Sunday, February 27, 2011

Mee Stimbot

Menu minum petang merangkap malam. He3. Biasa lah, org yg menguruskan kantin rumah ni bukannya rajin mana pun. Selalu buat kerja dua dalam satu. Aku beli bahan-bahan stimbot ni dari seorang pakcik yg berniaga kat pasar tani mini di Sg Isap 2. Dia buat sendiri bahan2 ni. Memang lain dari yg biasa. Bukan lain mcm mana tapi lebih lembut dan manis. Lebih segar dari kebiasaan yg kitorang makan. So lepas ni, boleh la jd pelanggan pakcik ni.

Aku bagi nama mee stimbot sbb selain dari letak all the various type of balls, aku celur kan mee kuning untuk memantop kan lagi perut my three darlings. Paling wallah dalam menu kali ni ialah sup nya dan sambal cilinya. Sepuluh markah utk Puan Harlina. Keh3.. Nak try buat sendiri ? Tengok resepi dulu ya.

Bahan-bahan sup :

1. 5 ulas bawang putih -dicincang halus.
2. 1 kiub ayam
3. Air - 5 cawan
4. Garam, gula, serbuk lada sulah.

Cara-caranya :
1. Tumis bwg putih, dan masukkan kiub ayam. Biar sama-sama garing.
2. Masukkan air, biar menggelegak.
3. Masukkan bahan-bahan perasa.
4. Setelah merenih untuk beberapa waktu, boleh masukkan bahan-bahan fishball dan lain2 pilihan hati.
5. Apabila sudah sedia untuk ditutup api, masukkan dua biji telur ayam yg sudah dibasuh bersih. (jgn     pecahkan telur tersebut.)

Bahan-bahan sambal cili :

1. 3 biji cili merah.
2. 3 biji bawang putih.
3. 1/2 inci halia.
4. 2 sudu besar cili sos maggie.
5. 1 sudu bsr cuka.
6. 1 sudu bsr gula.
7. 1 sudu kecil garam.
8. Sedikit air.

Cara-caranya:
1. Blend semua bahan di atas hingga hancur.

For Men, Life Begin At Forty......

For me, I dont know about that but.....it was my birthday yesterday. And yes, I am already forty.

HAPPY BIRTHDAY TO ME.........


Alhamdulillah dengan rahmat ALLAH SWT, yang meminjamkan nyawa selama ini. Segala rencah yg menyeliputi kehidupan, membawa seribu warna dalam diri. Moga dengan limpah rahmat dan redha dari Nya, perjalanan ini akan menjadi lebih bermakna dan diberkati. Aminnnn....

Sunday, February 20, 2011

Bulan Mencabar Diri...



Cantik nya flat shoe kat atas... Tapi gaji bulan ni, akan cuba sedaya upaya utk tak membeli,  walau pun ada yg secantik di atas kat depan mata dan mampu utk dibeli. Kenapa yek ? He3...itu lah namanya bulan mencabar diri.

Mencabar diri utk jadi orang yg lebih berfikir dan bermuhasabah diri sebelum membeli sesuatu kehendak yang bukannya keperluan. ( ni kalau darling besar baca, mesti senyum sampai ke telinga. ) Mesti tak caya punya.

Sempena umur yg dipinjamkan ALLAH SWT ni akan menginjak ke angka 40, diri yg tak sempurna ini bertekad untuk cuba lebih bersederhana dalam urusan membeli belah buat diri sendiri. Boleh ke? Tak tau lah...

Saturday, February 19, 2011

Something For You...

 

                                        Underneath the moon,
Underneath the star,
Here's a little heart for you....

Up above the world,
Up above it all,
Here's a hand to hold on to

But if I should break,
If I should fall away.....
What am I to do ?
I need someone to take,
A little off the weight
Or I'll fall through.....

You're just the one
That I have been waiting for,
I'll give you all 
That I have to give and more
But dont let me fall.....

Take a little time,
Walk a little line,
Get the balance right......
Give a little love,
Gimme just enough
So that I can hang on tight...

We will be all right,
I'll be by your side,
I won't let you down,
But I gotta know,
No matter how things go...
That you will be around.

Friday, February 18, 2011

Maulidur Rasul Di Sekolah

Assalammualaikum.....setelah seharian berehat di rumah sbb bercuti sakit semalam, pagi ni aku bangun dengan penuh ceria dan semangat sebab kat sekolah ada sambutan Maulidur Rasul. Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian kebangsaan. So, I can see colourful of baju Melayu and baju kurung worn by the pupils around the school. Some of them wore beautiful jubah. Including Hasha. She wore it for the first time. The idea was given from her lovely aunt Miza. Darling besar teruja sangat la tengok anak daranya melaram dengan jubah yg more to long dress tu. (siap suruh beli kain dan htr jahit yg lain pulak. he3). Meh tengok wajah-wajah riang ramai orang.

                                                 manis anak dara abah.


                                me, while listening to a ceramah in the sch hall.

                                            two of my best buddies.

                              pasukan kompang sekolah.

                              berselawat sebelum berarak di kawasan dataran.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Aktiviti kami pagi ni bermula dengan menghantar Iyad ke KAFA dia untuk sambutan Maulidur Rasul.

          Pagi ni bersemangat dia bangun. Dari malam tadi, berkali2 pesan, jgn hantar dia lewat. Majlis mula pukul 7.30 pagi.

   Selepas berarak keliling kwsn sekitar Sg Isap Damai tu, jamuan ringan diadakan. Tak dapat nak ambil gambar masa berarak sbb mummy nya pun berarak jg tp di kwsn perumahan. So pagi tadi lepas letak Iyad, terus balik semula ke rumah.

              Iyad dan kawan dia, Jibril. ( fuhh...nama.) Kami sempat datang semula masa diorang tengah berjamuan. Menu utama, mi hoon soto. Kuih muih dibawa oleh para pelajar.

Ni gambar-gambar di majlis sambutan Maulidur Rasul di kwsn perumahan kitorg. Meriah! Perarakan disertai oleh anak-anak dari tadika Islam, Pasti dan Kafa di sekitar perumahan. Ibu bapa diorang pun ramai.

                   Me and ustazah Norul. Sambil berselawat, sambil  bergambar. He3.

   Hasha pun bersemangat and sporting jgk pagi ni. Cuaca yg baik untuk upacara yg baik.


Lepas siap berarak dan berselawat, kami menjemput Iyad then bawa Hasha g breakfast kat Jungle Food Court sambil nak jumpa Linda, jiran lama. Melepas rindu. He3.


Penuh aktiviti sebelah pagi until tengahari. Jumpa nanti.

Sunday, February 13, 2011

Cucur Kembong Ikan Bilis

Lepas penat mengayuh basikal, kitorang makan cucur ikan bilis ni sbg menu utk minum lewat petang sekaligus dengan makan malam. Nasib baik darling2 semua jenis tak cerewet. Boleh je jadi kan ini sbg menu dua dalam satu. Garing di luar dan lembut sangat di dalam. Meh tengok resepi dia.

Bhan-bahannya :

1/2 kilo tepung gandum
1 genggam ikan bilis - basuh dan bersihkan
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu besar susu tepung
1/2 paket mauripan
garam dan sedikit gula sebagai penyedap rasa.
air secukupnya

Cara-cara :
1. blend ikan bilis, bawang dan cili merah bersama sedikit air.
2. tuang bahan2 blend ke dalam tepung yg diisi susu tepung. kacau sebati.
3. masukkan setengah paket mauripan td yg telah dibancuh dengan sedikit air sejuk.
4. gaul lagi. sebatikan dengan garam dan sedikit gula.
5. perap lebih kurang setengah jam.
6. goreng dengan minyak terendam. setelah kuning keemasan, baru diangkat.
7. tos kan sebelum di hidang.

Jom Ikut Kayuh Basikal

Hari ni hari kedua aktiviti berbasikal sekeluarga. Best sangat sebab lama dah tak guna skill mengayuh ni. Semalam, lepas pusing satu kwsan Indera Sempurna, dalam 5 minit lagi nak sampai rumah, aku berketuntang jatuh tepi jalan. Adoiii...sakit . Dapat lebam and bengkak kat tepi lutut kiri. Percuma bruises tepi pipi kanan. He3...padan lah muka. Sebelum tu membebel kat Iyad sbb clumsy sampai terjatuh on de way kayuhan kitorang tu.


Petang ni, tanpa ras serik, cuba lagi. Jom ikut sama.

                                Baru nak mula.

                      Dah sampai depan rumah semula, after the rounds.

           Me and darling besar. Duk bergossip berdua sambil lepas kan penat.

Saturday, February 12, 2011

Dinner At Jungle Food Court, Indera Mahkota.

Untuk dinner malam ni, rezeki kami di Jungle Food Court, Ind Mahkota. Tempat makan baru ni besar betul. Patut la tag line nya pun...'The biggest food court in town". Di bahagikan kepada dua bahaagian. One section is for Malay and western food, another one is for Chinese food. Buat masa ni, chinese section masih belum dibuka. Hanya bahgian makanan Melayu yg merangkumi Thai food, stimbot, western and grill yg rancak beroperasi.

Tadi for starter, kami makan stimbot yg enak. Lepas tu, semua darling makan chicken chop and mix grill yg marvelous. Me, I love the noodle soup ! Ada ketulan daging yg lembut dan tetel yg enak bangat. Cili kicap nya pedas berdesing.

Harga chicken chop : RM 9.60
           mix grill         : RM16.00
           stimbot (9 c ): RM 4.50
           noodle soup  : RM 4.50

Kalau ada yg teringin nak cuba tempat baru, boleh la datang jenguk kat sini.

Semangat Nak Bersukan Konon.....

Sekarang ni, penyakit senang sangat nak dapat. Apatah lg dengan cara hidup dan jenis makanan orang zaman skrg. So kalau tak eksesais, suspen gak nak bayang kan berapa byk lemak and cholestrol yg berkumpul kat dalam badan nih.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yg menyahut seruan kerajaan, ceewah.... kitorg pun cuba -cuba lah nak berbasikal petang2 hari waktu hujung minggu. Jom kita cari basikal dulu.

                                   
 deretan basikal kat kedai Mun Loong di Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Jauh murah dr kedai J** kat Jln Besar.


   kusyuk nya dua beranak ni memilih......Hasha tukang teman je.

                          Hasha tolong pilih kan untuk abah ya.

Dah jumpa... yeahh. Tapi yang ni sesuai utk Hasha lah. Mana boleh abah naik. He3.

Wednesday, February 9, 2011

Sabar lah Sang Hati...

Panas rasa jiwa bila teman and semak kerja sekolah anak-anak tiap malam. Orang lain aku tak tau la camane, tp aku geram je rasa. Apa taknya, si mummy nya ni kat sekolah bukan main particular lg bab-bab tulisan anak murid a.k.a anak orang kat sekolah tu. Tup-tup anak sendiri , ( si Iyad ler ) tulisan macam apa. Yang aku geram, bila kita duk depan dia, bising-bising, boleh pulak tulisan jadi cantik sebijik-sebijik. Panas hati di buatnya. Sib baik yg perempuan kecik tak macam tu. Sejuk la semula.


                Hasha and her kinder's homework. Aiyaa...so, so, many ma....

          Bila tulisan huduh...kena la buat semula. Mesti bengang kan. Jadi tulis lah cantik cantik.

Me, The Purplelish Lady.

Hari ni, pergi sekolah dengan satu theme wrna. Selalu ada campur-campur kaler. Macam meriah kat badan. Tapi yang pasti not like the christmas tree la, for sure. Itu pantang besar. He3. Cuma hari ni ada ubah sikit, from head to kain, I wore purple kaler. Ramai pulak yang berkenan dengan skema warna hari ni. So...teringin la nak simpan entry wat cucian mata diri sendiri. Wakaka....

                             sempat gak posing kat tepi rumah.

                           sementara nak balik tadi. layan je lah.
 

Saturday, February 5, 2011

Majlis Kahwin Di Sg Besar

Cuti-cuti ni, memang ramai yg buat majlis nikah kahwin. Kitorg sefamili pun dapat jemputan kahwin dari keluarga belah suami di Sg Besar. Dah lama tak ke sana. Rindu sangat dengan suasana kampung dan keindahan panorama rumah-rumah tradisional di situ. Sebelum berpindah tinggal di Kuantan ni, kedua mertua tinggal di Kampung Panchang Bedena, dalam kawasan Sg Besar tu lah. Waktu yang paling aku and darling besar seronok ialah masa nak raya. Meriah giler, tak terkata happening nya . Masa tu, dua darling keciks tak ada lagi. Kadang-kadang kesian pulak bila mikir kan yg darling kecik berdua tu tak dapat merasa keseronokan berkampung yg real kampung. Tak pe la kan. Tak de rezeki. Beraya di Kuantan pun best. As long as, the whole family is here.

So...tengahari tadi kitorg semua, termasuk la mak dan pak mertua pun berarak la beramai-ramai ke kg tercinta untuk ke majlis kahwin anak Kak Endut a.k.a sepupu si darling besar. Besar jugak jemputan nya. Sib baik kitorang sampai awal. Boleh duduk makan-makan dan bercerita dengan selesa. Paling best menu orang kawin belah Sg Besar ni ialah sambal goreng jawa. Meletops ! Selok la aku dengan si darling besar bila nmpak sambal goreng nih. Bukan selalu boleh makan. Nak buat sendiri, tak berapa rajin la . Jom tengok antara gambar-gambar  yg sempat di up load.


                  sambal goreng jawa. Nyum3....


                        cantik kan pelamin Cik Aisyah Zulkifli nih.


alahai perut anak - anak mummy.....( kenyang lepas makan lauk kenduri )


    Hasha is happy playing with her cousin's bicycle. Untuk keselamatan, dia kata "hasha kena pakai helmet"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails