Sunday, January 10, 2010

Mee Bandung



Tengahari td, aku tak masak. Kitorg g exercise kaki kat Kuantan Parade. So, lunch pun kat situ ler. Balik dari berjalan baru bukak kantin. Dah lama gak tak pekena mee bandung rasanya. Untuk makan petang merangkap makan malam, ni jer la yg aku hidangkan. Hasha dgn aku beres. Mee memang feveret kitorg tp Iyad pulak, mee2 ni kureng sikit. For darling besar, anything I cooked sumenya sedap belaka. he2..I luv u la darling. Nmpaknya, malam nanti kalu Iyad tak nak mee ni, terpaksa la aku cari alternative lain untuk isi perut dia yg bulat tu. Bagi yg teruja n nak try mee bandung ni, boleh cuba resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning.
1 paket perencah mee bandung Adami
7 ulas bwg merah - dihiris
7 cawan air
7 ekor udang hidup sederhana besar
2 ekor sotong sederhana besar
3 batang sawi
2 biji buah tomato
3 keping tauhu - digoreng
bawang goreng

Cara-caranya:

1. Tumis bwg merah yg dihiris halus hingga kekuningan.
2. Masukkan air dan perencah kuah mee bandung Adami td. Biarkan menggelegak.
3. Masukkan sotong dan udang hidup. Tutup api.

4.Apabila sedia untuk dimakan, ambil 3 senduk kuah dan panaskan dalam kuali yg berasingan.
5. Masukkan mee, sawi dan tomato yg dipotong baji.
6. Pecahkan sebiji telur. Angkat dan hias bersama bawang goreng.

* cara ini akan membuat mee bandung menjadi lebih enak kerana sentiasa boleh dihidang panas dan telur akan dipecah satu persatu. Tidak bersekali di dalam satu periuk besar. Tapi...kena lah rajin sikit. Kalau malas, boleh saja pecahkan telur td satu persatu ke dalam satu periuk yg sama bersama sawi dan tomato.
Selamat menjamu selera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails