Adoiiii...sakit perut cirit birit ni dah lama amat tak jadi kat aku. Tapi hari ni kira dah masuk hari ketiga aku start cirit birit. Entah mana silapnya aku pun tak tau. Dah lah dari hari rabu yg sama aku kena demam menggigil-gigil sejuknya ditambah dengan sakit-sakit badan yg amat sangat. Tak tahan rasa badan, petang semalam masa Iyad g KAFA, aku pun rempit sekejap g jumpa doctor. Bila disoal siasat, doctor klinik macam suspect aku kena denggi. Eeiii....takutnya. Dia pun suruh aku g buat blood test kat sepital. Apalagi, lepas maghrib jer, darling besar pun angkut aku g Kuantan Specialist untuk jumpa doc kat sana pulak. Tapi bila jumpa doc tu, dia suggest tak perlu buat blood test lagi sbb kalau betul denggi selalu nya dalam dua hari, belum nampak result yg betul. So she asked me to monitor myself. See if there is any rashes kat tgn n kaki or any parts of the body. Kalau tak pun if aku still demam, hari Sabtu ni (esok) aku kena la ke sepital tu semula utk buat pemeriksaan lanjut.
Apa pun, alhamdulillah....hari ni aku dah tak demam. Harap-harap terus sihat. Cuma masalah cirit birit ni jer yg masih tak stop lagi. Bila makan nasi yg agak keras, rs perut sakit sungguh. Rasanya dah 5 botol kecil 100 plus tu aku minum. Pagi tadi lepas breakfast, aku makan juga satu sachet pil chi ket tic aun. Tapi setakat ni, x de lagi menunjukkan tanda cirit ni akan berhenti. Camane yek? Kena g klinik lagi sekali ke? Aduiii......
No comments:
Post a Comment