Friday, December 10, 2010

Five Beautiful Years, Hasha With Taska MPK

Yesterday was the day that Hasha , my lil princess finished her nursery school with our Taska MPK. After five sweet years, know she has to move to other kinder to futher her kindergarden year. Thank you to all the teachers there.

Bermula dengan Iyad, kami suami isteri, mula menghantar mereka sejak masing -masing berusia dua bulan lagi. Kedua-duanya dijaga sempurna dengan penuh kasih sayang. Aku dan darling besar meletak kepercayaan seratus peratus atas jagan mereka. All the teachers at Taska MPK, did a marvelous job. Kami sangat terhutang budi. Hanya ALLAH sahaja yg dapat membalasnya.

So, smlm petang dalam pukul 2, diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan sekaligus Majlis Konvokesyen bagi pelajar berumur 5 tahun. Taska MPK hanya boleh didiami sehingga 5 tahun sahaja kerana status nursery yg mereka pegang.


Alhamdulillah, hasil tunjuk ajar para guru, Hasha berjaya mendapat tempat pertama bagi keseluruhan pelajar berumur 5 tahun yg berjumlah 20 orang. Dalam majlis tu, antara nya, dia kena present satu segment tentang cita-cita anak2 Malaysia. She wanted to be a pilot, so she has to present a short rhymes on that particular subject. Kelakar sangat tgk anak-anak taska ni perform. Ada macam2 gaya. Kelakar ya amat. Kitorg tak kering gusi dibuatnya. Here are some of the photos

.
Hadiah disampaikan oleh Datin Harlina, isteri kepada YH Datuk Zul ( YDP MPK )....kih3....sama pulak dengan nama I , you.

 Giliran Hasha present kan serangkap rhymes of her ambition of being a pilot



Kain songket nya lagi besar dr tuan punya badan. Kih3. Tapi....berjaya jg ditarikan.



Nyanyian beramai-ramai oleh semua guru dan pelajar. After this, masing2, mesti malu-malu dah nak berbual or bermain mcm ni, sbb dah makin besar dan jarang jumpa. Most of them dah bersama since they were 2 months of old. How time flies. I'm sure, Hasha will miss these moment , terribly. I will. But lives...go on.



       He3....as usuall la, mummy as the supporter.

Thursday, December 9, 2010

A Morning Visit From A Good Friend.

Pagi tadi, after breakfast around 10 plus, Zam and anak nya Zarra paid a visit to my humble teratak. Seronok bila our buddy datang rumah. Tapi lebih seronok kalau janji awal-awal, so boleh masak and makan sama-sama. We had our usuall chat while Iyad and Zarra having a good time playing together.

Zam , with her Ana Solehah blue blouse that matched her beautiful prinnted pashmina, with Zarra next to her.



He3...as usuall the host, talking and chatting happily. At this moment, discussing on what to sell and what to hold.


     Huuu...Zam is looking like an Arab model, sitting on my big, comfy, olive coloured 'grandfather chair'.

Nasi Goreng Kanak-kanak with Keropok Mony.

Petang semalam, lepas darling besar balik kerja, kitorg sefamili berangkat ke Indera Sempurna. ( he3..mcm indera kayangan pulak bunyinya.) Ada urusan sikit. Dah alang-alang ke situ, my sister yg tinggal kat area tu pesan suh bwk raket badminton sbb sepupu2 si darling keciks berdua ni nak main. Darling kecik berdua tuh kalau kata nak jumpa sepupu-sepupunya, memang melompat sakan ler sbb kat rumah kitorg skrg nih, kwsn utk main memang tak brp sesuai banding kat rumah my sister. Aku pun, dgn ringan tulangnya, memproses la nasi goreng, so lepas game badminton tu nanti depa semua buleh makan. ( and kebetulan, balen nasi putih banyak lg. Lauk nya dah abis. Itu yg sebenornya. He3. Tak baik biarkan nasi tuh. Ishh, ishh, ishh....biar kita goreng dia.)

Semalam aku baik ati. Tak masukkan sayur sikit abuk pun. Selalu, aku akan membebel abis2 suh diorg berdua makan sayur. Tapi  kali ni, mummy bagi can. Korang boleh makan tanpa perlu kuis-kuis sana sini, elak sayur. Huhh...nyampah. Bila la budak-budak ni nak sedar kepentingan makan sayur-sayuran. Nasi goreng ni memang kanak-kanak akan suka sbb hanya berencah telur and sosej. Nak bagi lebih vogue lagi, aku gorengkan keropok mony. Itu, memang favourite ahli rumah. ni. Nanti aku taipkan resepi dia ya.



Biasa ler, photographer tahap amatur yg tersangaaaat lah amatur, jadi, gini je lah gambar yg mampu diambiknya. Tak kisah la kan. Layan aje la.

 Bahan-bahan :

1. Nasi putih 6 cawan.
2. 2 sudu besar margerin planta dan 1 sudu besar minyak masak.
3. 1/2 labu bawang besar.
4. 3 ulas bawang putih.
5. 2 biji telur gred A.
6. 3 batang sosej ayam.
7. 1 kiub ayam maggie.
8. garam, gula dan lada hitam yg telah ditumbuk.

Cara-caranya :

1. Hiris halus bwg besar dan ketuk bwg putih.
2. Panaskan margerin planta bersama minyak masak, tumiskan bawang2 tadi.
3. Setelah bawang layu, masukkan sosej yg telah dipotong. Kacau goreng.
4. Pecah dan kocokkan telur di dalam mangkuk yg berasingan. Tuang ke dalam kuali bersama2 bhn td.
5. Kacau goreng semua dan masukkan nasi.
6. Perasakan dengan kiub ayam, garam dan sedikit gula serta serbuk lada hitam.

Monday, December 6, 2010

Kangkung Goreng Belacan

Bila dah makan ikan, kena la ada sayur. Gandingan kangkung goreng belacan and asam pedas ni , aku rasa memang ngam. Kalau tak silap aku la, diorang berdua ni dah lama di gu kan tiap kali aruah mak aku masak asam pedas.


Cara nak masak kangkung goreng ni pun, terrramat lah mudah. Tapi, untuk sape-sape yg terbuka blog aku ni and baru belajar masak, jangan la segan-segan untuk cuba. Gerenti jadi punya.

Bahan-bahan:
1.  1 ikat kangkung. ( di siang dan dibersihkan )
2.  1/2 labu bwg besar - dihiris.
3.  2 ulas bwg putih.- dihiris
4.  I/2 inci belacan
5.  1 btg cili merah - dihiris
6.  1 cwn air

Cara-caranya :
1. Tumis bwg besar, bwg putih dan cili merah yg telah dihiris.
2. Bila dah naik bau, masukkan sayur kangkung td.
3. Kacau gaul sebentar dan masukkan air.
4. Masukkan belacan, sedikit garam dan secubit gula buat menyeimbangkan rasa.
5. Kacau goreng lagi dan bila dah mendidih, tutup api.

Asam Pedas Ikan Pari

Di sebabkan hari ni dah tak g sekolah, maka boleh la entri masak-masak kembali mewarnai blog ni. Kalau idak, entri pasai aktiviti karut marut je lah yg memonopoli. Meh try asam pedas ikan pari ni.


Besor gedabak si Ah Fu tokeh ikan kat Indera Mahkota tu potong ikan pari ni. Aku nak potong kecik-kecik pulak takut hancur nanti dibuatnya. Tak pe lah, rupa tak berape nak lawo tapi rasa mabeles. He3...kalau aku tak kata gitu, sape lagi nak kata.

Bahan-bahan :
1. Ikan pari secukup nya.(adjust la ikut keperluan ahli rumah ya)
2. Cili mesin 3 sudu besar.
3. 5 biji bwg merah.
4. 3 ulas bwg putih.
5.1 inci halia.
6.1 inci belacan.
7.2 bj buah keras.
8.2 batang serai.
9.1/2 inci kunyit hidup.
10.1/2 cwn air asam jawa.
11.garam, gula n serbuk perasa.

Cara-caranya :
1. Blend dulu no 3 sampai 7. Masuk sekali no 9 (kunyit).
2. Tumis cili mesin bersama bhn-bhn yg telah diblend hingga garing..
3. Ketuk serai dan tumis lagi.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan isi air lebih kurang 1 cawan lagi.
5. Masukkan ikan bersama-sama garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kacau biar mendidih dan biar pekat. Boleh letak daun kesum jika suka. Bila dah pekat dan mendidih,    
    matikan api.

Malaysian Airport Project....The result for East Coast Region

Alhamdulillah......sesungguh nya aku bersyukur dgn limpah rahmat Mu Ya ALLAH. Penat lelah, kekalutan, debaran dan macam2 lg terubat dengan hadiah kemenangan yg diberikan. Wajah-wajah kepuasan dan kegembiraan mewarnai dua hari kami berkampung di sekolah tercinta dan hotel Grand Continental yang menjadi perkampungan Malaysia Airport Project.

Kebahagiaan dan kebanggaan seseorang guru itu akan jelas terbayang bila anak-anak didiknya berjaya dalam apa jua pertandingan yg mereka sertai. Kejayaan adalah milik semua warga Sekolah Kebangsaan Batu Tiga. Jom tgk wajah-wajah ceria mereka-mereka  yg sering bersama ku dalam dua minggu penuh ni.

 Nur Faiqah, has been selected as the winner in the essay writing comp aka the Golden Pen Award ( GPA ). She won rm700. Dinner the night before was at the grand con hotel.
 Me and the beyond border teachers.

 Ammar and Izzaz...Faiqah ada kat dewan .
Picture below ...the flower girl with two of my best friends. Ros was not around at that moment. She was busy preparing for our persembahan coral speaking bhs arab. Miza, Zam n Ros.....ur happy faces, ur strength and true-heartedness in our friendship means a lot to me. Anda yg memberi jiwa dalam kehidupan ku di sekolah. I truly love you my dear sisters.

Tuesday, November 30, 2010

Aktiviti Petang Hari

Macam biasa lah, bila lps asar, Iyad akan jd burung kakak tua yg dalam lima minit akan menanya 'dah pukul 6 ke mummy', or...' sekarang dah pukul 6?' . Aku jadi tensen betul dibuatnya. Mau kan tidak, tak jadi kerja asyik nak menjawab soklan yg sama berkali-kali. Aku dengan darling besar selalu susah hati bila lps dia dua beradik main kat luar tanpa kawalan salah sorang dr kitorg berdua. Kebetulan hari ni darling besar g out station, jadi aku lah yang kena ambik giliran jadi warden tak berpangkat duk meneman diorang main petang ni.

 Apa nak buat, sorang2 nih. Kalau ada darling besar, syok duk bergossip sambil minum petang.

   Apa la agaknya yang dibual kan si Iyad dengan kawannya tuh ?

 Anak dara ku, berbasikal la petang2 mcm nih.

Sunday, November 28, 2010

Tengok Wayang

Malam td punya cerita la ni. Lama dah tak tgk wayang. Iyad la yg beria-ia ajak kitorg g movie sejak dr awal cuti sekolah hari tu lagi. Tapi aku rs mcm tak de cerita yg kelakar or best yg nak ditonton. Memula tu, Iyad sibuk suruh bw dia tgk Megamind. Aku buat tak layan je. Aku kata nanti kita beli CD dia, Iyad boleh tgk banyak kali.Aku kata kat dia kita tgk Ngankung je lg best ( ni kes lps tgk preview citer dia kat astro la) So, petang smlm, darling besar beli kan tiket utk the four of us.Kitorang tgk kat Megamall, sbb malas nak berebut dgn org yg berpusu-pusu g ke cineplex di ECM. Aku punya motto bab tgk cerita kat tv ke,filem ke selama ni ialah tgk cerita yg boleh menghiburkan hati, bukan yg menjeruk perasaan. And, after watching the movie, Ngangkung was.......hilarious. Kelakar ya amat. Tapi sian pulak kat Hasha, dua, tiga kali juga termenangis sbb terkejut dek hantu yg muncul kat belakang pintu or dalam kereta. Ditambah dengan sound sistem yg kuat, lagi lah member terkejut.

Baru aku tau apa maksud 'ngangkung' tu. Rup2nya macam 'nyangkung' or mencangkung, bercangkung. Pengajarannya, tiap perbuatan yg tak elok tu memang lah akan mendapat balasan yg tak elok juga. Main nombor ekor ni memang aku dah dengar dari zaman to kaduk lagi. Diorg ni memang jenis tak serik pergi ke kubur mana-mana ke, bomoh mana-mana ke utk dapatkan nombor. Tapi setau aku, tak kaya-kaya pun. Hishhh...tak tau la, mintak simpang perangai macam tu ada dalam keluarga ni. Aminnn.

Walau apa pun, the movie was nice, cuma darling besar tak berapa setuju dgn cara pengakhiran cerita. He said, it was too simple. Aku ok jer, as long as it was funny.

Wednesday, November 24, 2010

Lunch Date At Johny's, East Coast Mall.

Lama dah tak g outing dgn 'and the gang'. Rindu rasa masa-masa tu. Tapi kesibukan dan kekalutan yg sering melanda membuat kan masing-masing hanya dapat merindui dan mengimpikan masa-masa bersama. Bila ada dua orang yg boleh keluar, dua orang lagi tak boleh. Bila tiga orang boleh keluar, sorang lagi bersedih hati sbb tak boleh join sama. Aduhhhh....siannya kitorang. Hari ni, aku, zam and my two darling keciks je yg berkesempatan lunch out together. For the first time, Hasha was using the chopsticks and.....man, she was very good with it. My Iyad, always being a truly Malay boy. He preferred to use his hands when eating rice.


 Iyad was busy kidnapping a glass of orange juice from her sister.

 Aiii...dah seperiuk stimbot kita makan, baru nak snap picture. He3.

 Good job Hasha, pandai anak mummy guna chopstick. Suprise, suprise !

Kailan Goreng

Menu sihat pagi nih....Rejim diet konon.



Pagi ni aku tak g sekolah. Pepandai je bagi cuti sehari kat murid aku yg 3 org tu. Yalah, sian pulak aku tgk, pepagi dah datang sekolah menuntut ilmu walhal kengkawan yg lain bercuti. Tak pe lah ya, demi sekolah and for themselves too. So, aku berileks la kat rumah pagi ni. Baru siap goreng sayur and masak nasi. Konon nak melebihkan makan sayur dalam cuti ni sebab susah hati tgk muka yg semakin tembam. Huuu...Jap lagi lah pulak masak kawan kepada cik kailan tu ya. Nothing to rush. Darling besar pun tak balik makan tghri. Just the three of us this afternoon. Thought of goreng sambal paru later.

Malaysian Airport Project

My school has been selected as 'anak angkat for Malaysian Airport Berhad for Pahang state. This coming 4 th n 5th December, there will be a competition regarding dramas, essay writing and a presentation among all the choosen schools in the east coast regional. Our school will be the host for this year. Me and my friends teachers are in charge of trainning ang doing all the necessary preparations to the upcoming event. These are some of the photos taken yesterday in my class.


                      Me, giving a tuition to the pupils.

   
        From the far end, Faiqah, Ammar and Izzaz.



  Ada student kecik dua orang kat belakang. He3..cuti sekolah, kena la bwk sekali dua beradik tu. Huuuu....

Tuesday, November 23, 2010

Anniversary Dinner.

Sedar tak sedar , 15 tahun berlalu dan aku bahagia menjadi isteri kepada Encik Rose Samsul bin Abdul Razak dan ibu kepada Muhammad Iyad Nur Iman dan Hasha Deena. Suka dan duka, tangis dan tawa, melingkari kehidupan sebagai pasangan, sahabat dan kekasih. Terima Kasih atas segala perhatian dan kasih sayang yg dicurahkan selama ini. Sesungguhnya diri ini amat bersyukur dengan rahmat yang ALLAH  SWT kurniakan dalam rumahtangga kami. Moga kebahagiaan dan redha AL.LAH itu akan sentiasa mengiringi kehidupan kami selama-lamanya. Aminnnn.




Oleh kerana kesibukan yg melanda, aku n darling besar asyik tertangguh je to have our anniversary dinner. So last sunday night, kami pun decide to have it at quite a special place call ' Crocodile Rock'. The place is at  Kubang Buaya. A very nice ambience and very romantic. The place is specialised on western food, which is darling besar n both darling keciks favourite. For me, as long as the place has pasta and spagheti, then it's fine with me.

Monday, October 25, 2010

Satu Malam Di Swiss Garden Resort And Spa.

Lama dah tak ada aktiviti cuti-cutian bersama family. Everyone esp me feels a bit exhausted and bored with the same weekend routine. At first, we thought of going back to Kuala Trengganu. Sambil lawat abah, boleh jalan2 n makan2 di KT. Tapi, tak kesampaian la rancangan tu weekend ni sbb abah dah datang ke Kuantan dulu nak lawat anak menantu and cucu-cucunya. So, kitorang post poned kan lah rancangan nak ke KT tu ke minggu lain.

Oleh kerana tak jadi ke luar daerah, si darling besar pun dgn generousnya bawa anak dan isteri yg agak kebosanan ni bermalam di Swiss Garden. Dia nak bawa dua darling keciks g swimming pool. Apalagi, melompat kesukaan la diorang berdua with the idea. And...since abah pun ada di sini, kitorg ajak la sekali abah and my sister anak beranak join kitorang to have fun there. The more , the merrier kan.


Ni masa kitorang tgh ready nak jenjalan ke Kemaman . Hasha terselit celah mummy and atuk. Si darling besar tgh busy amik gambar.



Hasha kalau dah jumpa air......




Love is in the air.....Alhamdulillah. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan rahmat Mu Ya ALLAH.

Monday, October 11, 2010

Hasha's Birthday

Happy Birthday dear darling. Actually, tarikh birthday Hasha yg sebenarnya belum tiba lg. She was born on the 14 th of October 2005. Every year, birthday nya selalu disambut sama ada on the day itself or akan dianjak ke weekend kalau ia jatuh on busy weekdays. Tp tahun ni kami buatkan in advance due to the hectic weekdays that falls on Thursday plus tak boleh pulak nak buat on weekend co'z mummy got PTK exam on Saturday 16th while on Sunday 17th we have to attend our niece 1st birthday . Fuhhhh......what an explanation and what a busy schedule we have.

This time, differ from previous years n for the first time ever, we did a breakfast gathering party. For me, it turned out really well and I love every moment of it. Darling besar and me buat tema  'Sarapan Pagi '. So all the food are the usual breakfast food. Enjoy the photo ya.

Hasha and her friends. ( mummy doakan agar Hasha sentiasa sihat walafiat, dalam lindungan ALLAH SWT,  dimurahkan rezeki, terang hati, menjadi anak yg solehah dan bahagia dunia akhirat. We love u darling.)

 Hasha tgh tunggu kawan-kawan. ( kat belakang ada fruit tart yg sedap tau. Mummy order kat Rozy Bakery ) .

Tuesday, October 5, 2010

Daging Masak Kicap Bersos.



He3...nengok kan nama menu hari ni mcm ada unsur2 glam sket. Sebenarnya masakan nya mcm biasa org masak kicap daging, cuma ada slightly rasa masam2 manis hasil dari penggunaan sos tomato. Bahan - bahan lain semuanya yg biasa digunakan . Apa-apa pun, tak salah kan menambah style dalam masakan.

To KBK Concert

  
Hasha masa ni on de way nak g konsert kindergarden dia di Vistana Hotel. Every year, Kubang Buaya Kindergarden akan adakan konsert di situ. Kids from 4 to 6 years old akan perform varieties of show in Bahasa Malaysia, English and Mandarin. Patut la Hasha dah sebulan duk menyanyi lagu cina yg aku tak tau ujung pangkalnya. Bila disuruh ulang semula , dia jawab "alaa Hasha dah nyanyi tadi, tak boleh ulang lagi". Keh3...padahal aku tau dia pun hentam je gamaknya.

Labu Air Tumis Ikan Bilis Berlada Hitam

Lama dah tak masukkan entri masak-masak ni. Semalam aku masak gulai ikan kelantan . ( Thank u pada penyumbang resepi yg aku ambik dr my resepi.) Pas tu aku tumis pulak labu air dgn lada hitam n ikan bilis. Masyuk ooo. Resepinya mudah. Setau aku la, masak labu air ni resepi tradisional org Terengganu. Sedap and paling penting mudah. Dua darlings suka tapi darling bulat tak suka. Wakaka....


Meh aku share resepi labu air tumis lada hitam nih. Diet sihat . Mesti kengkawan yg nak jaga body suka menu ni. So....layan.

Bahan-bahannya :

1 biji labu air yg comel lote
3 biji bwg merah,
1 ulas bwg putih,
2 sudu besar ikan bilis,
lada hitam sesedap rasa,
air ( utk kuah )
garam , gula n perasa.

Cara-caranya :
1. Kupas nipis kulit labu air dan belah dua. Kemudian potong kecil2.
2. Ketepikan dan rendam dalam air.
3. Tumbuk kasar bawang merag, bwg putih, ikan bilis n lada hitam.
4. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing dan isi air secukupnya.
5. Masukkan labu tadi beserta garam, gula dan perasa. Masak sehingga ia lembut, boleh la diangkat.

Tuesday, September 28, 2010

I Love The Colour !

Darling besar was so generous to buy me this pair. Tq Yang! I fall in luv with it on the first sight. Ingat nak beli later2 tp alhamdulillah, ada rezeki dpt awal. Boleh la melaram masa outing dgn my students ke KL nanti. Our school ada anjurkan trip untuk our Year 6 students.



This pair is very comfortable but it's colour I luv the most. It will look stunning with my black levi's.
Hello beautiful, welcome to my wardrobe!

Saturday, September 25, 2010

UPSR Tiba Lagi......

Debaran, tekanan, sakit perut, sakit kepala and all the symptom of stressness were coming silih berganti. This year after bertungkus lumus with all the usuall classes n extra classes, Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi sesi 2010 tiba juga.

Ada rasa lega jugak sbb tak payah nak buat all those extra classes yg tak kira masa tu. Ada jgk yg lega sbb tak perlu nak bergaduh , berjerit perih dgn bebudak semata-mata nak suruh diorang siapkan latihan yg diberi. For me it's both, plus many more.

Apa pun, all the best wishes were giving especially for my students. I will always pray for u guys. Teacher sayang kamu !

 

Friday, September 10, 2010

Salam Syawal 2010

Sayu hati tiap kali mendengar takbir di malam raya. Sedar tak sedar, ramadhan berlalu jua. Moga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada ku dan keluarga. Syawal yg tiba disambut penuh keriangan. Alhamdulillah, tahun ini, Iyad mampu berpuasa penuh walaupun beberapa insiden berlaku dalam aktiviti harian nya. Paling kerap ialah insiden godaan makan oleh si Hasha yg selamba makan dan minum walaupun beberapa kali diingat agar hormat dan kesian kan si abang yg sedang berpuasa. Satu lagi insiden kurang enak ialah apabila dilanggar dari belakang oleh dua rakan yg sedang bermain kejar-kejar di sekolah. Kesian si darling tu. Luka mulut akibat tersembam di pasir. Gigi depan yg baru tumbuh bergoyang dibuatnya. Namun yg paling ku kagum, ialah tak sepatah pun kata yg keluar dari mulutnya meminta untuk berbuka. I'm proud of you darling!

Lebaran kali ini kami berhari raya di rumah kakak ipar ku di Raub. Seronok juga bertukar angin. Keseronokan nya bertambah kerana dapat berkumpul sesama ipar duai. Rumah teres kak Yati di Taman Perdana menjadi sesak dan riuh rendah dengan kehadiran kami 8 keluarga. Bila dah beramai-ramai ni, keadaan dah jadi macam di kem pelarian. Berebut tempat tidur, berebut bilik air dan jerit menjerit dah jadi perkara biasa. Tapi itu lah yg indahnya.

Apa-apa pun, aku berharap agar tahun hadapan kami akan dapat berkumpul lagi di Syawal yg mulia dalam keadaan yg sihat walafiat dan penuh rahmat.


                                         
                 Keluarga besar Encik Abdul Razak dan Puan Naesah
                                                                      ( my in laws )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails