Tuesday, April 13, 2010

Peribahasa Turki...

" Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh "

Rasanya aku sangat setuju dengan peribahasa pak arab di atas. Ya lah, dalam ayat yg mudah, orang yg tak pernah susah, takkan tahu menghargai kesenangan.  Aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Kalau nak dapat dibelikan satu-satu mainan, boleh kira bilangan nya dalam setahun. Jarang-jarang baru aruah mak belikan. dan aku waktu itu rasanya tak banyak membantah walaupun air mata yg lebih banyak keluar bersama sebak di dada. Tanpa rungutan dan bantahan menerima seadanya jawapan aruah mak. Bila dah dapat pulak, menjaganya bagai menatang minyak yg penuh. Setiap mainan yg dibeli akan dijaga dengan baik dan sesudah main akan disimpan dengan cermat. Itu dulu...

Sekarang zamah dah berubah. Walau aku tetap macam yg dulu , aku terasa sungguh perbezaan sikap anak-anak dengan sikap ku sewaktu seumur dengan mereka. Mainan yg dibeli mudah saja dilempar ke sana ke mari. Beli hari ini, esok belum tentu nak dibeleknya lagi. Aku sedar, rezeki yg ada adalah rezeki mereka juga namun kemampuan ku berbelanja untuk mereka nampak gayanya jarang dihargai.
Aku kah yg bersalah.....?

Thursday, April 1, 2010

Deep Fry Mi Sua


Jemput makan semua....petang ni, aku buatkan deep fry mi sua sebagai santapan petang hari kami. Best cicah dengan cili sos. Tiap kali masak ni aku akan teringat kat mak saudara ku yg lama tak bersua muka. Aku panggil dia cik eda. Aruah mak belajar dengan dia masak mi sua ni dulu. Pas tu skrg turun jadi resepi aku la pulak. Tak sangka kalu nengokkan mi nya boleh diolah jadi sebegini rupa tapi ialah bak kata Cik Mat Gebu, segala bahan masakan boleh diubah jadi pelbagai resepi. Kalau rajin, jom la tengok resepinya kat bawah ni.

Bahan-bahan:

2 bungkus mi sua. ( ada contoh plastiknya aku letakkan kat bwh ni )
3 biji bawang merah
2 ulas bwh putih.
12 ekor udang hidup
1 tangkai daun sup
4 cawan air.

Cara-caranya:
1. Rebus air bersama  bawang2 yg telah dihiris terlebih dulu.
2. Masukkan udang hidup.
3. Masukkan mi sua kering tadi. ( basuh sekali air lalu sahaja. Jgn lebih, nanti hilang masinnya)
4. Kacau gaul dan biar ia serata dengan semua bahan dan mengembang. ( x perlu letak garam )
5. Masukkan hirisan daun sup dan kacau lagi. Tutup api.
6. Tuang kan ke dalam loyang . Tekan biar dia betul2 padat.
7. Setelah sejuk, potong ia ikut bentuk yg disukai.

Untuk menggoreng:
1. Pukul 3 biji telur bersama sedikit susu segar ( optional. x de susu pun ok )
2. Masukkan ketulan mi sua yg telah dipotong2 td ke dalam bancuhan telur. Gaul rata.
3. Goreng ia secara terendam dalam minyak yg panas supaya tak menyerap banyak minyak.
4. Angkat dan toskan.
5. Hidangkan bersama sos cili.

Apakah Erti Sebuah Perkahwinan...

Perkahwinan itu bukan perlawanan bola sepak. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, terus disepak sekuat hati sejauh mungkin. Sebaliknya perkahwinan itu biarlah seperti permainan ragbi. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, dipeluk digenggam dan tidak dilepaskan sama sekali”

petikan dari kata-kata Ustaz Abu Saif melalui blognya Saifulislam.Com....

Tertarik untuk jadikan ia ingatan jangka panjang, aku mohon halal untuk ia ku letakkan pula di sini. Moga bait-bait tulisan Ustaz mampu menjadi panduan dalam kehidupan rumahtangga ku.
Satu kebenaran yg tak sukar disanggah.  Aku pun tak tau kenapa alam perkahwinan zaman ini begitu mudah diusahakan dan begitu mudah pula untuk ia berakhir. Sesungguhnya benar  kata orang tua-tua dahulu, kalau mudah kita mendapatkan sesuatu benda , maka mudah pula la untuk kita membuangnya. Mungkin kurangnya rasa menghargai. Tak tau lah...tepuk dada tanya hati. Yang pasti, hanya iman yg teguh ditambah rasa ihsan akan menjadikan seseorang lebih kamil lagi dalam menyayangi pasangan dan anak-anaknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails