Thursday, December 16, 2010

Masak Lemak Fucuk dan Suun.






This is one of our dish for today. Lauk ni , lauk peberet kami sekeluarga. Sebenarnya ni jugak lauk turun temurun keluarga mak mertua aku. He3. Kalau masak lauk ni, selalunya pasangan dia mesti ikan goreng sambal atau udang sambal tumis. Memang mengancam habis gandingan diorg berdua. Hari ni aku tak ada udang, so, aku buat ikan goreng cili. Iyad menambah dua kali. itu pun bila dah selesai makan, siap cakap kat aku, jap lagi Iyad nak makan lg tau. He3. Nak masak dia , mudah aje.

Bahan-bahan:
1. Fucuk dan suun dipotong kecil dan direndam supaya lembut.
2. 1 kotak kecil santan M&S.
3. 3 ulas bwg putih.- diketuk
4. 1/2 labu bwg besar - dihiris. 
5. 1 biji cili merah.- dihiris.
6. sedikit ikan bilis - dibersihkan ( optional)
7. garam , gula dan serbuk perasa.

Cara-caranya :
1. Masukkan santan kotak bersama 2 cawan air dan fucuk beserta suun.
2. Masukkan juga bwg putih dan bwg besar bersama ikan bilis.
3. Kacau gaul sentiasa agar santan elok sekata .
4. Perisakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa apabila santan sudah mendidih. Kacau lagi dan     
     boleh la diangkat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails