Thursday, December 23, 2010

Ikan Bilis Goreng Dengan Halia

Satu lagi menu sampingan utk hari ini. Dapat idea mudah ni masa belek-belek buku Satu Hari Satu Resepi tulisan kak Hanieliza yg terfamous iteww. Tambahan pulak, darling besar memang sangat suka makan nasi panas-panas dengan ikan bilis goreng sama bawang hiris dan cili. Cuma kali ni yg bezanya hanya tambahkan hirisan halia sahaja dan digoreng la bersekali dengan hirisan bawang merah dan cili. Harum semerbak satu
rumah bila menggoreng menda alah ni. Kalau orang putih, dia akan letak kan dalam kategori appetizer. He3...manyak syiook ooo ini lauk.

Tauhu Goreng Sweet n Spicy



Lauk petang nih memang simple sangat. Di sebabkan Iyad so in luv eating his rice dengan lauk bersambal, so mostly one of my menu kena ada la sejenis yg spt di atas. Dia tak kisah kan isi nya. Tak kira la ayam ke, ikan ke, telur ke, sotong ke or hari ni tauhu, semua nya okey sbb apa yg penting kuah nya. Bukan isi nya. Iyad tak kan makan isi atau lauk nya kecuali ikan dan ayam. Mummy and abah la yg perabih kan semua tu.

Simple sangat sampai tak perlu la tulis resepinya sbb macam resepi ayam goreng sambal juga. Tak de bezanya. Cuma aku gantikan dengan tauhu. Tekak ni dah tak larat nak makan ayam. Huuuu.

Wednesday, December 22, 2010

The New Craziness In My Wardrobe

He3...kalau dulu, giler tdg Cik Ani, lepas tu Cik Aya....skrg kegilaan dah berpindah pada tudung Cik Jah la pulak. Nasib baik si darling besar tak kata apa. Dia dah faham sangat peel orang rumah dia ni. I luv u la Yang. Aku memang jatuh cinta dengan tdg Cik Jah ni . Kain dia diperbuat dari 100% silk cotton yg sejuk dan selesa bila disarungkan. Selain tdg Cik Jah yg aku suka ni, tdg Cik Ra pun menjadi dambaan kalbu ku jg sbb rupa bentuk dan kualiti nya hampir sama. So, kalau kat Cik Jah tak de warna yg aku nak, ke Cik Ra la aku mencarinya. Mesti jumpa warna yg diidamkan. Warna-warna tdg diorang ni memang wallah! fantastic! mister loba-loba sampai boleh menari samba.Paling penting, dalam kamus aku, tdg ni senang dipakai. Sarungkan aje. Then adjust bagi lawa. Penting tu. Ya laa...walaupun nak senang, kecantikan dan kekemasan jg menjadi ciri2 utama. Nanti aku nak masukkan gambar sebagai tanda kecintaan ku dengan warna-warnanya ya.

                                       inner kelabu and syria hitam.

                                      inner electric blue.

                                       inner guava pink with syria off white.


                         inner grey with syria in mustard color.

                        inner hot green and syria dark chocolate.

              inner pink guava with syria olive green. ( grrrr...sejuknya cuaca masa ni. hujan non stop ).

Ahaa....nanti sambung lg dengan other colours. I luv it.

Tuesday, December 21, 2010

Baru Ku Tahu.....

Rupa-rupanya, menjadi seorang ummi, ibu, emak, mama atau mummy, tidak hanya terhad kepada menjaga sakit pening atau menjaga keperluan fizikal dan mental anak-anak dan suami tercinta tetapi juga merangkumi hal-hal yg berkaitan dgn pembelajaran anak-anak.

Bagi aku yg mempunyai darling besar yg selalu sibuk, maka tugas-tugas pengajaran anak-anak adalah di bahu ku sementelah aku juga kebetulannya seorang guru. Tapi sesungguhnya, baru ku tahu....mengajar anak orang lain adalah jauh lebih mudah berbanding mengajar anak sendiri.

Dalam cuti ni Iyad kena selesaikan hafalan sifir 2 hingga sifir 12. Aduhhhh....baru ku tahu, rupanya masa cuti sekolah, payahnya dia nak menghafal apa-apa yg berkaitan pelajaran. Tak macam hari sekolah. Mudah je nak ikut kata kita. Cepat je boleh menghafal. Aduhai anak.......

Another Hari Jalan-Jalan

Today, my car went for it's usual service. So, x de kenderaan la nak keluar. Memula tu, cadang nak ke sekolah utk ambil parcel. Bila dah darling besar kata nak bwk kereta g servis, kita diam aje lah. Kebetulan my good fren, Zam ajak keluar. Dia pun nak ke sekolah jgk. She was very generous to fetch us and send us back. After went to school, kitorg sambung jalan2 ke East Coast Mall. Had a great lunch together.

Waiting for my food while looking at the passersby outside the Grand Canyon Restaurant.

 Zam is concentrating on what to oder. Good for you. Today you eat like me ( a lot ). He3....

 Always love to pose. Hobi yg menggembira dan menceriakan hati. As long as kita tak menyusahkan orang lain, it's okey, kan. ( in front of our homey library at school ).

Thursday, December 16, 2010

Sotong Goreng Berserai


Ni satu lagi lauk sampingan kitorg utk hari ni. Sedap tau. Aku dapat idea masa browse thru kat MyResepi. Cuma aku buat versi sendiri dengan menambah serai. Resepi yg aku tgk tu, sotong goreng kunyit. Rasanya mcm boring sebab dah selalu. Tapi kali ni aku try dengan bubuh serai, letak tomato and tumbuk cili api. Hasilnya....sgt memberangsangkan. Darling besar kata, boleh buat lagi lain kali. Cuma pengritik tetap aku tu, komplen sebab kali ni sotong dia terliat. Nape pulak ekk..Selalu ok je bila goreng biasa. Tak pe lah, next time cuba lagi. Kalau nak try dekat ur kitchen, boleh cuba resepi kat bawah ni.


Bahan-bahan :

1. Sotong sederhana besar 3 ekor.
2. 3 biji bawang merah.
3. 2 ulas bawang putih.
4. 5 biji cili api.
5. 1/2 inci halia.
6. 2 batang serai.
7. 1 biji tomato.
8. Sedikit serbuk kunyit.
9. Garam, gula dan serbuk perasa.

Cara-caranya:
1. Tumbuk bahan-bahan no 2, 3, 4 dan 5.
2. Ketuk serai.
3. Tumis bahan-bahan tumbuk bersama serai hingga garing dan naik bau.
4. Masukan sotong. Kacau goreng dengan api yg agak besar dan masukkan semua serbuk perasa, garam dan secubit gula.
Masukkan sedikit air jika nampak terlalu kering, ttpi air sotong selalunya akan ada dan menjadi kuah.
5. Masukkan juga tomato yg dipotong baji. Kacau goreng lagi dan tutup api apabila sotong sudah masak.

Masak Lemak Fucuk dan Suun.






This is one of our dish for today. Lauk ni , lauk peberet kami sekeluarga. Sebenarnya ni jugak lauk turun temurun keluarga mak mertua aku. He3. Kalau masak lauk ni, selalunya pasangan dia mesti ikan goreng sambal atau udang sambal tumis. Memang mengancam habis gandingan diorg berdua. Hari ni aku tak ada udang, so, aku buat ikan goreng cili. Iyad menambah dua kali. itu pun bila dah selesai makan, siap cakap kat aku, jap lagi Iyad nak makan lg tau. He3. Nak masak dia , mudah aje.

Bahan-bahan:
1. Fucuk dan suun dipotong kecil dan direndam supaya lembut.
2. 1 kotak kecil santan M&S.
3. 3 ulas bwg putih.- diketuk
4. 1/2 labu bwg besar - dihiris. 
5. 1 biji cili merah.- dihiris.
6. sedikit ikan bilis - dibersihkan ( optional)
7. garam , gula dan serbuk perasa.

Cara-caranya :
1. Masukkan santan kotak bersama 2 cawan air dan fucuk beserta suun.
2. Masukkan juga bwg putih dan bwg besar bersama ikan bilis.
3. Kacau gaul sentiasa agar santan elok sekata .
4. Perisakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa apabila santan sudah mendidih. Kacau lagi dan     
     boleh la diangkat.

Tuesday, December 14, 2010

Singgang Ikan Tenggiri

Mesti org kata..." laaa, singgang pun nak masuk kat dalam blog, apa kelas." Tapi pada aku yg tersangat lah amatur bab-bab hal masakan nih, nak masak singgang yg sedap pun mesti kena dengan cara dan resepinya. So, supaya tuan punya blog sendiri tak lupa, aku akan masukkan la pencapaian aku memasak singgang yg sedap dan memuaskan lidah ku ini dengan meletak resepinya di sini.

Selama ni, kengkawan kat sekolah selalu gelakkan aku, sebab selalu tnya mcmna nak buat singgang. Ya lah, ini kan lauk kebangsaan org-org belah pantai timur ni. Tapi di sebabkan darling besar bukan org sini, singgang ni bukan lah makanan dia. Selalunya aku beli dengan makcik kat kantin or satu dua kedai yg aku biasa. Diorg masak, perghhh..memang menawan kalbu. Masalahnya, bila aku buat sendiri kat rumah, tak jadi pulak rasa  mcm tu. Dah byk version aku godam, tp masih fail. Selalunya lebih masam la. Tapi......kali ni aku nak share dengan korang resepi singgang yg tersenang dalam dunia dan rasanya, wallah !


Bahan-bahan :
1. 1 keping ikan tenggiri.
2. 1 inci lengkuas. - dihiris nipis
3. 1/2 inci kunyit. - dihiris nipis
4. 3 ulas bwg putih.- dihiris nipis
5. 3 keping asam
6. 1 sudu kecil budu
7.  garam, sedikit aji
8  air secukup suka.
9. 2-3 biji cili api kampung.
10. Bendi ( optional )

Cara-caranya:
1 . Rebus semua bahan-bahan di atas sehingga mendidih. Adjust la rasa dalam pada tu. Tutup api dan boleh
     dihidangkan.

Monday, December 13, 2010

A Short Trip At Suria Beach Resort Cherating

Semalam, kitorg ada jemputan kahwin di Kemaman. So, hari Sabtu kelmarin, lepas aku jadi penanggah kat rumah one of my good friend, Farihin, kitorg pun pack barang and straight ke Cherating. For those yg tak familiar, Cherating and Kemaman is only around ten minutes drive. Sambil menyelam, minum air. Sambil ada jemputan kawin, kitorg ambik la kesempatan cuti-cuti Malaysia. Bawa anak-anak mandi kolam. Memang itu lah kegemaran anak-anak sebetulnya. Diorang, kalau dah jumpa pool, dah masuk dalam kolam, haiii... payah la nak keluar. Lepas, mandi-manda, all of us have a peak kat Mini Zoo di Kemaman tu. Mini zoo nya duk dalam daerah Mak Chili. Satu nama yang very the unique kan. Tak banyak lagi haiwan kat dalam nya. Tapi best sbb ada tram yg boleh dinaiki. Aku memang suka ler sgt naik tram sbb tak yah penat2 jalan kaki. Lenguh kaki wehhh...Jom tgk gambar-gambar yg aku berjaya snap.


   Bila la Iyad boleh dapat berenang sendiri nih?


Dapat kawan baru masa main-main dalam swimming pool. Sama-sama 7 tahun. Arash and his family are
from Puchong.

 Ada burung kakak tua yg comel jd penyambut tetamu kat mini zoo Kemaman ni.


Monyet comel ni macam ahli akrobatik yg mempamerkan kemahiran dia dalam acara berpalang.

   At the birds' cages.

      Me and darling besar.



Our two darlings kecik, in front of the beautiful gazebo.

Friday, December 10, 2010

Five Beautiful Years, Hasha With Taska MPK

Yesterday was the day that Hasha , my lil princess finished her nursery school with our Taska MPK. After five sweet years, know she has to move to other kinder to futher her kindergarden year. Thank you to all the teachers there.

Bermula dengan Iyad, kami suami isteri, mula menghantar mereka sejak masing -masing berusia dua bulan lagi. Kedua-duanya dijaga sempurna dengan penuh kasih sayang. Aku dan darling besar meletak kepercayaan seratus peratus atas jagan mereka. All the teachers at Taska MPK, did a marvelous job. Kami sangat terhutang budi. Hanya ALLAH sahaja yg dapat membalasnya.

So, smlm petang dalam pukul 2, diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan sekaligus Majlis Konvokesyen bagi pelajar berumur 5 tahun. Taska MPK hanya boleh didiami sehingga 5 tahun sahaja kerana status nursery yg mereka pegang.


Alhamdulillah, hasil tunjuk ajar para guru, Hasha berjaya mendapat tempat pertama bagi keseluruhan pelajar berumur 5 tahun yg berjumlah 20 orang. Dalam majlis tu, antara nya, dia kena present satu segment tentang cita-cita anak2 Malaysia. She wanted to be a pilot, so she has to present a short rhymes on that particular subject. Kelakar sangat tgk anak-anak taska ni perform. Ada macam2 gaya. Kelakar ya amat. Kitorg tak kering gusi dibuatnya. Here are some of the photos

.
Hadiah disampaikan oleh Datin Harlina, isteri kepada YH Datuk Zul ( YDP MPK )....kih3....sama pulak dengan nama I , you.

 Giliran Hasha present kan serangkap rhymes of her ambition of being a pilot



Kain songket nya lagi besar dr tuan punya badan. Kih3. Tapi....berjaya jg ditarikan.



Nyanyian beramai-ramai oleh semua guru dan pelajar. After this, masing2, mesti malu-malu dah nak berbual or bermain mcm ni, sbb dah makin besar dan jarang jumpa. Most of them dah bersama since they were 2 months of old. How time flies. I'm sure, Hasha will miss these moment , terribly. I will. But lives...go on.



       He3....as usuall la, mummy as the supporter.

Thursday, December 9, 2010

A Morning Visit From A Good Friend.

Pagi tadi, after breakfast around 10 plus, Zam and anak nya Zarra paid a visit to my humble teratak. Seronok bila our buddy datang rumah. Tapi lebih seronok kalau janji awal-awal, so boleh masak and makan sama-sama. We had our usuall chat while Iyad and Zarra having a good time playing together.

Zam , with her Ana Solehah blue blouse that matched her beautiful prinnted pashmina, with Zarra next to her.



He3...as usuall the host, talking and chatting happily. At this moment, discussing on what to sell and what to hold.


     Huuu...Zam is looking like an Arab model, sitting on my big, comfy, olive coloured 'grandfather chair'.

Nasi Goreng Kanak-kanak with Keropok Mony.

Petang semalam, lepas darling besar balik kerja, kitorg sefamili berangkat ke Indera Sempurna. ( he3..mcm indera kayangan pulak bunyinya.) Ada urusan sikit. Dah alang-alang ke situ, my sister yg tinggal kat area tu pesan suh bwk raket badminton sbb sepupu2 si darling keciks berdua ni nak main. Darling kecik berdua tuh kalau kata nak jumpa sepupu-sepupunya, memang melompat sakan ler sbb kat rumah kitorg skrg nih, kwsn utk main memang tak brp sesuai banding kat rumah my sister. Aku pun, dgn ringan tulangnya, memproses la nasi goreng, so lepas game badminton tu nanti depa semua buleh makan. ( and kebetulan, balen nasi putih banyak lg. Lauk nya dah abis. Itu yg sebenornya. He3. Tak baik biarkan nasi tuh. Ishh, ishh, ishh....biar kita goreng dia.)

Semalam aku baik ati. Tak masukkan sayur sikit abuk pun. Selalu, aku akan membebel abis2 suh diorg berdua makan sayur. Tapi  kali ni, mummy bagi can. Korang boleh makan tanpa perlu kuis-kuis sana sini, elak sayur. Huhh...nyampah. Bila la budak-budak ni nak sedar kepentingan makan sayur-sayuran. Nasi goreng ni memang kanak-kanak akan suka sbb hanya berencah telur and sosej. Nak bagi lebih vogue lagi, aku gorengkan keropok mony. Itu, memang favourite ahli rumah. ni. Nanti aku taipkan resepi dia ya.



Biasa ler, photographer tahap amatur yg tersangaaaat lah amatur, jadi, gini je lah gambar yg mampu diambiknya. Tak kisah la kan. Layan aje la.

 Bahan-bahan :

1. Nasi putih 6 cawan.
2. 2 sudu besar margerin planta dan 1 sudu besar minyak masak.
3. 1/2 labu bawang besar.
4. 3 ulas bawang putih.
5. 2 biji telur gred A.
6. 3 batang sosej ayam.
7. 1 kiub ayam maggie.
8. garam, gula dan lada hitam yg telah ditumbuk.

Cara-caranya :

1. Hiris halus bwg besar dan ketuk bwg putih.
2. Panaskan margerin planta bersama minyak masak, tumiskan bawang2 tadi.
3. Setelah bawang layu, masukkan sosej yg telah dipotong. Kacau goreng.
4. Pecah dan kocokkan telur di dalam mangkuk yg berasingan. Tuang ke dalam kuali bersama2 bhn td.
5. Kacau goreng semua dan masukkan nasi.
6. Perasakan dengan kiub ayam, garam dan sedikit gula serta serbuk lada hitam.

Monday, December 6, 2010

Kangkung Goreng Belacan

Bila dah makan ikan, kena la ada sayur. Gandingan kangkung goreng belacan and asam pedas ni , aku rasa memang ngam. Kalau tak silap aku la, diorang berdua ni dah lama di gu kan tiap kali aruah mak aku masak asam pedas.


Cara nak masak kangkung goreng ni pun, terrramat lah mudah. Tapi, untuk sape-sape yg terbuka blog aku ni and baru belajar masak, jangan la segan-segan untuk cuba. Gerenti jadi punya.

Bahan-bahan:
1.  1 ikat kangkung. ( di siang dan dibersihkan )
2.  1/2 labu bwg besar - dihiris.
3.  2 ulas bwg putih.- dihiris
4.  I/2 inci belacan
5.  1 btg cili merah - dihiris
6.  1 cwn air

Cara-caranya :
1. Tumis bwg besar, bwg putih dan cili merah yg telah dihiris.
2. Bila dah naik bau, masukkan sayur kangkung td.
3. Kacau gaul sebentar dan masukkan air.
4. Masukkan belacan, sedikit garam dan secubit gula buat menyeimbangkan rasa.
5. Kacau goreng lagi dan bila dah mendidih, tutup api.

Asam Pedas Ikan Pari

Di sebabkan hari ni dah tak g sekolah, maka boleh la entri masak-masak kembali mewarnai blog ni. Kalau idak, entri pasai aktiviti karut marut je lah yg memonopoli. Meh try asam pedas ikan pari ni.


Besor gedabak si Ah Fu tokeh ikan kat Indera Mahkota tu potong ikan pari ni. Aku nak potong kecik-kecik pulak takut hancur nanti dibuatnya. Tak pe lah, rupa tak berape nak lawo tapi rasa mabeles. He3...kalau aku tak kata gitu, sape lagi nak kata.

Bahan-bahan :
1. Ikan pari secukup nya.(adjust la ikut keperluan ahli rumah ya)
2. Cili mesin 3 sudu besar.
3. 5 biji bwg merah.
4. 3 ulas bwg putih.
5.1 inci halia.
6.1 inci belacan.
7.2 bj buah keras.
8.2 batang serai.
9.1/2 inci kunyit hidup.
10.1/2 cwn air asam jawa.
11.garam, gula n serbuk perasa.

Cara-caranya :
1. Blend dulu no 3 sampai 7. Masuk sekali no 9 (kunyit).
2. Tumis cili mesin bersama bhn-bhn yg telah diblend hingga garing..
3. Ketuk serai dan tumis lagi.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan isi air lebih kurang 1 cawan lagi.
5. Masukkan ikan bersama-sama garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kacau biar mendidih dan biar pekat. Boleh letak daun kesum jika suka. Bila dah pekat dan mendidih,    
    matikan api.

Malaysian Airport Project....The result for East Coast Region

Alhamdulillah......sesungguh nya aku bersyukur dgn limpah rahmat Mu Ya ALLAH. Penat lelah, kekalutan, debaran dan macam2 lg terubat dengan hadiah kemenangan yg diberikan. Wajah-wajah kepuasan dan kegembiraan mewarnai dua hari kami berkampung di sekolah tercinta dan hotel Grand Continental yang menjadi perkampungan Malaysia Airport Project.

Kebahagiaan dan kebanggaan seseorang guru itu akan jelas terbayang bila anak-anak didiknya berjaya dalam apa jua pertandingan yg mereka sertai. Kejayaan adalah milik semua warga Sekolah Kebangsaan Batu Tiga. Jom tgk wajah-wajah ceria mereka-mereka  yg sering bersama ku dalam dua minggu penuh ni.

 Nur Faiqah, has been selected as the winner in the essay writing comp aka the Golden Pen Award ( GPA ). She won rm700. Dinner the night before was at the grand con hotel.
 Me and the beyond border teachers.

 Ammar and Izzaz...Faiqah ada kat dewan .
Picture below ...the flower girl with two of my best friends. Ros was not around at that moment. She was busy preparing for our persembahan coral speaking bhs arab. Miza, Zam n Ros.....ur happy faces, ur strength and true-heartedness in our friendship means a lot to me. Anda yg memberi jiwa dalam kehidupan ku di sekolah. I truly love you my dear sisters.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails