Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010.....'Guru Pembina Negara Bangsa'

Alhamdulillah....tahun ini genap 18 tahun aku memikul gelaran pendidik. Satu jawatan yg pada mulanya tidak aku ghairah untuk menyandangnya. Masih segar di ingatan gambaran abah dan aruah mak bertengkar bila abah beria-ia suruh aku tanda tangan borang kemasukan ke maktab perguruan. Waktu tu aku baru berumur 18 tahun, masih di tingkatan 6 bawh. Aruah mak dah tentu menyebelahi anak manja nya yg berangan-angan nak masuk ITM sekurang-kurangnya atau mana2 universiti tempatan. Kebetulan waktu yg sama juga aku mendapat tawaran untuk mengikuti diploma dalam jurusan interior design yg menjadi minatku di ITM Manjung dan juga diploma town planning di Universiti Teknologi Malaysia. Namun seperti yg dah tertulis di Loh Mahfuz, aku memilih dan menjadi anak yg patuh sekali lagi untuk berada di Maktab Perguruan Tg Ampuan Afzan, Kuantan. Aruah mak sebenarnya happy sgt sbb tiap minggu boleh jumpa anak sulongnya ini. Abah apatah lagi sbb tercapai hajat agar anaknya menjadi seorang guru.

Kini.....setelah 18 tahun, aku mula mengerti akan makna 'tugas guru tu penuh berkat' yg abah selalu titip dibibirnya. Walaupun aruah mak dah lama meninggalkan aku, abah tetap setia dan tak pernah jemu mendengar aku berceloteh ttg kerenah anak murid yg ku hadapi tiap hari. Abah tetap seronok dan penuh semangat menanya perkembangan aku di sekolah. Sesungguhnya abah la org yg ku tahu amat minat bidang perguruan ini. Hanya rezeki abah yg tak membolehkannya menjadi seorang guru dan pagi - pagi lg hari ini, abah menjadi orang pertama yg mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada ku.

Selamat Hari Guru rakan-rakan pendidik semua. Sesungguhnya besar ertinya kerjaya ini. Lalui nya dengan hati yg ikhlas dan penuh amanah. InsyaALLAH kehidupan akan sentiasa dalam redha dan rahmat ALLAH SWT. Remember this...what you give, you'll get back. Moga ALLAH sentiasa memberi kesihatan yg baik kepada ku agar terus memberi sinar dalam kehidupan keluarga dan anak-anak didik ku semua. Aminnn...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails