminat, leh cuba, try, test resepi kat bwh ni. Resepi ni aku ambil dr blog k.ummi yg femes ames di kalangan blogger2 yg minat masak-memasak. Mintak halal ya kak. Sejak aku mula belajar menjala, sampai la skrg, ini la resepi yg aku gunakan. Ringkas dan sedap.(promo sikit) 

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan susu segar
1 bj telur
1 sd kcl esen vanilla
1 sd kcl garam halus
bbrp titik pewarna kuning.

Cara-cara

1. Masuk semua bahan dalam blender.
2. Blender sebati.
3. Perap dalam 1/2 jam.
4. Sediakan kuali leper non-stick.
5. Cedok adunan ke dalam bekas menjala.
6. Tebarkan jala dalam bentuk bulatan2 kecil.
7. Gunakan api perlahan..Selamat makan.

Tuesday, December 22, 2009

Cara Memilih Buah Oren Yang Manis



Hari ni aku nak share satu petua untuk memilih buah oren. Tentu sume orang bila beli buah oren, nak dptkan yg manis. Tapi ada kala nasib tak menyebelahi kita. Selalu juga yg akan terbeli buah yg masam. Haa..ni dia. Worry no more. Petua berguna dan menakjubkan ni diberi oleh abah aku yg tersayang dan sgt bijaksana. Thank u abah. I luv u ! Dia bgtau aku, kalau nak pilih buah oren, kakak ( panggilan nama aku ler tu ) kena cari yg oren yg punggung dia masuk ke dalam. ( aaa..jgn korang ingat aku melucah pulak. Betul ni.) Gambaran jelas camane yg aku maksudkan tu ada kat gambar dibawah. Sila peratikan betul-betul. Percaya la cakap aku, memang buah oren yg jenis ni manis dan memuaskan ati.



Monday, December 21, 2009

Baby Pak Choy With Egg Tofu



Sayur baby pak choy ni aku gandingkan dengan lauk kicap daging td. Ni jer sayur yg aku tgk boleh tahan rupa fizikalnya masa kat kedai td. Yang lain, sume ala-ala nak masuk tong je gayanya. Bukak peti, nmpak lak ada sebatang lg tauhu telur. Aku pun kawenkan la deme ni.

Bahan-bahan :

1 ikat baby pak choy
1 batang tauhu telur
2 bj bwg putih - dihiris
1/2 labu bwg besar - dihiris
1 sudu udang kering - direndam air panas dan ditumbuk kasar.
1/2 bj cili merah - dihiris ( sebagai menambah warna. Hr ni aku x letak sbb lupa beli )
garam dan serbuk perasa.

Cara-caranya :

1. Potong dan bersihkan sayur.
2. Panaskan minyak dan masukkan dulu potongan tauhu telur. Balik2an bila sudah perang.
3. Dalam kuali yg sama, masukkan bwg besar dan bwg putih hiris td. Kacau goreng.
4. Masukkan udang kering, biar naik bau, baru masukkan sedikit air.
5. Masukkan sayur dan balik2 kan.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
7. Akhir sekali, boleh taburkan cili merah hiris dan kacau goreng sekali lg. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Kicap Daging Ala Pekan


Salam petang Isnin...Hari ni dari kul 8 pg td sampai kul 12.30 aku dah start la ke sekolah semula. Selesai la dah nampaknya cuti sekolah akhir tahun untuk tahun 2009 ni. Sekejap je rasa. Pejam celik - pejam celik dah nak abis taun. Balik sekolah td, lepas ambik dua-dua darling kecik dari taska, aku pun take a nap jap kat bilik.Syok memberuang dengan dua babies tu.  Sedap jer meluruskan badan. Lepas asar baru start masak. Hari ni menu sempoi..trade mark blog aku kan...But, the taste is awesome man. Try ya.

Bahan-bahan :

300 gm daging -dihiris
1/2 labu bwg besar - dihiris
3 biji bwg putih - dihiris
1/2 inci halia
1 sudu bsr lada hitam - ditumbuk halus
3 sudu bsr kicap manis
1 biji kentang - dipotong 6
sedikit suun dan garam

Cara-caranya:

1. Tumis bwg bsr, bwg putih dan halia.
2. Bila dah agak garing, masukkan lada hitam dan kicap.
3. Masukkan pula daging. Gaul sebati, biar air daging kering dan daging agak kecut.
4. Kacau rata dan masukkan kentang dan sedikit air.
5. Bg yg menggunakan presure cooker, waktu ini tekan butang high prsure untuk 30 min.
6. Setelah selesai 30 min, buka periuk, baru perasakan dengan garam dan masukkan suun.
7. Siap dan boleh dihidangkan.

Friday, December 18, 2009

Karipap Pusing Cik Esah



Cantikkan karipap pusing ni. Sebenarnya ni aktiviti aku tiga, empat hari lepas. Aku g belajo buat karipap pusing ni dengan Cik Esah a.k.a ibu mertua ku. Dia memang terer bab memusing karipap ni. Ya lah..berabad dia menjual karipap ni sebagai salah satu punca rezeki. Darling aku pun membesar dengan hasil berniaga gerai la jgk selama ni.

Pagi Isnin tu, aku dengan semangat berkobar-kobar pun g la ke rumah dia pagi tu untuk belajar cara-cara dia menyediakannya. Kami satu family memang suka sgt makan karipap mak mertua aku ni. Gambar yg aku letak kat atas tu ialah hasil kerja tangan aku sendiri. Percaya tak? Betul....tak tipu punya. Cumanya, sukatan yang akan aku letak kat entri kali ni ialah sukatan yang mengikut kata mak mertua aku, ni aku quote kata2 dia... " kita agak-agak je la. kita rasa la bila masa menguli tu. kalau tak cukup, kita tambah. kalau dah rasa ok, cukupla tu." Haa..boleh gitu ? Apa-apa pun korang layan je lah ya.

Bahan-bahannya :

1 kilo tepung gandum
minyak masak ( 3 senduk dipanaskan, 3 sudu besar tak perlu dipanaskan )
margerin
garam
4 sudu besar air sejuk ( lebih kurang la ni )

Cara-caranya

1. Ambil 4 genggam tepung dari jumlah sekilo td.
2. Campurkan dengan 3 sudu besar minyak masak dan 3 sudu besar margerin. Uli hingga menjadi doh.
    Bahagikan kepada 4 bahagian yg kecil dan  ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, letak semua balance tepung td, gaulkan bersama garam,  minyak panas, margerin
    satu sudu besar dan air sejuk dari peti ais. Gaulkan mereka ini sedikit-sedikit. Ia akan kelihatan seperti
    breadcrumbs di awalnya kemudian perlahan-lahan sambil diuli, akan menjadi satu doh yang sebati.
4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yg besar.
5. Ambil satu doh dr bahagian yg kecil, diletakkan kedalam satu bahagian yg besar. ( letakkan ia didalam
    doh itu seperti kita meletak inti kuih pau. Tutup dan bulat2kan. Lakukan yg sama juga dengan 3 bhg besar
    dan kecil td.
6. Setelah itu, ambil satu bahgian yg telah berisi dengan doh kecil dan mula lah proses mencanai.
   * gambar cara mencanai dan melipat, aku akan masukkan bila aku buat sendiri karipap ni nanti..

Monday, December 14, 2009

Rezeki Pagi Ahad

Pagi ahad semalam, bangun tidur cam malas nak g cari bekfes kat luar. So, aku dengan kadar kerajinan yg sedang2 aje pun buat la bekfes american stail. Rebus sosej, panaskan kacang panggang, buat scramble egg n toast some bread. Lengkap ler tu aku rs. Darlings sume pun x banyak komen. Tup-tup, baru jer start enjin nak makan, kak Nor jiran sebelah bagi salam. Kat tangan dia ada sepinggan roti puri yg comey2 and siap sekali dengan kuah dalnya. Alhamdulillah... sedap.



                                                         American Style Breakfast




Roti Puri bersama Kuah Dal

Saturday, December 12, 2009

Jemput Pisang


Pagi tadi nyer bekfes la ni. Pisang mas ni aku kira berebut dengan si mesin buah, Hasha. Dia tu kalau aku tak bising mau dua sisir pisang mas masuk ke dalam mulut dalam sekali adap. Aku simpan la dalam 10 biji dari pandangan mata dia. Aku beli 3 sisir, so ada lg balen untuk si kecik tu mengudap. Pisang mas ni pun saiznya cinoni sangat. Aku dengan si darling besar memang suka cekodok pisang ni ( a.k.a. jemput pisang dalam bhs yg lemah lembut ). Kalau beli yg jual kat gerai goreng pisang, selalunya cekodok pisang ni besar2 n a bit keras. Ya lah, makcik goreng pisang mesti campur dengan tepung yg byk kuantitinya banding dengan pisang tu sendiri. Macam tu la kan resam orang meniaga. Tapi, dari zaman aku kecik lg, aruah mak aku memang akan buat cekodok pisang yg mcm ni...baik dari segi rupa mau pun rasa. Aghh..manis. Meh aku share resepi dia kat sini ya.

Bahan-bahan :
10 biji pisang emas
7 sd bsr tepung gandum
1 sd kecil baking powder
1 sd kecil garam
2 sd bsr gula
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Lenyekkan pisang emas.
2. Masukkan tepung gandum.
3. Kacau rata kedua-dua bahan. Masukkan air mengikut kecairan yg dikehendaki.
4. Isikan pula garam, baking powder dan gula. Gaul sebati.
5. Perapkan seketika di dalam peti sejuk atau di luar.
6. Apabila hendak menggoreng, pastikan minyak telah cukup panas dan sudukan adunan ke dalam kuali.
* anggaran tepung selalunya mengikut kesesuaian jumlah pisang.

Friday, December 11, 2009

Menu Makan Tghri...


Hari ni aku nak share ngan korang menu aku tengahari tadi. Menu sempoi yg ambik masa x sampai 30 minit dah siap satu hidang. Lengkap dan berkhasiat. Tak yah resepi arr sebab sume lelaki dan pompuan dewasa pakar dalam menyediakannya. He.he.he. Mesti ada yg kata, laaa ini jer. Haa.. ni menu berkhasiat namanya. Jeng.je.jeng...di persilakan Cik Timun n pasangannya sambal tempoyak , Cik Kerang dan pasangannya sambal cili api kicap serta pasangan ikan kerisi bakar membuat persembahan.





Kuih Pau


Eii..tak lawanya rupe ku. Ni lah kue pau yang pertama pernah aku buat sendiri. Umur dah puluhan tahun, x sekali pun pernah buat sendiri. Selalunya beli jer kat makcik jual kuih yg banyak ada kat tepi kws perumahan aku ni.





Haa..mesti nampak cam aku tgh gentel ma'jun kan. Kah..kah..kah... Ni sebenornya aktiviti menggentel inti kacang merah utk pau tu la. Iyad n darling besar asyik nak ngap bebola kcg merah ni. Kata diorang inti nya sedap sbb tak manis sgt. Korang jgn suh aku bg resepi inti ni la sbb aku beli dah siap pack kat kedai Bakewell tu. Entry resepi pau aku taip lain hari pulak ya.

Spagheti Bolognaise


Wah..dah banyak ari x memblog. Rindu I. Mesti korang ingat aku x masak or x de buat apa kat umah ni kan selain dari nengok tv, gaduh dengan iyad n hasha or tidoq. Sebenarnya macam-macam aktiviti berlaku, tapi tiap kali aku nak amik gambo, mesti aku jadi frust giler sebab gambar tak  cantik langsung. Arghhh...geram!
Aku kena simpan duit arr taun ni sbb nmpk gayanya nak projek beli kamera canggih sikit dari yang duk ada kat umah ni. Kalu tak, makan ati ler jawabnya bila time nak snap picture. Aii..x de ke sesapa nak sponsor aku kamera ?. kah.ka.kah...Sape bodo nak layan dia. ( itu ayat peberet my buddy,miza. )

Apa pun, hidup musti diteruskan. Gambar cun ke, x cun ke, lantak la. Korang tengok je la ya. Ni sbnrnya menu makan petang n merangkap makan malam aku anak beranak smlm. Spgheti bolognaise. Eii..betoi ke eja ni? Tapi aku x de la pakai jenama Prego yg mahai tu. Kitorang suke n setia ngan jenama Maggie jerk. Rasanya sedap. Tak semasam 'cik prego' tu. Ala..jangan la marah penggemar prego sume. Biasa la taste orang ni lain2 kan. Dah duk dalam blog aku, mesti la yg kuar ni, sume yg aku suka. Cara pembuatan amat la mudah.

Bahan-bahan.

Spagheti
1 paket spgheti bolgnse Maggie.
1 labu bwg besar - potong dadu
1 biji bawang putih - cincang halus.
1/2 tin cendawan butang -potong dadu
1/2 paket minced meat / chicken
2 sudu besar tomato sos
garam.
parsley segar or flakes( optional - kalu ada tabur atas dia bila nak hidang. aku x letak sbb x de stok )
grated parmesan cheese

Cara-caranya

1. Rebus dulu spagheti bersama secukup air, secubit garam n 1 sd kecil minyak.
2. Bila dah lembut, akan dan ketepikan.
3. Dalam waktu yg sama, panaskan minyak dlm kuali, tumis bawang2 td.
4. Masukkan minced meat yg telah dibersihkan. Kacau rata, biar air daging kering, baru masuk dan kacau  
    goreng cendawan pula.
5. Masukkan air mengikut sukatan dalam paket kuah spghteti. (300ml)
6. Tuang perencah dr paket  maggie td. Kacau hingga semua pekat dan mendidih.
7. Perisakan dengan garam dan sos tomato.
8. Setelah sesuai dengan rasa, boleh la dihidang bersama spgheti, parsley dan parmesan cheese.

Monday, December 7, 2009

Roti Putih



 Aku suker suker suker roti ni. Dah x yah beli roti putih yg jual kat kedai tu lg. Resepi ni aku dapat dari kak haminah jgk yg rajin ubah suai mcm mcm resepi tu. Darling darling sume pun bg thumbs up kat mummy dia for baking this bread for them. Nak lagi cantek, bila bakar n sapu dengan butter n kaya. Sebijik cam breakfast kat kopitiam. He.he.he.
Sib baik la aku ada si 'bm' yang banyaaaaak sgt membantu dalam hal uli menguli roti ni. Aku cuma campurkan je sume bahan and selebeynya dia la yg pueh menguli utk aku.

Bahan-bahannya:

300 ml air
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar butter
500 gm tepung high protin
2 sudu kecil yis mauripan.

Cara-caranya

Masukkan semua bahan dalam bread maker n dia akan lakukan kerja2 menguli.
Setelah menjadi doh, keluarkan, tumbuk2 bg mengeluarkan angin.
Bentuk semula menjadi doh. Letak dalam bekas membakar yang sesuai.
Biar doh naik dua kali ganda. Bakar selama 30 minit ( atau sehingga bahagian atasnya berwarna perang kecoklatan ).
* tp bg sesapa yg pakai 'bm' yg bersekali dgn oven tu, lg la senangnya . Letak sume bhn n dia yg akan complete kan keje until masak...yahoo.

Sunday, December 6, 2009

Jemput - jemput Lemak Manis



 Menu minum petang td. Hari-hari cuti cam ni, kerja lain x de. Tambah dengan cuaca berangin yang sepoi2 bahasa. Asyik nak makan jer kejenya. So apalagi, masuk dapur n bikin la ini jemput. Biasa la trade mark aku..senang tp sure tak kan mengecewakan. Boleh la cuba...

Bahan-bahannya :

500 ml air
3 sudu besar susu tepung
2 bj telur
200 ml whipping cream( aku guna1 kotak kecik emborg whippng cream )
2 1/2 cawan tepung gandum ( adjust sendiri tengok kepekatan yang disukai )
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh garam


Cara-caranya

Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan air, susu tepung, telur, whipping cream, gula dan susu pekat.
Blendkan sekali.
Setelah halus dan sebati, satukan ia dengan bahan tepung tadi.
Kacau sebati menggunakan whisk.
Sejukkan ia selama 15 min di dalam peti ais ( ini bertujuan untuk mendapatkan jemput yg garing di luar, lembut di dalam )
Bila sedia utk digoreng, sudukan ke dalam minyak panas dan balik-balikkan.
Angkat dan boleh la dihidangkan.

Saturday, December 5, 2009

Home Sweet Home



Ahh...dah sampai rumah semula. Alhamdulillah ! Selesai dah program jalan-jalan sempena cuti sekolah kali ni. InsyaALLAH, ada rezeki, panjang umur kita meronda lagi. Dah balik rumah ni first thing sekali yg aku kena ngadap, tu hah kain baju kotor yg berlambak. Second, kena ler mop lantai yg sure berabuk macam apa. Rumah aku ni kalau tak 'diproses' alamat x sedap benor rasa nak memijaknya. Dulu aku ada pembantu yang datang weekly. She's been with us for nearly four years. Every week or twice a week dia akan datang tolong bersihkan rumah dari segi mengemop lantai, basuh bilik air and cuci tingkap n kipas. Ni dia dah balik negeri for good. Katanya nak bukak kedai runcit bila dah balik nanti. All the best Siti ! Sekarang ibu Ina sudah jadik bik Ina..Wakaka...





Layan je la ya tempat paling cosy nak take a nap. ( selain bilik tidur aku ler, of course..he.he )

Friday, December 4, 2009

Kegembiraan Di Genting Theme Park




Ni sambungan percutian dari Melaka kelmarin. Si darling besar la yg dah berjanji dengan dua darling kecik nak bwk depa berdua ke Genting Highland bila balik dari Melaka. So, kena la tunaikan janji. Dari Melaka, kami singgah KL and overnight semalam. Pekena nasi lemak antarabangsa yg femes tu. ( a must go place for us ) Then, this morning lps bekfes, check out hotel and terus ke Genting. Ramainya manusia. Aku kena ingatkan diri pas ni, jgn ler ke sini masa musim cuti. Jenuh beratur dengan orang ramai everytime nak main apa2 game. Tapi ialah...sebagai mak bapakkat situ, sume mesti sama dengan kitorang suami isteri yang rasa hepi bila tengok anak2 and for us tentulah dua beradik tu yg bergumbira bila dapat peluang main macam2 permainan kat situ. One thing for sure...the place is awesome man.




Hasha tengah main kuda pusing. Jaga-jaga, jangan jatuh.

Seronoknya Kat Zoo Melaka.



Amboi...dua beradik ni, apa yang kelakar sangat tu agaknya? Waktu ni kitorang baru lepas ronda ronda keliling zoo, melawat kawan2 kat situ and now ready nak menengok show gajah pulak.





Si gajah yang cerdik dan patuh arahan pengajarnya

Thursday, December 3, 2009

Replika Kapal Flor De La Mar, Portugis.

Hari ni punya entry still tentang pengembaraan di Melaka. Kali ni ke muzium samudera di atas replika kapal Portugis. Kapal sebenarnya adalah lebih kurang sembilan kali besar kapal replika. Tinggi dan luas kat belah dalam. Aku tak leh nak byangkan masa tahun 1585 tu keadaan yang kecoh kat kws pelabuhan Melaka bila kapal tu mendarat. Mesti terpegun giler orang Melaka masa tu. Tapi apa nak kata, datang dengan niat yg ada udang disebalik batu. Apa pun layan la jer gambar ni ya.



Si abahnya kena jadi jurugambar ler. He.he..

Tuesday, December 1, 2009

Pusing- Pusing Naik Beca Keliling Bandar Melaka

Petang lepas berehat kat bilik, kitorg teruskan lg aktiviti berjalan-jalan. Kali ni kitorang naik beca keliling bandar. Kami sewa dua buah beca untuk 1 jam.




 Gambo ni si abang beca yang tolong snapkan. Kat belakang tu Kota A Famosa yang femes tu. Orang kan main ramai lagi u waktu ni.

Di Taman Mini Malaysia



Haa....ini scene waktu Iyad dijemput menari dengan para penari n penonton kat pentas taman mini tu. Kelakar betul. Keras je badan dia. Tapi sume yg di pentas tu sporting. Aku n family paling suka dgn rumah negeri Perlis. Cantik, nyaman n cosy betul rasa. Design dia pun buat kita rasa selesa. Kalau la zaman sekarang ni ada byk pokok kat keliling rumah, alangkah bestnya.Rumah pulak dr jenis kayu yg kukuh n menyejukkan. How I wish....Aku dengan si dara kecik sempat la gak posing kat tangga belakang rumah tu.






Monday, November 30, 2009

Dalam Taming Sari Lagi


 Iyad and Hasha are enjoying themselves .




Pandangan Dataran Pahlawan dari atas.

Cuti-cuti ke Melaka.

Hari ni bermula aktiviti percutian aku dan kuarga ke Melaka. Sampai td lebih kurang kul 3.30 ptg. Cuaca okey, Alhamdulillah. Kami tinggal di hotel Seri Costa. Hotelnya comey, ala-ala balinese style. Harga pun sgt berpatutan n apa yang paling penting, hotel ni duk kat tgh ygh bandar Melaka. Kitorang cuma stroll jer nak ke Dataran Pahlawan.

Aktiviti pertama petang td lps check inn, kitorang naik Taming Sari. Syok beb...



Berdating kat dalam Taming Sari. Tinggi ni. Boleh nampak seluruh bandar Melaka dr atas ni.

Saturday, November 28, 2009

Nasi Minyak



Ini resepi nasi minyak yg sgt simple tp hasilnya sgt memuaskan hati. Telah diterima dengan baik oleh mereka mereka yang pandai komen mengomen tentang masakan. Sila la cuba. Korang pasti berpuas hati.


Bahan-bahannya.

4 cwn beras basmathi
51/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 labu bwg besar - dihiris
2  biji bwg putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar planta
garam, gula
pewarna kuning
kismis
rempah campak ( optional. Aku tak letak pun. )

Cara-caranya

1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bwg-bwg dan halia yang telah dihiris dengan planta. (Boleh masukkan rempah campak ketika ini  
    jika mau).
3. Masukkan pula daun pandan td.
4. Setelah agak garing, masukkan beras.
5. Goreng beras bersama bahan tumisan hingga air beras kering. ( Pindahkan beras bersama bhn tumisan  ke     dalam rice cooker).
6. Tuang air yg telah disukat.
7. Masukkan pula susu cair, garam dan gula secukup rasa.
8. Kacau rata dan tutup periuk.
8. Setelah nasi masak, titikkan sedikit pewarna kuning. Kaup balikkan perlahan-lahan.
9. Taburkan sedikit kismis kuning. Gaul lagi dan biarkan periuk dalam keadaan warm.
10. Boleh la dihidang setelah beberapa minit. ( Biar kismis kembang dan lembut bersama panas nasi td.)

Friday, November 27, 2009

Juadah Pagi Raya Aidil Adha

 Kalau untuk raya puasa yang lepas, aku sempat masak ketupat, rendang daging, kuah lodeh dan kuah kacang. Menu untuk raya korban ni pulak simple n easy to prepare. Aku buatkan nasi minyak dengan ayam masak merah n kari daging. Kari daging ni payah nak tinggal sebab sentiasa menjadi permintaan 2 lelaki kesayangan aku kat rumah ni. Hasha tak kisah asal ada pulut segitiga yang aku siap tempah.



Ketupat palas ni selain boleh dimakan dengan rendang or kari daging, ia pun sedap dicicah dengan serunding.




 Ni la nasi minyak yang jadi santapan kami seluarga pg ni. Cara masaknya mudah amat namun hasilnya,  Emmm....sodap! Lombut n lomak nyo teraso. Alahaii..Resepinya aku akan masukkan lain hari ya. Hari ni nak ajak jamu mato jo.





Ayam masak merah. Aku x buat pedas sbb darlings kecik x kuat pedas.



 

Kari Daging. Rupa ku tak lawa tp rasa ku sedap banget. He.he..tukang masak dia syok sendiri. Jangan marah.


Selamat Hari Raya Aidil Adha...

My two men are going for hari raya prayer.



Iyad buat muka boring sbb ngantuk n I know, dia x suka mummy nya suh posing amik gambo pepagi hari. Kali ni hanya diorang berdua jer yg g ke surau utk sembahyang sunat hari raya. Aku x g sbb dapat cuti bulanan. Selalunya kami sekeluarga akan ke Masjid Besar sama-sama. Tak pe la, hari ni mummy n Hasha tunggu kat rumah siapkan makan pagi ok. Lepas sembahyang sunat nanti, surau depan rumah aku ni akan buat korban 4 ekor lembu. Banyak juga kan.

Thursday, November 26, 2009

Lala Sambal Tumis


Ni lauk yang digandingkan dengan menu di bawah. Aku memula cadang nak masak menu ikan tp bila nengokkan muka ikan kat kedai si Ah Fu tu malap malap belaka, jadi tak lalu la pulak. So bila terpandangkan lala ni rasa cam okey la kot. Aku pun sauk ler se paket. Resepi biasa jer. Ialah aku mana ada resepi yang luar biasa. Ha.ha..

Bahan-bahan.

1 paket lala.
3 sudu besar cili mesin.
5 ulas bwg merah
3 bj bwg putih
1/2 inci halia
1/4 labu bwg besar.
garam n gula
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos.

Cara-caranya:

1. Tumbuk bwg merah, bwg putih dan halia.
2. Campurkan bersama cili mesin.
3. Tumis bhn bhn tersebut sehingga garing.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato.Kacau rata.
5. Perasakan dengan garam dan secubit gula.
5. Masukkan lala yang telah dibersihkan terlebih dulu.
6. Masak sehingga mendidih dan air dari lala tadi hampir kering.
7. Akhir sekali, taburkan bawang besar yang telah dihiris tadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails