Tuesday, March 30, 2010

Kek Coklat Kukus Bermangga


Meh la tengok kek si amatur ni. Hadiah hari jadi untuk adik tersayang yg lahir pada 26 Mac yg baru lepas. Anak perempuan dia pulak hari lahir dia jatuh smlm nya, 25 hb Mac. Aku tak beli kan hadiah apa2 pun cuma sempat menggodek kek ni jer sebiji and hantar ke rumah dia petang sabtu tu. Heh3...ni kira entry dah basi la jg sebab baru dapat postkan.

Resepi asal aku ambil dari myresepi cuma aku ngada-ngada letak mangga. Kebetulan si darling besar bawak balik mangga yg mengkal dan masak ranum dari Karnival Balok. Sedap betul mangga yg orang tu jual. Aku sbnrnya tak reti nak hias kek harijadi ni. Aku hentam jer apa yg ada. Hasha beria-ia nak suruh letak strawberry atas kek tp malas nak keluar mencari so, aku hias la jgk dengan hirisan mangga n cakap kat dia mummy buat kek bunga matahari. Sib baik idea diterima. Dalam kek ada manggo chunks jg. Tq pada si pemberi resepi. Mintak halal di copy paste kan di sini ya...

Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur 
  • 1 biji mangga masak - di potong kiub dalam saiz sederhana

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati. Masukkan ketulan2  mangga yg telah digaul dgn sedikit tepung.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

Monday, March 29, 2010

Lempeng Pisang


Salam petang Isnin...apa khabar semua? Petang td sebelum darling besar sampai rumah, sempat jgk aku melempeng sekali lagi. Petang semalam dah buat tapi sikit jer sbb ada hal. Aku buat saiz besar, cukup2 empat keping. Tapi rasa macam tak puas la pulak. Makan panas-panas, aduh......sodap wa cakap lu.

Jadi, bila nengok kan pisang tu ada lagi belennya, aku pun bancuh la seround lagi. Syok tau makan panas-panas sambil minum kopi o secawan. Terima Kasih pada k.Nor atas ihsan resepi yg enak ni. Versi asalnya k.nor ambil dari Hajar. Sy panjangkan pulak ke sini.  TQ kak.

Bahan-bahan:

3 sudu besar butter ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/3 cawan tepung naik sendiri ( aku pakai tepung gandum jer, n jd kn 2 cwn)
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil gula castor ( 2 sudu bsr gula kasar )
1 cawan susu segar

1 bj pisang ~ yg dah masak ranum ( aku lecekkan 5 bj )
1 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam



Cara-caranya:



Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

Wednesday, March 24, 2010

Ketam Masak Lemak.


Salam petang Rabu untuk semua. Hari ni kami makan ketam....lama dah rasa nk makan masak lemak ketam sebenarnya. Petang ni baru tertunai hajat. Masalah kekurangan bekalan ikan kat kedai tempat aku biasa membeli masih macam beberapa minggu yg lps. Tak de perubahan pun. Tu yg buat tak berapa semangat nak membeli ikan. Tengok pulak ketam , macam not bad. Sotong pun banyak jg. Jenis sotong jarum nmpak segar-segar. Esok, lusa pulak kot kita masak dia. At the moment,  jom layan dulu lauk best ni.

Monday, March 22, 2010

Baked Macarroni With Cheese Slices


Jeng..je..jeng....hi guys. This evening all of us were having baked macaroni. No rice ! hah...memula Iyad didn't say anything. He just mumbling "sedap la mummy.....betul la sedap". Si darling besar tak toleh kiri kanan dah. Memang his faveret. Aku memang suka baked macaroni ni. Cukup jer pada kitorang berdua. Tak payah makan nasi. Tapi baru sekejap ni...dua darlings kecik dah merengek mintak nasi. Aduhai.....payah main dengan selera si anak. Tak apa lah, darling besar akan setle kan masalah tu. He3.

For ur informations, this receipe was first tasted by my hubby when he was attending a meeting at his office. Balik2 je dari mesyuarat tu sibuk dia bagitau dia makan baked macaroni yg best. Kalau la dapat resepi dia kan syok.Boleh buat sendiri. And...the gud thing is...the caterer who served the food that nite is our friend. So...aku dengan muka tak malu pun bertanya la pd tuan punya resepi ni apa bahan2 n macamana cara nak membuatnya. Senang jer rupanya ....cuma bahan-bahan dia la yg agak banyak n a bit costly. Tapi, sekali sekala untuk keluarga tercinta, apa salahnya kan....

Just came out from the oven...

If u guys out there are interested with the receipe, lets stroll down here....

Bahan-bahannya:

3 genggam makaroni - direbus dengan air mendidih yg diisi sedikit minyak sayuran.
3 sudu besar cili mesin
1/2 labu bwg besar dipotong dadu
2 ulas bwg putih di potong halus
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
1/2 labu capsicum hijau dipotong dadu
1/2 labu capsicum merah dipotong dadu
1 bungkus daging kisar
4 biji telur
12 keping cheese
garam dan sedikit serbuk lada hitam ( optional )
kiub nenas secukupnya.

Cara-caranya :

1. Tumis cili mesin hingga garing.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar bersama daging kisar.
3. Biar sehingga air daging yg keluar td kering dan naik minyak.
4. Masukkan cili sos dan tomato sos.
5. Masukkan pula capsicum 2 yg tlh didadu bersama makaroni yg telah direbus td.
6. Perisakan dgn garam dan sedikit lada hitam jika suka.
7. Akhir sekali, masukkan kiub nanas dan kacau gaul dengan rata.

Cara menyusun:

1. Ambil loyang berukuran 9" x 9" lebih kurang dan sapukan dengan butter.
2. Alas dengan 4 kepingan cheese.
3. Sendukkan di atasnya dengan 1/3 bahagian  makaroni yg telah digoreng td.
4. Selang selikan dengan lapisan cheese.
5. Setelah siap, pukul telur dan tuangkan ia ke atas kesemua lapisan makaroni sebelum diakhiri dgn lapisan
    cheese semula.
6. Bakar pada suhu 160 drjh celcius selama 30 min.
7. Keluarkan dan boleh la dipotong.

Keadaan lapisan paling atas selepas dituangkan bancuhan telur dan di akhiri dgn lapisan cheese.

Honey Chicken With Dark Black Pepper Sauce


Assalammualaikum...dah jadi macam biskut la pulak aku ni. Kejap ada, kejap hilang. Banyak keje la nak buat tu yang jadi aktiviti berblogging ni tersangkut-sangkut . Sebenarnya aku sendiri pun boring bila bukak blog asyik nampak gambar yg sama je. Walaupun sbnrnya tiap kali lps masak, beria amik gambar. Kekonon untuk jd entry hari tu, tapi....tak masukkan jg. terperap la gambar2 tu dalam komputer. Yang ni menu makan tengahari semalam. Adik n anak-anaknya datang makan tengahari kat rumah. Meriah la smlam. Dua darlings kecik pun seronok bukan main la bila sepupu2nya datang. Aku masakkan lauk ni, tomyam seafood n telur dadar jer. Tapi ayam ni la yang paling laku. Jom tengok resepi dia. Senang. Main goreng2 je belaka.

Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam. dipotong sedrhana dan dibasuh bersih.
1 bj telur,
garam,
serbuk lada hitam secukup rasa,
serbuk cili,
satu sudu besar madu,
tepung gandum.

* semua bahan-bahan di atas digaul sebati dan diperap lebih kurang 15 min.

* setelah itu, boleh la digoreng secara deep fry. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Bahan sos:

1 batang cili merah  - dihiris serong.
1 biji capsicum hijau -  dihiris nipis. ( smlm, aku tak letak sbb tak de dalam peti ais )
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya :
1 Tumis semua bahan hiris sehingga naik bau.
2.Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam.
3.Gaul sebati. Perisakan dengan garam dan gula.
4.Masukkan ayam yg telah siap digoreng tadi. Kacau balikkan sehingga semua sos bersalut dengan ayam.
5.Angkat dan boleh la dihidangkan.

Friday, March 19, 2010

Ke Arah Yg Lebih Baik.....

'Hidup untuk memberi...' quotation yg ku ambil dari tulisan ustaz Abu Saif melalui laman blognya Saifulislam.com.
Membaca tulisan-tulisan beliau, aku jadi terpana dengan kekhilafan diri dalam urusan mendidik anak. Rupanya baru ku sedar yg aku memberi terlalu sedikit kepada anak-anak. Apa lah yg si darling Hasha tahu kalau mummy nya marah dan menjerit bila dia tumpahkan air. Apa lah yg si darling Iyad faham bila si mummy nya muncung bila arahan tak tertunai. Aku seharusnya lebih sabar, harus lebih bersedia dan terbuka untuk memaaf dan menerang dengan lanjut dan lembut atas segala kesilapan atau kekeliruan yg dilakukan mereka. Aku perlu lebih ceria dan lebih tenang untuk mampu menceria dan menenangkan hati anak-anak. Sesungguhnya apa yg kuberi pasti akan ku dapat kembali.....

Monday, March 15, 2010

Naik Kuda Di Teluk Ketapang, Terengganu.


Best kan naik kuda ni...



Seronoknya anak mummy...

Petang Sabtu yg baru lps ni, kami berjalan2 makan angin di Teluk Ketapang, dibawa atuk dan nenek. Tak sangka....best ruper nya tempat tu. For darlings kecik apa tah lagi. Memula kami g makan gorengan . Tempat tu famous dgn nama ICT a.k.a Ikan Celup Tepung. Mak ooiii...ikan nya cukup segar dan manis. Hanya RM2.00 saje seekor. Keropok lekor pulak penuh sepinggan RM2.00 jg. Langsung tak de tulang. Keropoknya comel dan penuh rasa isi ikan. Kitorang orde pulak sotong goreng yg segar disalut dengan tepung yg crunchy bersama jemput sayur yg garing di luar dan lembut di dalamnya. Penutup hidangan petang tu ialah ais kacang bersama satu skup ice-cream yg enak bangat. Harga nya cuma RM1.50 sahaja semangkuk. Aduh...mana nak dapat macam tu kat Kuantan ni kan... Ha.ha.ha...macam cerita jalan2 cari makan la pulak.

Lepas selesai makan, aktiviti untuk si darling berdua tu la pulak. Ada macam2 permainan gelungsur, buaian n jongkang-jonkit kat situ. Tapi yang paling best ialah ada perkhidmatan menunggang kuda padi. Sekali naik, RM5.00 dikenakan. Seronok la diorang. Tak takut sgt berbanding naik kuda biasa sebab kuda padi ni rendah saja.

Sunday, March 14, 2010

Momen Indah Bersama Atuk .........Belalang Oh Belalang.


Aktiviti yg menjadi wajib bagi si atuk dan dua cucunya ini ialah menangkap belalang. Keseronokan dan kebahagiaan jelas terbayang di wajah ketika pencarian berlangsung. Aku pasti, ia akan kekal di ingatan hingga bila-bila. Moga atuk dan nenek sentiasa sihat, dipanjangkan usia dan bahagia sentiasa...AMIN.....Kami saaayang atuk !

Wednesday, March 10, 2010

Sup Sayur My Style


Aaa...ni baru lauk ari ni. Musim panas n kemarau sekarang ni rasa tak de mood nak makan lauk yg berlemak-lemak. So, pikir pikir kalau masak sup sayur pun mesti menggiurkan jugak. Ada sekali tu dalam minggu lps, beli sayur campur dari one of kedai siam dekat dgn rumah ni. Tak aci betul....sayurnya tah mana, yg dibagi batang sayur jer tiga empat kerat. Menci tau bila kena tipu cam tu. Hari ni buat sendiri...aghhh memang terangkat. Baru puas hati. Jom layan resepi aku kat bawah ni...

Bhan-bahannya:

1/4 kubis panjang
1 biji tomato
1/3 carrot
1 batang saderi
sedikit bunga kobis
1/2 labu bwg besar - hiris
2 biji bwg merah - hiris
3 ulas bwg putih - hiris
1 pokok kecil daun sup
udang /ayam / fishball. - ikut mana yg ada. tp udang paling sedap.
1/2 ketul kiub ayam.
garam, gula
serbuk lada hitam
sedikit perahan limau nipis

Cara-caranya:

1. Tumis semua bwg hingga naik bau.
2. Masukkan sayur2an mengikut tahap kekerasan. ( yg keras masukkan dulu )
3. Masukkan udang atau ayam atau fishball. ( hari ni aku letak fishball je.tp rs tetap glam gitu.)
4. Masukkan kiub ayam, sedikit garam dan gula.
5. Kacau gaul semua dan masukkan serbuk lada hitam.
6. Setelah mendidih, tutup api dan perahkan sedikit air limau nipis. Boleh la dihidangkan.

Sotong Masak Hitam

This was yesterday's menu. Lauk nih memang feveret aku sepanjang zaman. Aruah mak selalu masak kan sotong stail ni sbb dia tau anak manja dia memang akan bertambah nasi bila ada lauk ni. Sedap tau. Mungkin ada sesetengah orang tak suka sebab warna hitam pada kuah tu sebenarnya datang dari dakwat cik tong. Semalam aku beli empat ekor sotong yg sederhana besar dan dakwatnya aku ambik dari dua ekor sotong. Meh tengok resepi lengkap kat bwh ni...

Bahan-bahannya :

4 ekor sotong saiz sedang.
2 bunjut dakwat
1/2 labu bwg besar - hiris
3 ulas bwg putih - hiris.
1 batang cili hidup - hiris.

Cara-caranya :

1. Tumis semua bahan-bahan hiris until naok bau.
2. Masukkan sotong yg telah dibersih dan dihiris kasar.
3. Masukkan jg dakwat sotong tadi. Kacau goreng. ( besarkan api dan kacau dgn pantas supaya sotong
    tidak liat. )
4. Perasakan dengan sedikit garam dan secubit gula.
5. Tutup api dan boleh la diangkat

Thursday, March 4, 2010

Daging Goreng Ala Kampung

 Klasiknya nama... daging goreng ni adalah kesukaan kami suami isteri. Sedap meratah saje ataupun makan dengan nasi. Tak ada lauk lain pun tak apa. Senang dan ringkas sangat bahan bahan yg diperlukan dalam penyediaan masakan ni.

Aku letak nama ni sebagai satu nostalgia sebab masa zaman aku kecik-kecik dulu bila balik kampung jer mesti tuk akan gorengkan daging ni. Masa tu, menu daging atau ayam nih kami makan bila keluarga balik berkumpul ramai-ramai. Kemeriahan tu buat tuk, tuk su dan mak -mak sedara yg kat kampung bermurah hati utk masak lauk yg mahal-mahal .Sekali -sekala kata diorang..untuk anak cucu. Seronoknya masa tu.

Tapi zaman sekarang ni, daging dan ayam dah menjadi hidangan biasa. Cuma kenangan tu tetap sgt istimewa bagi ku. Untuk sesiapa yg selalu makan daging ni tapi tak reti nak buat, boleh tgk di sini.

Bahan-bahannya :

daging - dipotong nipis.
kunyit serbuk
garam
bawang besar dihiris
cili merah dihiris.

Cara-caranya.

1.Letak daging dalam kuali dan tutup sedikit.
2 Biar air daging keluar.
3.Apabila air daging yg pertama td sudah kering, letak air baru dan biar daging masak hingga empuk.
4. Boleh tambah air dari masa ke semasa.
5. Apabila daging sudah empuk, dan air sudah kering, masukkan minyak masak dan goreng daging td
    bersama-sama.
6. Masukkan taburan bwg hiris dan cili merah.
7. Apabila sudah serata, tutup api dan wallah...boleh dimakan.

Kailan Ikan Masin


Hai...ni pun menu dah lepas la jgk.  Bila tenet slow, tahap kemalasan aku nak mengentry pun sama-sama la jadi slow tahap gaban. Tak tau la nape tapi dlm seminggu dua lepas raya cina ni stok sayur mayur kat mini market tempat aku selalu mengabihkan belanja pasar macam tak berapa nak semangat la. Macam kurang stok sgt-sgt.  Kailan ni pun tak sesegar mana. Ikan dah la memang tak berapa ada. Lebih-lebih lg dengan problem yg aku baca kat newspaper psl hal pemborong-pemborong ikan tu. Hal tong pun nak jadi gaduh. Yang susahnya kita pengguna. Ha.ha.ha...Membebel pulak makcik sorang ni.

Lauk ni senang sgt. Jadi tak perlu tulis resepi ya. Sekadar tempek gambar pencetus idea jadi la kan.

Tuesday, March 2, 2010

Ikan Rebus Kuah Asam


Hah...ni baru betul lauk dinner td. Tak sangka a simple n plain dish like this can be so wonderful n tasty. Resepi ni diajar oleh my gud friend , Miza. Thanks to u dear, now we will label this as one of our favourite. Selalu orang bakar ikan n cicah dgn kuah asam. Yang ni berbeza dari segi penyediaan n hidangan but not that different in taste.  Lets check on the recipe.

Bahan-bahan:

Ikan selar. ( apa-apa ikan yg org selalu guna utk bakar boleh digunakan )
1 ulas bwg putih
4 helai asam keping
2 sudu kecil garam.

# Rebus semua bahan bersama-sama hingga ikan masak. Angkat da ketepikan.

Kuah asam.

2 sudu besar asam jawa.
air utk mencairkan asam jawa.
gula dan secubit garam
bawang besar di dadu
cili api dipotong serong.

# Bancuh semua sekali dan tuang ke atas ikan tadi. Siap untuk dimakan.

Nasi Lemak


Ini sebenarnya menu breakfast Ahad lepas. Tapi nmpknya malam ni baru dapat dipostkan . Dah lama tak makan nasi lemak buatan sendiri so sabtu malam tu tanya la semua orang samada setuju tak kalau buat menu ni utk makan pagi. Bila semua angkat tangan kata okey, aku pun set la mind utk bangun awal sikit dari selalu. Ya lah...biasanya kalau pagi minggu ni , lepas solat suboh, mesti sempat lagi berbaring-baring n bermalas-malas.

Resepinya aku ambil dari myresepi. Hasil ikhsan junjs11. Sedap. Patut la mendapat pujian ramai. Minta halal utk dikopipeskan di sini ya.


  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails