Thursday, January 28, 2010

Ayam Kicap Rempah



Idea untuk resepi ni dapat masa kunjungan aku ke rumah abang ipar di Shah Alam. Masa tu kakak ipar aku tak de kat rumah. So, dia la yg jadi chefnya. Pro babe. Ya lah, zaman skrg ni sape boleh menafikan keupayaan kaum lelaki dalam hal masak memasak ni. Malah yg jd chef terkenal seantero dunia pun kaum adam la juga.

Waktu kitorg menjamu selera tu, ada yg tnya lauk apa ni sbb nk kata masak kicap, bukan macam masak kicap. Rasa dia macam gabungan masak kicap yg berempah. As usual, it only took a while to cook.

Bahan-bahan:
  500 gm ayam.- dibersih dan dipotong sederhana kecil.
3 biji bwg merah - dimayang halus
1 ulas bwg putih - diketuk
1/4 labu bwg besar - dihiris kasar.
3 bj cili api - diketuk
1 paket tumisan kicap rempah maggie. ( gambar di bwh entry )
2 cawan air.
1 sudu besar sos tomato.
1 sudu besar air asam jawa.
garam dan gula secukupnya.

Cara-caranya:
1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ayam 3/4 masak.( masak sepenuhnya pun ok.). Ketepikan.
3. Tumis bwg bwg td bersama cili api hingga naik bau.
4. Tuangkan 1 cawan air bersama tumisan kicap rempah maggie.
5. Kacau dan biarkan ia mendidih.
6.Masukkan sos tomato, air asam jawa, garam dan gula.
7. Masukkan ayam. Kacau gaul dan seimbangkan semua rasa.
8. Tutup api dan boleh la dihidangkan.



Wednesday, January 27, 2010

Hotdogs



Hai...mentang2 la si darling besar out station, penyakit malas duk berlama-lama kat dapur pun singgah ler. Kalau ingatkan tekak sendiri, tak kuasa aku nk layan utk makan petang2 cam ni. Tp bak kata kawan, perut kita ok la, tu.....perut anak2 mana lah boleh ditahan-tahan. Sian la pulak dua darlings kecik kalau mummy nya cuti masak. Jadi, jalan paling mudah ialah buatkan hotdogs utk diorang berdua. Bukan nk promote tau, tp sausage Ayamas jenis blackpepper yg diguna  ni memang sedap dan mengenyangkan. Tambah dengan roti yg disapu margerine n siap dipanggang garing atas saucepan, sesiapa pun boleh terpikat. Nak bagi lagi vogue, aku letak pulak cili sos dan mayonaise. Emm...mama mia.

Monday, January 25, 2010

Udang Goreng Nestum


Resepi kegemaran keluarga nih. Oopps , kecuali Iyad. He didnt eat prawns. So, whenever I cooked this I will make other dishes for him. Sebenarnya, kali pertama aku makan masakan ni, masa pergi lunch dgn geng kat restoran New Horizon. Restoran ni terkenal dgn chinese and thai food. Bila makan jer, terus jatuh cinta dgn rasa dia. Tp masa tu, tak tau mcam mana nak masaknya. Cari punya cari, terjumpa la kat blog kak ummi. Alhamdulillah, tercapai jg hajat nak buat sendiri. So, boleh la makan bila-bila rasa teringin. Minta halal ya kak, nak copy paste kan jer kat sini.

Bahan-bahannya:

15 ekor udang sederhana
3 sudu besar marjerin/butter
2 tangkai daun kari (hiris)
3 biji cili padi (hiris bulat) - ummi letak 5 biji
5 - 7 sudu besar bijiran nestum
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng udang


Cara-caranya:

Lumur udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar. Toskan. Kemudian cairkan marjerin di dalam kuali yang bersih. Tumis daun kari dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang dan gaul sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa...gaul. Masukkan nestum dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Terung Pedas with Ikan Bilis Goreng.



Terung lagi...emm layan jer laa. Payah kalau dah jd sayur kegemaran si tukang masak. Asyik terambik dia ni je. Tambah2 ,  bila sayur2 lain yg ada kat kedai dekat rumah ni kurang berjiwa sikit. Semalam dah tumis air bayam. So tak salah la kan aku berkawan dengan si dia ni pulak. Aku gandingkan dia dengan kurma ayam n my ol time feveret...telur masin. Perghh...tak toleh kiri kanan dah. Camane la badan tak naik yek. Bila timbang mula la rasa tak nak kawan dengan mesin tu. Arrr...tak kira la kan. Senang dan sedap. Gandingan yg perlu ada dalam penghasilan menu-menu di rumah ku. Jadi, apa lg...mari tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan.

1 batang terung. ( sederhana panjang )
3 sudu cili mesin
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
2 sudu bsr cili sos
garam dan gula.
segenggam ikan bilis - digoreng garing.

Cara-caranya :

1. Blend cili mesin bersama bwg merah dan bwg putih.
2. Tumis bhn no 1 hingga garing.
3. Masukkan cili sos, garam dan gula.
4. Jika tumisan terlalu pekat, masukkan sedikit air.( aku x ltk air sbb suka cili brsalut pd terung.)
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis yg telah digoreng terlebih dulu. Angkat & boleh dihidangkan.

Sunday, January 24, 2010

Ikan Siakap Goreng Bersos Limau Madu.






Feveret dish Iyad nih. Tapi waktu makan tghri td, panjang ngomelnya kenapa mummy tak buat kuah banyak2. Itu aku cakap dengan dia, nama pun ikan goreng, kuah ada sikit2 okey la kan. Selalu ikan ni aku goreng sweet sour atau tiga rasa tp kali ni tukar selera pulak. Resepinya aku ambil dr mingguan wanita. Menu keluaran Restoran Cheng Ho, Amy Search. Sedap!  Boleh dicuba. Cara memasaknya pun ringkas dan mengambil masa yg pendek.

Bahan-bahannya.
A/
1 ekor ikan siakap
garam,
serbuk kunyit
serbuk lada putih.

B/
2 batang serai         }
4 ulas bwg putih     }
3 biji cili padi          }
1/2 labu bwg besar } dihiris
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pati limau madu ( keluaran cosway )
garam
daun bawang - potong panjang2. ( untuk hiasan )

Cara-caranya:

1. Lumur ikan dengan semua bahan A dan goreng garing.
2. Sementara ikan sedang digoreng, tumis semua bahan yg dihiris dalam kuali yg berasingan.
3. Masukkan sos tiram bersama pati limau madu dan sedikit air.
4. Masukkan garam. ( rasa dulu manis masin nya.jika bersesuaian, padamkan api)
5. Masukkan pula daun bawang. Kaup dan gaul sekali.
6. Angkat ikan yg telah digoreng garing dan tuangkan sos ke atasnya. Sedia untuk dimakan.

Saturday, January 23, 2010

Rumah Tradisional Terengganu.



Pandangan rumah abah dari depan.






Pandangan dari sisi. Sejuk dan nyaman jer kawasan tepi ni dgn teduhan pohon-pohon hijau.



Jumpa Atuk dan Nenek.

Semalam, dalam kul 6.30 ptg, kitorg bergerak ke K.Trgnu. Rindu!  Dah lama darlings kecik berdua ni tak jumpa atuk dan neneknya. Hepi nya rasa. Alhamdulillah, diorang berdua nmpak sihat walafiat. Moga ayahanda dan bonda sentiasa dalam redha ALLAH hendaknya.


Hasha dan Atuk di depan rumah. Siap sedia nak keluar g breakfast.





Iyad tengah ada projek dengan si atuk.





Hai...sampai tertonggeng-tonggeng anak mummy ya.

Friday, January 22, 2010

Coach Lagi..


Emm..lama tunggu arrival bag ni. Akhirnya sampai gak lepas Jumaat td dgn Pos Laju. Actually si pengirim nun di US sana tersilap htr ke UK, so dah sangkut kat situ more than a month sebelum sampai semula ke dia before shipping pula ke Malaysia seterusnya ke Kuantan. Tp apa pun it's worth it. The bag is so beautiful in real. Just nice. Not too big nor too small. As I said earlier, this blog is more on what I did and I love. Yes I admit. I am a bagaholic. So...layan je lah ya entry yg nih.

Monday, January 18, 2010

Mee Goreng Mahkota



He3...canggih nama mee ni. Ala...kita yg buat dia. Ikut suka kita la nak letak nama apa pun kan. Jangan marah. Ni sebenarnya version mee goreng mamak yg tak cukup bahan. Ya la, mee mamak kan ada letak kuih tepung dia, tauhu goreng n sometimes they put the kuah kacang too. Mine is a bit similar in rupa parasnya but the ingredients are simpler. Not to worry, the taste is still great. Kita peratikan bebahannya ya.

Bahan-bahannya:
1 paket mee kuning.
2 sudu besar cili mesin }
3 biji bwg merah          }
2 ulas bwg putih           } tumbuk halus bersama.
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar kicap pekat mee
12 ekor udang sederhana
1 paket kecil fish ball
1 biji telur
hirisan daun sup
1 bj cili merah - dihiris
sedikit bwg goreng




Cara-caranya:

1. Tumiskan cili dan bwg tumbuk bersama hingga garing,
2. Masukkan semua jenis sos. Kacau gaul dan masukkan sedikit air.
3. Masukkan udang dan fish ball. Gaulkan bersama.
4. Masukkan telur di tengah kuali. Bila nmpk hampir keras, kacau gaul bersama udang dan fish ball.
5. Akhir sekali masukkan mee yg telah dibasuh bersih dan kaup sebati.
6. Maukkan sebahagian hirisan daun sup ke dalam mee dan tutup api.
7. Angkat dan boleh la dihidangkan bersama hirisan cili, bwg goreng dan sebahagian lg daun sup td.
4.

Ayam Madu Bersos Tiram



Lauk untuk makan malam semalam. Darling besar punya feveret. Makan dengan nasi panas memang best. Tapi ratah macam tu saje pun dah cukup marvelous.Cara masaknya very the easy one. Tak caya, cuba tengok....

Bahan-bahannya:

1/2  ekor ayam. Dipotong sederhana kecil dan dibersihkan.
3 ulas bwg putih }
1 inci halia          } -ditumbuk bersama
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu kecil kicap manis
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-caranya:

1. Gaulkan semua bahan bersam ayam.
2. Perap lebih kurang 30 minit.
3. Goreng kering semua bhn perap sehingga ayam agak kekuningan.
4. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk tekanan tinggi.
5. Tekan masa lebih kurang 20 minit dan boleh dihidangkan apabila cukup masa.

Sunday, January 17, 2010

Aktiviti Pagi Ahad.

Semalam sekolah aku ada larian retas desa MSSM. So, yesterday morning tak leh nak keluar anak beranak for breakfast. Balik dr larian, just hanging around, nothing much to do. Lunch pun tak masak co'z  kitorg ada jemputan ke  kenduri kahwin my good friend di Inderapura. Petang, seronok2 berjogging di taman bandar. Ramai sungguh orang semalam. Lupa nak bw kamera utk snap photo. Macam2 ragam ada kat situ. Maybe nxt week, aku masukkan entry ttg aktiviti di situ ya.

This morning, lepaskan geram la. Dah lama tak pekena roti canai mamak. Cis, lama konon. Baru seminggu. Apa la. Tp aku n family memang penggemar roti canai. Tambah2 bila ada kuah kari ikan lengkap dgn dal nya sekali.


Roti canai bersama kari ikan tenggiri..Emm....yummy!

Dari breakfast, kitorg punch card pulak ke Kuantan Parade, cari baju t.shirt putih kosong untuk Iyad g mengaji. Puas ronda kat situ, destinasi seterusnya ke Giant la pulak. Another must go place during weekend. Banyak la barang rumah yg kena beli utk tmbah stok. Iyad n Hasha suka main kat playground dia.
Kebetulan td, tak ada ramai budak, so ada la peluang Hasha main kereta goyang. ( he2..betul ke nama benda alah tu).


Kalau masa orang ramai, payah nak dapat turn main permainan ni. 





He2..kelakar tgk gambar Iyad, nape tah shot kat mulut tu mcm tergegar je. Sah tgn mummy dia tak stabil masa ni. Nk cepat sbb org sibuk lalu lalang.
 


Tuesday, January 12, 2010

Kari Kepala Ikan Mamak Style



Weh...tak nmpak rupa pun ikan nya. Dah kena cover dgn bhn2 lain la. Ni sebenarnya lauk semalam tp tak dpt nak entry kat sini atas sebab2 perebutan modem. Darling kecik yg perempuan tu tgh menjadi2 main game kat playhouse disney so, si mummynya tak dpt la nk melayan blues masukkan gambar. Ni baru dapat peluang ngadap komputer.

Kari kepala ikan mamak style ni, resepinya hasil pemberian kwn kat sekolah. Thanks Philo ! She's an Indian with lots of delicious Indian receipes. Kari ni tak pakai santan and penyediaannya pun mudah. Most important thing is the taste is similar with the one at mamak restaurants where we ate roti canai. Jom jenguk bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
A/
1 bhg kepala ikan merah

B/
5 ulas bwg merah
6 biji bwg putih
1 sudu kecil halba
1 tangkai daun kari

C/
1 paket rempah kari
sedikit air. - campukan bersama rempah kari dan jd jan paste.

D/
air asam jawa
bendi
tomato
garam dan serbuk perasa.

Cara-caranya:

1. tumis bahan-bahan A yg telah dihiris nipis.
2. setelah garing, masukkan paste rempah kari. Tunggu hingga garing.
3. masukkan pula air dan bendi serta buah tomato.
4. masukkan ikan yg telah dibersihkan.
5. setelah menggelegak, masukkan air asam jawa, garam dan sebuk perasa. Boleh tutup api dan dihidangkan.

Sunday, January 10, 2010

Live Sketch at Teluk Cempedak



Boleh teka tak muka sape ni? Malam td lepas maghrib, kitorg kuar g makan kat sate zul. Ya ALLAH...punyalah ramai orang kat situ. Sume nya sama cam kitorg gamaknya, ngidam sate si zul. Dari situ straight  ke Teluk Cempedak. Ambik angin malam minggu. Happening rupanya malam minggu kat situ. Ramai famili2 lain pun strolling leisurely together gether.

Sambil jalan2 nampak la pelukis2 live sketch ni sedang melakarkan ilham diorang di atas kertas. Aku dgn darling besar terpesona dgn one of them punya hasil karya and tanya dua darlings kecik sama ada diorang minat atau tak untuk dipotretkan. The answer is yes!.and...ini la hasilnya.

Mee Bandung



Tengahari td, aku tak masak. Kitorg g exercise kaki kat Kuantan Parade. So, lunch pun kat situ ler. Balik dari berjalan baru bukak kantin. Dah lama gak tak pekena mee bandung rasanya. Untuk makan petang merangkap makan malam, ni jer la yg aku hidangkan. Hasha dgn aku beres. Mee memang feveret kitorg tp Iyad pulak, mee2 ni kureng sikit. For darling besar, anything I cooked sumenya sedap belaka. he2..I luv u la darling. Nmpaknya, malam nanti kalu Iyad tak nak mee ni, terpaksa la aku cari alternative lain untuk isi perut dia yg bulat tu. Bagi yg teruja n nak try mee bandung ni, boleh cuba resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning.
1 paket perencah mee bandung Adami
7 ulas bwg merah - dihiris
7 cawan air
7 ekor udang hidup sederhana besar
2 ekor sotong sederhana besar
3 batang sawi
2 biji buah tomato
3 keping tauhu - digoreng
bawang goreng

Cara-caranya:

1. Tumis bwg merah yg dihiris halus hingga kekuningan.
2. Masukkan air dan perencah kuah mee bandung Adami td. Biarkan menggelegak.
3. Masukkan sotong dan udang hidup. Tutup api.

4.Apabila sedia untuk dimakan, ambil 3 senduk kuah dan panaskan dalam kuali yg berasingan.
5. Masukkan mee, sawi dan tomato yg dipotong baji.
6. Pecahkan sebiji telur. Angkat dan hias bersama bawang goreng.

* cara ini akan membuat mee bandung menjadi lebih enak kerana sentiasa boleh dihidang panas dan telur akan dipecah satu persatu. Tidak bersekali di dalam satu periuk besar. Tapi...kena lah rajin sikit. Kalau malas, boleh saja pecahkan telur td satu persatu ke dalam satu periuk yg sama bersama sawi dan tomato.
Selamat menjamu selera.

Wednesday, January 6, 2010

Mummy's Salad



 Sedapnya meratah salad ni. This is one type of cold salad too but mixed with hard boiled eggs and fried 'tauhu' . It will be tastier if we put some chili sauce on top of it.

Tuesday, January 5, 2010

Tenggiri Goreng Cili



Tak tau nak masak apa untuk makan malam td. Ni jer yg terfikir di kepala. Senang n jadi feveret darlings sume. Ikan nya pun tak yah nak siang beria. Tokeh kedai dah tolong siang kan siap2. Aku cuma basuh bersih n goreng dalam kuali. Kalu habis idea, leh ler try.

Bahan-bahan :

2 keping ikan tenggiri.
3 sudu besar cili mesin.
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
2 sudu besar sos cili
garam
secubit gula
1 sudu kecil serbuk ikan bilis

Cara-caranya

1. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis dalam kuali bersih, cili mesin bersama bwg merah dan bwg putih hingga garing.
3. Masukkan sos cili dan kacau gaul.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk ikan bilis.
5. Kecilkan api dan masukkan ikan tadi. Boleh la angkat dan dihidangkan.

Monday, January 4, 2010

Fasa Baru Kehidupan.

Hari ni, buka satu lagi lembaran baru dalam sejarah kehidupanku. Dua darling kecik ku dah mula bersekolah. Iyad melangkah ke darjah satu dan  Hasha pula bertukar dari play school ke kindergarden. Dah makin besar anak-anak mummy. Maknanya dah bertambah pulak umur mummy. Huuu...

Tetiba rasa sayu bila tengok Iyad pagi-pagi dah siap bangun, solat subuh dan bersarapan sama. Macam-macam pesanan aku sisipkan kat telinga dia. Rasa risau dan seronok bercampur baur dalam hati. Si darling besar sebenarnya dari malam tadi tak boleh tidur sebab fikir dan bimbangkan si anak, bercampur lagi dengan rasa excited. Ishh..tak tau lah. Dia siap ambil cuti untuk tolong aku tengok-tengokkan Iyad terutama bila masa rehat nanti. TQ. I really appreciate it.


I'm ready to school mummy.




Iyad dalam kelas 1Bijak



Sibuk beratur nampak...Nak g mana tu ?




Hasha is on de way to her kindergarden.



I'm here mummy. In front of my kinder.

Tiada apa yg aku harapkan, hanya doa yg tidak putus aku panjatkan ke hadhrat ILLAHI agar persekolahan dan pembelajaran anak-anakku sentiasa di dalam berkah ALLAH SWT.  Moga kalian berdua menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat...AMIN....

Saturday, January 2, 2010

Terung Goreng Kicap


Wahh...cun jer bila sup tulang tadi, digandingkan bersekali dengan terung kicap ni. Ini bukan resepi masak kicap yg besa-besa tu. Rasa dia rupanya lg marvelous. Thank you very much to Hana yg jauh di Jepun tu for came out with this receipe. Darling besar minat sungguh makan. Aku seronok ler, apalagi. Pas ni boleh masuk dalam geng menu-menu favourite la gayanya. Mintak halal copy paste bahan-bahan n cara-caranya ya Hana...

Bahan-bahan :
  • 3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam - jika perlu
Cara-cara

  • Goreng terung hingga masak.ketepikan.
  • Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
  • Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
  • Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.

Friday, January 1, 2010

Sup Tulang Rawan



Sedap jer hirup kuah sup ni panas-panas. Lawan pulak dengan telur dadar...Perghh !  Heaven....kih3. Kelakor jer rasa bila aku nulis gitu. Tapi betul yop, ate..memang sedap bebenor sup ni. Seharian kat bandar Kuantan ni hujan rembas-rembas tak berhenti dari pagi. Cuaca pun suram-suram sejuk jer. So, kena sgt la dengan resepi ni kan. Kalu sudi, boleh la try...

Bahan-bahan utk merebus tulang:
A/
1 kilo tulang rawan.
3 biji bwg putih -di ketuk
1 labu bwg besar -di belah 4.
1 inci halia -di ketuk
air - utk merebus tulang
1 sup bunjut
1 kiub ayam
garam
daun sup - dihiris
bwg goerng - ditabur

Bahan-bahan utk tumis darat :
B/
2 ulas bwg merah - dihiris
1 biji bwg putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
rempah tumis

Cara-cara

1. Rebus bersama semua bahan A di dalam periuk bersama air secukupnya .
2. Biar sehingga daging pada tulang empuk.
3. Tumis pula bahan B di dalam kuali yg berasingan.
4. Tuang bahan tumis ke dalam periuk sup.
5. Perasakan dengan garam dan masukkan 1 kiub ayam.
6. Apabila hendak menghidang, taburkan diatas sup daun sup dan bwg goreng.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails