Tuesday, September 28, 2010

I Love The Colour !

Darling besar was so generous to buy me this pair. Tq Yang! I fall in luv with it on the first sight. Ingat nak beli later2 tp alhamdulillah, ada rezeki dpt awal. Boleh la melaram masa outing dgn my students ke KL nanti. Our school ada anjurkan trip untuk our Year 6 students.



This pair is very comfortable but it's colour I luv the most. It will look stunning with my black levi's.
Hello beautiful, welcome to my wardrobe!

Saturday, September 25, 2010

UPSR Tiba Lagi......

Debaran, tekanan, sakit perut, sakit kepala and all the symptom of stressness were coming silih berganti. This year after bertungkus lumus with all the usuall classes n extra classes, Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi sesi 2010 tiba juga.

Ada rasa lega jugak sbb tak payah nak buat all those extra classes yg tak kira masa tu. Ada jgk yg lega sbb tak perlu nak bergaduh , berjerit perih dgn bebudak semata-mata nak suruh diorang siapkan latihan yg diberi. For me it's both, plus many more.

Apa pun, all the best wishes were giving especially for my students. I will always pray for u guys. Teacher sayang kamu !

 

Friday, September 10, 2010

Salam Syawal 2010

Sayu hati tiap kali mendengar takbir di malam raya. Sedar tak sedar, ramadhan berlalu jua. Moga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada ku dan keluarga. Syawal yg tiba disambut penuh keriangan. Alhamdulillah, tahun ini, Iyad mampu berpuasa penuh walaupun beberapa insiden berlaku dalam aktiviti harian nya. Paling kerap ialah insiden godaan makan oleh si Hasha yg selamba makan dan minum walaupun beberapa kali diingat agar hormat dan kesian kan si abang yg sedang berpuasa. Satu lagi insiden kurang enak ialah apabila dilanggar dari belakang oleh dua rakan yg sedang bermain kejar-kejar di sekolah. Kesian si darling tu. Luka mulut akibat tersembam di pasir. Gigi depan yg baru tumbuh bergoyang dibuatnya. Namun yg paling ku kagum, ialah tak sepatah pun kata yg keluar dari mulutnya meminta untuk berbuka. I'm proud of you darling!

Lebaran kali ini kami berhari raya di rumah kakak ipar ku di Raub. Seronok juga bertukar angin. Keseronokan nya bertambah kerana dapat berkumpul sesama ipar duai. Rumah teres kak Yati di Taman Perdana menjadi sesak dan riuh rendah dengan kehadiran kami 8 keluarga. Bila dah beramai-ramai ni, keadaan dah jadi macam di kem pelarian. Berebut tempat tidur, berebut bilik air dan jerit menjerit dah jadi perkara biasa. Tapi itu lah yg indahnya.

Apa-apa pun, aku berharap agar tahun hadapan kami akan dapat berkumpul lagi di Syawal yg mulia dalam keadaan yg sihat walafiat dan penuh rahmat.


                                         
                 Keluarga besar Encik Abdul Razak dan Puan Naesah
                                                                      ( my in laws )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails