Tuesday, February 23, 2010

Udang Masak Lemak Berserai


Udang lagi...emm nak kata apa. Dah jadi tangkapan feveret si nelayan kat kg ni. Ha2. Semua senyum lebar bila buka tudung saji dan tgk lauk nih. Kecuali my darling Iyad. Nampaknya hari ni dia jer la yg tak kan ada lauk. Sebab ketiga tiga lauk memang x memihak padanya. Aku dan si darling besar beria nak suruh dia rasa kemanisan udang tu....tapi tak dilayannya. Dia sanggup makan kuah lemak ni berlauk kan temosa yg si darling besar beli di ofisnya tadi. Alahai kesian anak mummy. Hasha no problem bab udang. Bersinar mata tgk ada seafood kegemarannya terhidang atas meja bila dia balik sekolah. Masalahnya pulak, tak nak makan nasi. Ratah udang jer la berekor-ekor.

Senang dan cepat memasaknya. Oleh kerana dua darlings kecik tak makan pedas, so kuah lemak serai ni langsung aku tak letak cili. Tapi tentu bertambah enak jika ada gabungan rasa lemak dan pedas. Resepi turun temurun ni boleh dilihat di bawah.

Bahan-bahannya :

1/2 kilo udang.
1/2 kotak santan pekat
4 biji bwg merah
1 biji bwg putih
2 batang serai
kunyit hidup
garam dan sedikit serbuk perasa ( optional )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails