Tuesday, October 5, 2010

Labu Air Tumis Ikan Bilis Berlada Hitam

Lama dah tak masukkan entri masak-masak ni. Semalam aku masak gulai ikan kelantan . ( Thank u pada penyumbang resepi yg aku ambik dr my resepi.) Pas tu aku tumis pulak labu air dgn lada hitam n ikan bilis. Masyuk ooo. Resepinya mudah. Setau aku la, masak labu air ni resepi tradisional org Terengganu. Sedap and paling penting mudah. Dua darlings suka tapi darling bulat tak suka. Wakaka....


Meh aku share resepi labu air tumis lada hitam nih. Diet sihat . Mesti kengkawan yg nak jaga body suka menu ni. So....layan.

Bahan-bahannya :

1 biji labu air yg comel lote
3 biji bwg merah,
1 ulas bwg putih,
2 sudu besar ikan bilis,
lada hitam sesedap rasa,
air ( utk kuah )
garam , gula n perasa.

Cara-caranya :
1. Kupas nipis kulit labu air dan belah dua. Kemudian potong kecil2.
2. Ketepikan dan rendam dalam air.
3. Tumbuk kasar bawang merag, bwg putih, ikan bilis n lada hitam.
4. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing dan isi air secukupnya.
5. Masukkan labu tadi beserta garam, gula dan perasa. Masak sehingga ia lembut, boleh la diangkat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails