Monday, January 31, 2011

Nasi Goreng Enak


Walau hati rasa kurang enak....jangan risau, nasi yang digoreng balik dari urusan perbankan lewat petang tadi saaangat lah enak. He3. Baik darling besar maupun dua darling keciks, semuanya bersetuju yang menu malam diorang benar-benar membuka selera.

Memula ingat nak tapau je apa yang ada kat bandar tu sebelum balik tadi , tapi macam tak ada apa yang membuka selera. Jadi, menu yang paling mudah dalam waktu yang singkat tentu lah nasi goreng ni. Aku singgah jap kat kedai si Ah Long untuk beli sedikit bahan buat penyedap rasa. Jom tengok resepi on the spot.

Bahan-bahan :

Nasi putih yang baru dimasak.
Segenggam ikan bilis - basuh bersih.
3 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 ulas baawang putih
1 biji telur
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar kicap manis 
Segenggam udang hidup - dibuang kulit
5 biji bebola ikan - dibelah tiga tiap satu
garam dan sedikit gula.
Hirisan kobis.

Cara-caranya :

1. Blend ikan bilis, cili hidup dan bawang-bawang tadi.
2. Tumis bahan yg di blend hingga garing.
3. Masukkan udang dan bebola ikan. Kacau gaul.
4. Masukkan kedua-dua sos dan kicap manis. Kacau lagi.
5. Masukkan pula telur. Biarkan sebentar baru dikacau.
6. Masukkan nasi, diikuti dengan hirisan sayur kobis.
7. Perisakan dengan garam dan seimbangkan dengan sedikit gula.
8. Kacau goreng untuk beberapa ketika lagi sebelum ditutup api.
9. Boleh dihias dengan hirisan daun sup dan cili potong.
10. Enak dimakan panas-panas.

Hujan Di Luar, Hujan Di Hati.....


 

Itu lah namanya manusia. Tak terlepas dari rasa terguris dan terluka. Ada kala gembira dan bahagia menguasai segala-galanya, manakala di lain waktu pula, perasaan yg berlawanan merentap tangkai hati. Itu lah kehidupan. Itu lah manusia, yang tak dapat lari dari mainan perasaan. Kalau diikut kan rasa, mau di luah kan segala gelodak jiwa, namun entah kenapa segalanya juga seakan bersarang dan tak mampu untuk diucapkan.

Aku lah antara manusia itu, yg terluka saat ini. Namun ku cuba memujuk sang hati agar menerima segalanya dengan hati terbuka. Mungkin di pihak sana ada masalah nya tersendiri. Dan aku di sini, sangat -sangat cuba untuk memahami. Namun aku lah manusia biasa itu, yang lemah dan tak berdaya. Ada kala luka itu tetap melukakan. 'Waktu'......mungkin itu yang mampu merubahnya.

Saturday, January 29, 2011

Aktiviti Yassinan di Rumah.


Alhamdulillah....semalam, di petang Jumaat yg nyaman, dalam suasana penuh bahagia, rumah no 37 di Indera Sempurna ini selesai mengadakan majlis bacaan yassin di antara kawan2 rapat dari sekolah. Dah lama teringin nak anjur kan majlis seumpama ini. Alhamdulillah, tercapai juga hajat di hati. Sementelah pula dengan kami yg baru saja berpindah masuk, jadi lebih kuat la sebab utk mengadakan majlis seumpama ini. Alunan lembut bacaan yassin yg di ketuai oleh sahabat tercinta Ustazah Norul yg juga kebetulan menjadi jiran sebelah rumah, menerawang di setiap isi rumah. Tenang dan menyenangkan.

Usai acara bacaan yassin, diikuti lah pula dengan acara makan2 yang santai dan penuh keceriaan. Tak sangka pula niat peribadi menjadi pembuka idea untuk rakan-rakan lain menjadikannya acara bulanan di rumah masing2 mengikut giliran. InsyaALLAH, niat yg baik akan sentiasa diberkati. Aminnn.

Thursday, January 27, 2011

Alhamdulillah...my darling is back.

Bila darling besar tak de kat rumah, bila dia kena out station, segalanya rasa kurang sempurna. Kami akan tinggal bertiga, tak seronok nak main-main kat luar, tak de mood nak tengok tv malam-malam and akan tidur lebih awal dari biasa. Bila pagi-pagi, akan bangun jauh awal dari biasa, akan kelam kabut masukkan kesemua tiga bag darling keciks ke kereta, pas tu kunci rumah, kunci pagar and ke sekolah pada waktu yg masih sgt pagi. Huuuu....tak best.

Minggu ni darling besar kena ke Labuan, so macam kat atas tu lah rutin kitorang. Tapi hari ni my darling is back. Syukur alhamdulillah. Ku bahagia. Boleh nyanyi-nyanyi. He3. Jap lagi nak hantar Iyad g kelas KAFA sama-sama. Pas tu boleh dating berdua. I loike.

                                                    Without you, I'm nothing.

Tuesday, January 25, 2011

Moga jadi anak yg soleh.

Dalam suasana petang Selasa yg mendung dengan hujan renyai-renyai aku dan darling Iyad menggagah kan juga diri utk ke KAFA Aliff di Sg Isap Perdana.Si mummynya dengan mata yg mengantuk dan si anak yg keletihan, lebih banyak diam dari berbual. Bukan tak kesian tengok dia yg kepenatan tapi demi ilmu agama yg wajib dituntut ini aku mesti kuat kan semangat diri dan semangat si pelajar untuk teruskan juga. Nak harapkan aku mengajarnya sendiri, tak mampu pulak aku rasa. Diri sendiri pun banyak lagi yg harus dipelajari. Setakat yg asas boleh lah. Selebihnya Iyad harus berguru. Terima kasih kepada para Mu'alim dan Mu'alimah yg menjadi tenaga pengajar di sini. Moga dengan ilmu yg dipelajarinya Iyad dapat menjadi anak yg terpimpin, berilmu dan beramal soleh. Aminnn.....


Semoga hati Iyad penuh dengan kasih sayang dan keimanan.

Monday, January 24, 2011

Suasana baru, persekitaran yg baru.



Salam petang Isnin, seminggu lebih kalut dan kusut dan hari ini, alhamdulillah aku dapat kembali melakukan rutin biasa antaranya mengadap lappy kesayangan ini dan mula membuka blog yg dah lama berabuk dek kesibukan kerja-kerja mengemas kembali barang2 yg berada di dalam kotak.

Kenapa orang tak suka pindah rumah? Aku tauuu ! sebab kerja 2 menyimpan dan membungkus barang2 ke dalam kotak sebelum pindah dah mengambil masa dan mengakibatkan stress. Thennnn....bila dah sampai ke rumah baru, we have to unpack all those things and sometimes the worst thing happened when you couldnt find the things you want anymore. Uhhhhh....satu bab untuk stress lagi.

Alhamdulillah, for me, after a full week of non stop unpacking and arranging the furniture and clothes, now we're fine. Legaaaa....Rumah dah kemas seperti selalu and the four of us dah boleh susun schedule ke hulu ke hilir dengan agak baik. Hopefully we're going to be fine here. Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama kami.
I post a few pictures of my small living room. Take a peek.



He3...tak tau la nak susun camane lagi. Cam ni je lah. Ruangnya tak besar mana. Jadi lah kan. Alhamdulillah.

Sunday, January 16, 2011

Ahad, 16 Januari 2011

Dari semalam aktiviti packing mempacking berlangsung dengan hebatnya di Indera Mahkota. Rumah yg penuh dihias selama ini bertukar wajah. Could'nt say much.....uhuk..uhuk.. Kita tengok gambar je ya.

 Hasha and darling besar tgh rileks2.

 Orang - orang kuat Subali pack. Take ten after finished packing.

 Bilik baju yg kat bawah.

 Almari Hasha dah siap di wrap.

 My room. Now........my ex room.

 Kaki Iyad pun enterprem.

 The living room.

Suasana di dapur.

Saturday, January 15, 2011

Bagaimanakah Dapat Ku Gambarkan Rasa Hati......


Sedih, pilu, sayu.......teruja. Bilamana keputusan untuk berhijrah ke tempat baru, meninggalkan segala kenangan indah, suka duka, pahit manis yg selama ini berlegar di rumah N0 9, Ind Mhkota 14 ini maka setiap hari lah rasa yg berbaur terpaksa kutelan demi satu penghijrahan untuk ke arah yg lebih baik harapnya.

Sembilan tahun membina keluarga di rumah pertama yg kami beli hasil titik peluh berdua kini telah bertukar milik. Saat menandatangani surat peguam tempoh hari, mata basah dan lidah kelu untuk berkata-kata. Namun pujukan kekasih hati yg lembut seperti biasa berjaya merungkai rasa tika itu.

Hari ini, mula lah kami mengemas dan menyisih apa yg perlu dibawa dan mana yg perlu dilepaskan.Esok, akan bermula lah kehidupan dan harapan di tempat baru yg juga sangat2 mendamaikan jiwa. Teratak sementara tempat penyinggahan sebelum ke istana impian terletak di Indera Sempurna tidak jauh dari rumah adinda tercinta. Moga penghijrahan ini akan membawa seribu rahmat dan berkat. Moga di rumah ini pula akan terisi dengan hamparan jiwa kami bersama momen2 indah yg baru. Aminnnn.

Friday, January 14, 2011

Kuih Dadar Daging


Kuih dadar daging ni sgt-sgt sedap. Aku dengan darling besar suka mkn kuih ni tapi dulu kitorg beli dah siap dr penggerai2 tepi jalan setiap kali balik rumah abah di Kuala Terengganu. Kat Kuantan ni payah nak dapat yg sedap unless buat sendiri. Cumanya yg kitorg beli, tak ada la bersalut dgn telur dan breadcrumbs. Selalunya yg dijual sgt simple dgn daging yg sedikit dan lebihnya kentang.

Tapi dalam masa setahun kebelakangan ni nasib menyebelahi kami sebab kuih dadar daging yg di atas boleh kami makan dengan puas pada hrg yg sgt berbaloi. Kulit dadarnya lembut dan yg paling penting isinya yg masin, manis berempah penuh dengan ketulan daging lembut berserta tetel2nya sekali. Tak ada kentang langsung.

Kami beli yg jenis half cooked. Then aku goreng sendiri bercelup telur dan disalut dgn breadcrumbs yg menjadikan ianya sungguh crunchy di luar dan sgt enak di dalam. Untuk 6 keping besar dgn hrg rm8 , ku rasa sgt berbaloi. Bila2 ada tetamu mengejut yg datang menjengah, boleh la dihidangkan kuih ni untuk minum petang. Sedappp.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails