Friday, February 26, 2010

Ikan Bilis Masak Tempoyak

Salam Maulidur Rasul untuk semua....Selawat dan salam untuk Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga perjuangan Nabi Muhammad menjadi simbol semangat dalam memperkasakan diri menjadi umat yang lebih baik.

Sempena cuti hari ni, koi masok poyak ikan bilis. Sedap hingga menjilat jari. Kalo dah nama orang Pahang tu...apa ajer masakan dari negeri Pahang ni kena aje la weii dgn lidah kawan. Senang amat  tau nak masak lauk ni.

Teringat masa zaman kat maktab dulu, aku punya roomate orang Kuala Lipis. So everytime dia balik dari kampung, dia mesti bwk balik lauk nih sebagai bekal. Masa tu makan berdikit-dikit sebab sayang. Takut cepat abis. Kitorang tibai jer dgn roti ker, nasi ker ...boleh belaka masa tu.

Sekarang dah jadi mak orang ni, ikut hati sendiri la bila nak masak lauk ni. Apa pun meh layan resepi kat bawah. ...

Bahan-bahannya :

2 genggam ikan bilis belah belakang. - dibersih dan digoreng jgn garing.
4 sudu besar tempoyak
5 bj cili api           }
1 inci kunyit hidup } ditumbuk lumat bersama.
1/2 labu bawang besar - di hiris kasar.
daun kunyit - dicarik-carik. ( jika ada.tp hari ni aku tak jumpa daun kunyit kat kedai.)

Cara-caranya:

1. Tumis cili dan kunyit yg ditumbuk halus tadi.
2. Masukkan sedikit air bersama garam , gula dan sedikit serbuk perasa.
3. Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar tadi.
4. Jika ada daun kunyit, boleh masukkan ketika ini.
5. Setelah mendidih, boleh rasa dan tutup api.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails